Pakej Percutian Sabah Bajet 4 hari 3 malam

Tentang Sabah

Anda sedang mencari pakej percutian dengan family cuti sekolah nanti? Dan jika anda ada bercadang untuk mengambil pakej percutian Sabah bajet 4 hari 3 malam dengan keluarga, artikel ini sesuai untuk anda.

Mungkin ada sesetengah dari anda tahu tentang negeri Sabah ni, mungkin juga tidak. Jika anda nak tahu, negeri di bawah bayu ini merupakan tempat tarikan pelancongan yang terkenal, bukan sahaja di Malaysia malah pelancong dari luar negara juga suka datang ke sini.

Sabah ini dikenali dengan keindahan Gunung Kinabalu yang terletak di Kundasang. Untuk ke bercuti disini, sekurang-kurangnya anda perlu ambil pakej percutian Sabah bajet 4 hari 3 malam untuk menerokai tempat-tempat yang menarik yang ada di Sabah.

Selain itu, kawasan sekitar sini sangat sesuai bagi setiap peringkat umur termasuklah kanak-kanak dan warga emas. Tak kurang juga bagi pasangan yang baru berkahwin yang memilih Sabah sebagai destinasi honeymoon mereka. Tak kurang juga bagi mereka yang ingin menyambut ulangtahun perkahwinan di dalam negara. Feeling honeymoon seperti di overseas tapi dalam Malaysia je!

Kundasang Sabah

Perjalanan Dari Semenanjung ke Kota Kinabalu

Kalau nak tahu, Sabah ada dua international airport iaitu Kota Kinabalu Airport (BKI) dan Tawau Airport (TWU). Jika anda dari semenanjung yang ingin berkunjung ke Kota Kinabalu dan Kundasang, anda perlu beli tiket untuk penerbangan ke Kota Kinabalu (BKI). Anggaran harga tiket penerbangan Air Asia RM300 ke RM600 pergi balik. Perjalanan dari Kuala Lumpur masa selama 2 jam 30 minit, jadi anda dinasihatkan untuk add-on makanan di dalam flight jika penerbangan anda waktu siang.

Tempat-tempat menarik di Sabah

Terdapat banyak tempat-tempat tarikan pelancongan di Kundasang seperti DESA Dairy Farm, pemandangan Gunung Kinabalu, Nabalu Market, Canopy Walk, Tanjung Aru. Jadi tak hairanlah Sabah terkenal dan kaya dengan tarikan keindahan alam semulajadi.

Manakala di Kota Kinabalu pula ada Masjid Bandaraya, Bangunan Yayasan, Pulau Manukan, Pulau Sapi dan tempat makan seafood yang fresh dengan harga yang lebih murah berbanding di Semenanjung.

Lebih lama anda berada di Sabah, lebih banyak tempat menarik yang anda boleh lawati. Oleh itu, kami cadangkan untuk anda mengambil pakej percutian Sabah selama 4 hari 3 malam untuk menerokai tempat dan gaya hidup orang Sabah.

Itinerari Kota Kinabalu-Kundansang pakej percutian Sabah bajet 4 hari 3 malam

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Dalam perjalanan ke Kundasang, anda boleh singgah beberapa tempat tarikan pelancong yang harus anda dikunjungi ketika berada di Sabah.

Hari Pertama:-

  • Tiba di Kota Kinabalu dan terus ke Kundasang
  • Rumah Terbalik – Salah satu tarikan pelancong.
  • Nabalu Market – jual barang kraftangan dan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu

Pada hari pertama ini anda boleh teruskan perjalanan anda ke Kundasang. Dari Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa selama 2 jam dan perjalanan ke sana agak mendaki bukit. Jadi pastikan kenderaan yang anda sewa sesuai untuk dipandu ke sana nanti.

Dalam perjalanan ke Kundasang anda bolehlah singgah ke Rumah Terbalik yang sesuai untuk bergambar bersama anak-anak. Kemudian anda boleh teruskan perjalanan anda ke Nabalu Market yang sesuai untuk mak-mak shopping buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.

Di Nabalu market ni anda dah boleh nampak Gunung Kinabalu dengan jelas, jadi lupa untuk ambil gambar bersama family untuk kenangan nanti. Untuk penginapan di Kundasang pula, anda boleh sewa homestay di Kinabalu Pine atau Mesilou bagi yang ada family ada lebih dari 5 orang ahli keluarga.

Kinabalu Pine Resort
Pemandangan dari Kinabalu Pine

Hari ke-2 :-

  • DESA Dairy Farm – Pemandangan seperti di New Zealand
  • Poring Hot Spring – Rendam kaki dalam kolam air panas
  • Canopy Walk – Berjalan di jambatan gantung dalam hutan
  • Fish Spa – Rendam kaki dalam kolan yang penuh dengan ikan
  • Rabbit Farm – Bermain dengan arnab / pet zoo

Pada hari kedua pula, anda boleh drive atau minta tour guide anda untuk bawa ke DESA Dairy Farm untuk lihat lembu-lembu seperti di New Zealand. Di sana anda boleh makan gelato yang diperbuat dari susu lembu, dan rasanya sangat sedap!

Pastikan anda cuba gelato di sana nanti. Selain makan gelato, anda juga boleh cuba experience yang lain juga seperti beri minum susu pada anak lembu.

Gelato DESA Farm

Dari DESA Farm anda boleh teruskan perjalanan ke Canopy Walk dan fish spa. Dua tempat ini berada dalam dikawasan yang sama. Anda boleh singgah di sini dan cuba experience yang baru untuk berjalan di jambatan gantung. Selepas itu anda boleh teruskan perjalanan ke fish spa.

Di fish spa anda boleh masukkan kaki anda ke dalam air sungai dan biarkan ikan-ikan makan kulit mati dikaki anda. Tempat ini sangat relaxing dan memang sesuai bukan sahaja bawa anak-anak, tetapi warga emas juga pasti akan menyukai tempat ini. Destinasi seterusnya ke rabbit farm pula. Di sini anda akan merasai pengalaman masuk ke dalam taman arnab serta bermain dengan arnab.

Bergerak ke Kota Kinabalu

  • Singgah makan Lokan Bakar – Makanan lokal Sabah
  • Dinner di Anjung Senja Seafood – Makan seafood fresh

Anda disarankan untuk cuba lokan bakar waktu dalam perjalanan ke arah Kota Kinabalu. Lokan ini bentuknya seperti kepah dan rasanya lain dari yang lain. Selain itu anda juga perlu cuba kelapa bakar. Makanan ini sangat jarang dijumpai di semenanjung.

Hari ke-3:-

  • Aktiviti air di Pulau Manukan – Sea-walking / Parasailing / Banana boat
  • Aktiviti snorkeling di Pulau Sapi
  • Tanjung Aru Beach – Lihat matahari terbenam

Seterusnya pada hari ketiga anda boleh lakukan aktiviti air di Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Di Pulau ini ada boleh lakukan aktiviti seperti snorkerling, sea walking, parasailing atau naik banana boat. Petangnya pula anda boleh lihat permandangan matahari terbenam di Tanjung Aru.

Sunset Tanjung Aru

Hari ke-4:-

  • Bergambar di Masjid Bandaraya
  • Bangunan Yayasan
  • Filipino Market – Jual barangan kraftangan / souvenir
  • Jamilah Souvenir – Jual souvenir

Extra Tips:-

Bagi anda yang first time datang ke Sabah ni, kami cadangkan untuk anda mengambil flight awal pagi untuk nikmati lebih lama pada hari pertama di sini nanti. Untuk memastikan perjalanan anda lancar, anda perlu maklumkan kepada tour guide anda lebih awal ketibaan anda untuk mereka bersedia mengambil anda di airport nanti.

Waktu yang paling sesuai untuk ke KK-Kundasang ni sepanjang tahun dan anda boleh pergi bila-bila masa bila yang anda mahu. Jadi ini memudahkan untuk anda decide bila anda nak bercuti-cuti di Sabah.

Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mencari pakej yang sesuai dengan masa dan bajet anda yang sedang mencari pakej Sabah. Selamat bercuti!

Pakej Percutian Sabah Bajet 4 hari 3 malam

PAKEJ BAJET PERCUTIAN KE SABAH

Negeri Sabah merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan yang terkenal dengan keindahan Gunung Kinabalu dan pemandangan yang memukau seolah-oleh berada di luar negara. Disini kami nak share macam mana nak dapatkan pakej bajet percutian ke Sabah.

Pakej Honeymoon Bali 2023

Honeymoon Bali

Bagi anda yang mencari pakej honeymoon Bali, ini adalah satu artikel yang dapat membantu anda untuk mendapatkan idea atau pilihan pakej. Jika sebelum ini kami pernah menceritakan secara umum mengenai Bali dalam artikel sebelum ini (lihat disini). Jadi dalam artikel terbaru ini kami ceritakan tentang pakej honeymoon Bali 2023.

Honeymoon Bali

Mungkin pada waktu ini ada pasangan yang baru berkahwin sedang mencari pakej honeymoon, dan ini adalah artikel yang boleh membantu anda mencari pakej honeymoon Bali 4 hari 3 malam.

Pakej honeymoon ini bukan sahaja untuk mempelai baru yang baru mendirikan rumahtangga, malah pakej ini juga adalah sesuai untuk yang sudah lama berkahwin dan ingin menyambut ulangtahun perkahwinan mereka.

Waktu Yang Sesuai Di Bali

Kalau nak tahu, cuaca di Indonesia sama sahaja seperti di Malaysia kerana Indonesia juga adalah negara beriklim tropika. Sudah tentu di Bali juga ada musim hujan dan menyebabkan Bali kurang sesuai untuk dikunjungi pada waktu itu.

Waktu yang paling sesuai untuk bercuti di Bali adalah antara bulan Mei sehingga September, manakala Oktober sehingga April adalah musim hujan. Bulan Disember hingga Januari adalah bulan yang paling banyak hujan turun dan tidak sesuai untuk melancong ke sini terutama bagi yang ingin ke pantai.

Perjalanan Ke Bali

Bagi anda yang ingin pergi honeymoon di Bali ini, anda perlu membeli tiket penerbangan ke Ngurah Rai International Airport (DPS) dan perjalanan mengambil masa selama 3 jam dari KLIA. Anggaran harga tiket penerbangan Air Asia bermula dari RM600 hingga RM800 pergi balik. Jika anda mengambil penerbangan pada waktu siang, anda boleh add-on makan dalam flight untuk mengisi perut dalam perjalanan nanti.

Oh ya, untuk warganegara Malaysia yang nak masuk ke Indonesia tak perlu apply visa. Anda akan terima visa on-arrival dan visa tersebut boleh digunakan selama 30 hari dari hari ketibaan.

Visa Indonesia

Tempat tarikan di Bali

Antara beberapa sebab kenapa Bali menjadi destinasi pilihan pasangan untuk pergi berbulan madu kerana terdapat tempat pelancongan yang memukau mata anda seperti di Tanah Lot, Uluwatu, Tree House, Pantai Pandawa dan banyak lagi tempat yang romantik untuk luangkan masa bersama pasangan anda. Selain itu, Bali merupakan tempat yang tidak terlalu tinggi dan sesuai bagi mereka yang mencari tempat honeymoon dengan harga yang berpatutan.

Itinerari Honeymoon Bali

Bagi anda yang sedang mencari pakej dan itinerari untuk pergi berbulan madu, anda boleh lihat cadangan itinerari dan tempat-tempat mesti anda lawati bersama pasangan ketika di Bali nanti.

Hari pertama:-

  • Airport Pickup
  • Uluwatu Temple (Famous temple landmark)
  • Check-in Hotel

Hari ke-2:-

  • Transfer hotel to Sanur Jetty
  • Sanur Jetty to Nusa Penida Island
  • Kelingking Beach
  • Diamond Beach 
  • Tree House/ Broken Beach
  • Jimbaran Beach
  • Tree House/Broken Beach
  • Rawatan Spa

ATAU

  • Nusa Dua Watersport
  • Waterblow
  • Pandawa Beach/ Melasti Beach/ Garuda Wisnu Kencana Cultural Park
  • Jimbaran Beach

Hari ke-3:-

  • Batik outlet
  • Kintamani Mount Batur
  • Tegallalang Paddy Terrace
  • Visit Ubud Coffee Plantation
  • Tegunungan waterfall

Makanan Tradisional Bali

Bila dah sampai di Bali, tak sah la kalau anda tak cuba makan makanan asli Bali. Antara makanan yang anda wajib cuba Nasi Ayam Betutu Gilimanuk, Nasi Bali, Sate Lilit, Wong Solo.

Walaupun terdapat banyak restoran yang menyajikan makanan halal di Bali, tetapi anda tetap perlu berhati-hati masuk ke restoran tersebut. Ini kerana ada sesetengah kedai makan yang menjual makanan tidak halal dalam premis yang sama.

Bagi anda yang pergi honeymoon dan nak experience lain dari yang lain, anda boleh penginapan vila yang ada private pool. Disana anda boleh request untuk floating breakfast di dalam bilik anda. Memorable tau experience ni!

Floating breakfast Bali

Penginapan

Untuk penginapan anda ada beberapa pilihan. Anda boleh penginap di tepi pantai atau di tengah bandar seperti di Kuta. Anda boleh buat pilih untuk penginap di hotel ataupun di Vila. Tapi jika anda sedang berhoneymoon, penginapan vila ini sangat sesuai untuk anda kerana ada beberapa vila yang tersedia private pool disetiap unit.

Aktiviti Di Bali

Antara tempat-tempat yang mesti pergi di Bali termasuk Kelinking Beach, Diamond Beach, Uluwatu Temple, Tegallalang Paddy Terrace, bagi yang suka minum kopi, Ubud Coffee Plantation wajib pergi untuk pengalaman coffee tasting disana.

Bagi yang nak pergi berbulan madu pula, anda boleh cuba buat rawatan spa bersama pasangan anda.

Artikel ini hanyalah sebagai rujukan bagi anda yang sedang mencari itinerari dan buat bajet untuk bercuti di sana bersama pasangan anda. Jika anda ingin mencari pakej honeymoon, anda boleh lihat itinerari penuh di sini:- Pakej Honeymoon Bali 2023

HONEYMOON DI KOTA KINABALU: PAKEJ PERCUTIAN 4 HARI 3 MALAM 2022

Selama ni kalau saya pergi bercuti dalam Malaysia, tak pernah try untuk ambil pakej. Ini kali pertama ambil pakej ke Sabah rasa senang sangat-sangat, tak perlu fikir dah tentang jadual, tak perlu fikir transport, aktiviti dan makan. Consultant dah uruskan semua dari A ke Z. Kalau fikir balik, bercuti sendiri banyak benda kena fikir, kadang aktiviti kena cas mahal dan penat kena drive sendiri, dah la jauh.

Kali ini percutian saya ke Sabah mengambil masa selama 4 hari 3 malam, saya tinggal di Kundasang dan juga di Kota Kinabalu.  

Selalunya saya drive, tapi kali ni ada driver sendiri, dia yang akan bawa saya ke tempat-tempat sepanjang berada di Sabah 4 hari 3 malam ni.

Harga Pakej 4 hari 3 malam termasuk flight tiket.

Di bawah ni saya tunjukkan berapa kos yang saya keluarkan untuk semua sekali, iaitu makan, flight tiket, tour guide, van, aktiviti dan penginapan:

Jumlah keseluruhan yang saya belanja bersama wife saya RM3534 murah dan best, pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Pakej ni juga termasuk:
  1.  Pengangkutan
  2. Hotel 3 bintang
  3. Tour Guide dan driver
  4. Makan –  3x sarapan, 1x BBQ, 1 Candle Light dinner dan 2 Makan malam.
  5. Entrance Fee untuk –  Rumah Terbalik, DESA Farm, Poring, Canopy Walk, Kinabalu Park, Manukan+Sapi Island.
  6. Barang untuk snorkeling.
Belum tengok jadual aktiviti pun waktu ni saya dah macam wow murah dan menarik juga pakej ni. Layanan yang diberikan pun terbaik.
 
Jom saya ceritakan pengalaman dan jadual saya sewaktu ambil pakej honeymoon Sabah.

Jadual perjalanan saya dan aktiviti 4 Hari 3 Malam di Sabah.

Tiket kapal terbang saya dari KLIA ke Kota Kinabalu, tapi kalau anda dari Penang atau Johor pun juga boleh nak ke Kota Kinabalu. Mula gerak pada hari Khamis jam 8:30 pagi  sampai jam 11:15 pagi bersama Air Asia.

Dalam pakej ni anda boleh je nak sampai pukul berapa, sebab dia private trip, tapi saya sarankan kalau anda ambil pakej lebih baik sampai pagi supaya aktiviti dan jadual tidak terganggu. 

Sampai je di airport Kota Kinabalu, terus dijemput oleh tour guide.

Hari Pertama

  • Sampai di Kota Kinabalu & terus bergerak ke Kundasang.
  • Singgah ke Rumah Terbalik.
  • Shopping dulu di Pasar Nabalu dan jalan-jalan di pekan Kundasang.
  • Habis je semua tu dah boleh check in hotel
  • Malam tu ada Candle light Dinner yang romantik.
Hari Kedua
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Bergerak ke DESA Dairy Farm,nak tengok lembu.
  • Poring Hot Spring, ni kolam air panas tau dan sekali dengan Canopy Walk.
  • Main2 dengan ikan di Fish Spa Kg. Merakau.
  • Lepas tu main Arnab di Rabbit Farm.
  • Kinabalu National Park
  • Singgah makan di Lokan Bakar & Puding Kelapa Salut Telipok
  • Balik ke hotel.
Hari Ketiga
  •  Sarapan pagi.
  • Bergerak ke Jeti Shangri-la.
  • Aktiviti snorkeling dan berenang di Pulau Sapi.
  • Makan tengah hari BBQ.
  • Bergerak pula ke Pulau Manukan.
  • Manikmati sunset di Pantai Tanjung Aru.
  • Makan malam di Anjung Senja Seafood.
  • Balik dan tidur dengan lena. 

Hari Keempat

  • Sapan pagi
  • Jalan2 di Bandar Kota Kinabalu
  • Masjid Bandaraya
  • Signal Hill Observatory Tower
  • Bangunan Yayasan
  • Shopping dekat Pasar Philippine dan Jamilah Onestop Souvenir
  • Berpisah dengan sabah, tunggu flght di Kota Kinabalu Airport
  • Habis…

Cerita Aktiviti di Hari Pertama di Sabah. 1️⃣

Baiklah, saya akan ceritakan pengalaman saya honeymoon untuk 4 hari 3 malam di Sabah ikut pada jadual di atas 😆.

Tapi sebelum tu saya nak bagitau yang pakej saya ambil ni pada bulan September 2022, consultant yang saya apply pakej ni kata pakej akan berubah harga dan juga itinerary, ikut pada feedback customer berikan, kalau best mereka kekal kan, kalau tak best tempat tu mereka tukarkan pada tempat yang high demand.

So, cerita saya bermula pada hari pertama saya sampai di Kota Kinabalu airport. Sampai je situ ada tour guide dah tunggu depan airport untuk bawa kami ke tempat seterusnya.

Untuk perjalanan pertama otw ke Kundasang, kami singgah di Rumah Terbalik, ingat kan barang dalam rumah je terbalik, ni sampa rumah pun terbalik wei 😆. 

Rumah terbalik memang terbalik.

Dah petang jam 4:30pm macam tu, bergerak ke pasar Nabalu shopping, beli barang apa yang patut. 

Dekat Nabalu Market ni anda boleh la beli key chain ke, souvenir untuk kenangan. Dekat sini pun banyak makanan sedap-sedap, buah-buahan, kacang, makanan tradisional sabah dan banyak lagi la. Habis duit dekat sini je HAHAHA.

Di sini pun ada tandas, restaurant pun ada, lapar ke boleh makan dekat sini, memang lapar sebab perjalanan tadi dari Airport KK ke Kudasang, ambil masa dalam 2 jam 30 min.

Malam tu Check in di Hotel dan ada candle light dinner….lawa sangat2. 🥰

Cerita Aktiviti di Hari Kedua di Sabah. 2️⃣

Okay jom ke hari ke-2!

Untuk hari kedua ni, banyak kepada lihat nature, haiwan, pemandangan yang lawa dan nyaman😮‍💨😌.

Perjalanan pertama kami pergi lihat lembu di DESA Dairy Farm. Dekat sini bukan je tengok lembu, dekat sini anda boleh beli souvenir, minum susu lembu fresh, bagi makan lembu,  bagi makan kambing, dan lihat macam mana proses susu lembu .

Seterusnya kami pergi ke Hot Spring dan Canopy Walk. Kedua-dua tempat ni tak jauh pun, malah dia sama je satu tempat. Dekat sini kami akan mandi di kolam air panas dan kami akan naik satu jambatan iaitu Canopy Walk.

Jambatan yang penuh dengan pokok-pokok.

Next, kami pergi ke Kg. Marakau untuk bermain dengan ikan koi, besar2 ikan koi kat sini, macam dah boleh masak makan ikan goreng dah hahahah 😆. Dekat sini boleh je nak sampai sehari pun boleh.

Tapi, kami kena bergerak untuk ke Rabbit Farm, nak gi tengok arnab comel-comel, gebu-gebu. Then kami pergi ke Kinabalu National Park pula. Okay, National park ni la kalau anda nak mendaki Gunung Kinabalu tu, kalau nak mendaki boleh la bergerak ke National Park ni.

Selesai je semua aktiviti, kami pergi makan di gerai Lokan Bakar & Puding Kelapa Salut Telipok.

Seterusnya apa? seterusnya tidur la….balik hotel~~

Cerita Aktiviti di Hari ketiga di Sabah. 3️⃣

Untuk hari ke-3, selepas je sarapan kami bergerak terus ke Jeti Sharing-La, bukan Saring-la Hotel ye hehehe.

Okay daripada Jeti Sharing-la ni, kami  akan pergi ke Pulau Sapi untuk snorkeling. Lawa sangat-sangat pulau ni, banyak biawak komodo, besar-besar pulak tu. Hati2 bila dekat sini, kalau nampak monyet, jangan memandai nak bagi makan, nanti dia datang bawa member dia habis la.

Selepas tu kami makan tengah hari BBQ dan bergerak terus ke Pulau Manukan.

Di pulau manukan ni buat aktiviti sama ke, menikmati pemandangan pantai, snorkeling, tapi kalau anda nak parasailing, yang terbang2 tu boleh, atau banana boat, tapi saya tak tambah la aktiviti tu, itu kena add on.

Dan selepas tu, kami balik dan makan malam di Anjung Senja Seafood. Fresh dan sedap makan kat sini.

Cerita Aktiviti di Hari keempat di Sabah. 4️⃣

Okay, last day yang sedih ni, nak balik dah ke Malaysia 😆 macam terbang ke luar negara pula hahaha.

Selepas sarapan kami berjalan-jalan di bandar Kota Kinabalu, kami pergi ke masjid Bandaraya, dalam dia lawa dan keindahan masjid ni lagi lawa bila waktu senja.

Selepas tu kami pergi ke Signal Hill, dari sini kami boleh lihat pemandangan dari atas bandar Kota Kinabalu dan ke Menara Tun Mustapha atau lebih dikenali sebagai Menara Yayasan. Bangunan ni antara bangunan yang menggunakan teknologi “bangunan tergantung” disiapkan pada tahun 1976.

Bangunan Yayasan

Yang terakhir, kami pergi shopping lagi….pergi dan balik shopping tu wajib ye hehe.

Kami  pergi shopping di Pasar Philippine dan Jamilah Onestop Souvenir. 

Akhirnya, balik tunggu di airport, Sabah akan ku rindui. 😌

So, itu sahaja cerita saya sewaktu honeymoon di Sabah selama 4 hari 3 malam. banyak kenangan manis dan kosong kenangan pahit, jadual semua berjalan dengan lancar. Semoga ada rezeki saya dan tuan puan yang membaca artikel ni ke Sabah 🥰.

So kalau anda mencari pakej honeymoon terbaik…boleh la visit website Arba Travel.

Jom share pada rakan anda.

Facebook
Twitter

SOAL JAWAB PULAU PERHENTIAN

pakej percutian muslim pulau perhentian 2018 murah

Pengangkutan di sana bagaimana? Sesuai ke bawa anak kecil ke pulau? Akan duduk di Perhentian Kecil atau Besar? Boleh dapat internet ke di sana nanti? Haruslah banyak pertanyaan kan.

Jum go through jawapan kepada soalan-soalan berkenaan Pulau Perhentian!

Pergi Perhentian Kecil atau Perhentian Besar?

Untuk pakej ARBA Travel & Tours, kami akan pergi ke kedua-dua pulau. Anda tak perlu risau berkenaan pengangkutan untuk ke kedua-dua pulau tersebut kerana kami dah cover boat transfer!

Kalau anda sukakan trip yang exclusive, tenang dan santai, Perhentian Besar adalah tempat yang sesuai untuk anda tinggal. Pemandangan dan pantai di Perhentian Besar adalah lebih cantik dan besar.

Terdapat banyak hotel dan resort mewah yang menyediakan bekalan elektrik 24 jam. Hotel dan resort ini juga mempunyai restoren mereka sendiri. Jadi, sangat mudah untuk guest cari makan.

Bagi yang sukakan trip ‘happening’ dan tidak gemar duduk diam, bolehlah pergi ke Perhentian Kecil. Suasana lebih meriah di Perhentian Kecil kerana terdapat Fire Show di Long Beach, windmill dan juga Kg. Nelayan. Banyak gerai-gerai yang orang tempatan buka, jadi di sini juga mudah untuk cari makan.

Bilakah waktu terbaik untuk ke Pulau Perhentian?

Pulau Perhentian di bahagian Timur mengalami musim monsun dari bulan November hingga Febuari. Jadi, waktu terbaik untuk melancong ke Perhentian adalah pada bulan Mac dan ke atas.

Pada bulan Mac, selalunya kedai tak banyak buka sebab masih diperbaiki akibat monsun. Tapi masih boleh pergi ketika bulan Mac.

Kalau bulan April, keadaan semakin okay. Start bulan Julai hingga Ogos memang cun sebab cuaca panas buat scenery pantai tu lagi ohsem!

Waktu peak season sesak atau tidak?

Sejujurnya, setiap waktu jika musim melancong, Pulau Perhentian akan sentiasa dikunjungi orang ramai. Tapi, sebagai pilihan alternatif, boleh juga ke Pulau Perhentian pada hari biasa atau bukan musim cuti sekolah.

Di manakah tempat perhentian paling mudah jika menaiki kapal terbang?

Kalau naik kapal terbang, boleh turun di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu. Perjalanan dari sini lebih mudah dan dekat berbanding Lapangan Terbang Kuala Terengganu.

Kalau memandu, jarak perjalanan makan masa hampir 2 jam ke Jeti Kuala Besut dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu, dan RM100 kalau naik teksi.

Jadi, buatlah pilihan yang betul untuk jimatkan masa dan duit.

Bagaimana pula jika saya menaiki bas?

Kalau naik bas luar dari Terengganu, boleh berhenti di Stesen Bas Kuala Besut yang lebih dekat dengan jeti.

Kalau tiada ke Kuala Besut, jangan turun di Kota Bharu pula, boleh turun di Jertih, Besut dan kemudian menaiki teksi atau bas ke Jeti Kuala Besut.

Bagaimana cara pergi ke Jeti Kuala Besut dari stesen bas atau lapangan terbang?

Ada beberapa cara untuk ke Jeti Kuala Besut.

Dari Airport Kota Bharu :

  • Boleh naik teksi airport yang diambil di kawasan airport.
  • Boleh juga naik teksi biasa. Anda perlu jalan sedikit ke jalan besar untuk dapatkan perkhidmatan teksi biasa. Tapi selalunya, agak susah untuk dapatkan teksi biasa walaupun pada waktu siang.
  • Selain itu, boleh juga naik bas. Untuk dapatkan bas, perlu jalan juga ke jalan besar dan ke Bandar Kota Bharu, dan kemudian ambil bas ke Kuala Besut. Perjalanan menaiki bas sedikit leceh berbanding menaiki teksi.
  • Ambil pakej ejen-ejen yang menawarkan perkhidmatan ‘shuttle van’ untuk pick-up dari airport. Pilihan ini adalah yang paling senang antara semua.

Dari Stesen Bas Kuala Besut

  • Anda boleh jalan kaki sahaja kerana perjalanan dari stesen bas ke Jeti Kuala Besut agak dekat. Jadi boleh jalan sahaja ikut laluan jalan utama. Anda akan jumpa gerai-gerai dan kedai tempatan di sepanjang jalan.
  • Bagi yang ingin sampai cepat, bolehlah ambil perkhidmatan teksi. Cajnya juga tidaklah mahal kerana jarak yang dekat.

Berapakah jarak dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian?

Perjalanan dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian adalah selama 30 minit.

Dari airport ke jeti, perjalanan adalah selama 45 minit.

Perjalanan dari bus stop ke jeti pula adalah 15 minit walking distance.

Pakej manakah yang sesuai untuk yang bekeluarga?

Untuk keselesaan sekeluarga, pakej budget dan premium adalah lebih sesuai kerana perbezaan dari segi kelengkapan, penginapan dan makan minum berbanding pakej backpacker.

Bagi pakej premium, penginapan adalah Shari-La Resort di Perhentian Kecil. Untuk pakej premium juga disediakan 2 kali breakfast, 2 kali lunch, 1 kali dinner, dan juga 1 kali BBQ dinner di resort.

Bagi pakej budget, penginapan di Perhentian Besar adalah Flora Resort atau Fauna Chalet, manakala di Perhentian Kecil pula adalah Cocohut Resort. Anda boleh pilih untuk tinggal di Perhentian Kecil atau Perhentian Besar. Breakfast disediakan pada hari kedua dan ketiga.

Bagi pakej backpacker, penginapan di Perhentian Besar juga Flora Resort atau Fauna Chalet, manakala penginapan di Perhentian Kecil pula adalah Aur Bay Chalet.

Ketahui lebih lanjut berkenaan Pakej Perhentian ARBA Travel & Tours di sini.

Adakah sesuai untuk bawa anak kecil ke Pulau Perhentian?

Why not? Ramai je pasangan yang sudah melancong ke Pulau Perhentian dengan anak kecil. Tiada masalah buat mereka dan masing-masing dapat merasai pengalaman melakukan aktiviti-aktiviti yang ada melalui perancangan teratur dan sikap tolak ansur.

Bagaimana ‘line/coverage’ internet di Pulau Perhentian?

Walaupun boleh dapat internet di Pulau Perhentian, tapi line atau coverage di sana tak seperti di bandar ye.

Apa yang patut saya pakai atau bawa jika saya ke Pulau Perhentian?

Pakaian dan peralatan yang sesuai adalah bergantung pada aktiviti-aktiviti yang anda ingin lakukan.

Contohnya, kalau nak snorkeling, bolehlah pakai crocs untuk elakkan dari luka terkan terumbu karang.

Kalau ada plan untuk trekking, bolehlah bawa kasut sekali dan yang paling penting, bekalan air yang mencukupi.

Tapi, kalau nak menikmati pantai sahaja tanpa aktiviti extreme, selipar pun cukup dah.

Selain itu, bawa beg kedap udara juga membantu untuk simpan wallet dan phone.

Sebagai peringatan, Pulau Perhentian melarang sama sekali pakaian yang menjolok mata seperti bikini ya.

Apa cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh kita lakukan di Pulau Perhentian?

Tarikan utama Pulau Perhentian adalah pantai yang cantik dan bersih.

Ada pelbagai cadangan aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Perhentian. Antaranya ialah :

  • Snorkeling trip
  • Melihat Fire Show
  • Berkayak
  • Trekking di Windmill
  • Memasuki Marine Park
  • Menikmati BBQ dinner
penyusnorkelingperhentian2018
Aktiviti Snorkeling
Fire Show di Long Beach. credit: buburesort.com
Berkayak. credit: catchthatbus blog
pakej pulau perhentian 2018 murah
Trekking di Windmill

Adakah penginapan di Pulau Perhentian mempunyai kemudahan elektrik 24 jam?

Bagi penginapan untuk pakej premium ARBA Travel, Shari-La Resort menyediakan bekalan elektrik 24 jam. Untuk pakej budget dan backpacker, ada resort atau chalet yang menyediakan bekalan elektrik pada waktu malam sahaja.

Apakah point-point tumpuan semasa snorkeling?

Jika anda memilih aktiviti snorkeling, tak lengkap kalau tak pergi point-point ni :

  • Coral Point
  • Fish Point
  • Shark Point
  • Turtle Point
  • Lata Air Berani
  • Kg Nelayan

Ada ke perkhidmatan menyewa barang di Pulau Perhentian?

Ada sahaja perkhidmatan menyewa barang di Pulau Perhentian. Dengan ARBA Travel, anda tidak perlu risau pasal equipment snorkeling sebab kami dah cover.

Apa akan berlaku sekiranya hujan waktu snorkeling?

Snorkeling akan di adjust ke hari atau waktu yang lain. Tapi jika cuaca sangat tidak baik selama anda berada di sana, snorkeling tidak dapat dijalankan dan tiada refund kerana faktor cuaca.

Snorkeling Di Perhentian

Pernah tengok jerung depan mata? Kalau snorkeling di Perhentian, anda berpeluang dapat tengok jerung secara live! Bukan sekadar tengok, berenang skali dengan jerung-jerung ini. 

Dengan Pakej Perhentian ARBA Travel & Tours, kami menyediakan pakej snorkeling Perhentian dan akan bawa anda pergi snorkeling di tempat jerung!

Untuk snorkeling Perhentian Kecil, kami bawa anda ke lima point. Antara lima-lima point ni, ada tiga point yang wajib anda pergi; Shark Point, Turtle Point, dan Coral Point.

1. Shark Point

snorkeling perhentian kecil
credit : sayaiday


Jerung-jerung di sini bersaiz lebih kurang 1.3m. Saiz seperti baby shark.

Untuk pengetahuna anda, jerung-jerung di sini tidak baham orang, hanya makan ikan kecik sahaja.

Di shark point, guide akan turun sekali bersama anda untuk mencari jerung, jadi jangan tak turun pula, rugi kalau tak turun. Experience rare!

2. Turtle Point

penyupulauperhentian20182019


Seterusnya jumpa turtle pula! Bukan senang dapat berenang dengan turtle! Experience yang anda kene rasa kalau pergi Perhentian.

Turtle ni agak pemalu sikit. Kadang-kadang susah juga nak jumpa. Tapi, nasib baik guide kami banyak experience. Kalau pergi dengan kami, jarang sangat untuk tak jumpa turtle.

Turtle di point ini bukan turtle biasa. Saiz turtle di sini bole dikatakan “extraordinary”. Cuba tengok gambar di atas. Mana nak jumpa turtle saiz macam tu kan? Turun jangan tak turun.

3. Coral Point

coralikancantikperhentian


Coral point memang best sebab dapat tengok coral yang pelbagai rupa dan cantik-cantik.

Di coral point, anda perlu berhati-hati. Coral-coral di sini nampak sahaja lembut seperti jeli di bawah air. Tapi, ada sesetengah coral yang tajam. Boleh luka kalau tersentuh atau terpijak.

Jadi, untuk keselamatan kaki supaya tak terpijak coral tajam boleh pakai crocs atau paddle fin semasa snorkeling di point ini. Untuk keselamatan tangan pula, hati-hati time snorkeling ye. 

Di coral point, ada soft coral, hard coral dan coral yang glow in the dark.

Walaupun ini ialah coral point, tapi anda akan jumpa pelbagai spesis ikan di sini. Ikan nemo, ikan belang hitam putih, dan macam-macam lagi.

Untuk disenaraikan, list panjang sangat, jadi pergi snorkeling Perhentian Kecil sekarang dan tengok sendiri ikan apa yang ada.

coralikannemoperhentian20182019


Semua point snorkeling ini akan dibuat di open sea, bukan di tepi-tepi pantai.

Untuk merasakan experience yang best macam ni di Perhentian, jum visit website ARBA Travel. Kami ade pakej Perhentian best untuk anda.

Shopping Di Korea

tempat shopping di korea

Tak lengkap percutian kalau tak ke tempat shopping di Korea. Korea sememangnya terkenal dengan syurga beli belah terutama barangan kosmetik dan kecantikan.

Tempat shopping menarik sangat banyak di Korea. Dengan pakej Korea ARBA Travel, anda akan dibawa ke tempat-tempat shopping murah sahaja, tapi dengan lebih banyak pilihan.

Myeongdong

tempat shopping di korea


Myeongdong terletak di tengah-tengah Seoul dan merupakan salah satu tempat yang paling banyak dikunjungi lokal dan pelancong.

Myeongdong terkenal dengan jualan barangan kosmetik. Pelbagai jenis brand dan produk kosmetik boleh didapati di sini. Mereka akan berikan sample produk untuk tarik anda ke kedai mereka.

Selain kosmetik, pakaian berfesyen dan makanan banyak dijual disini. 

Untuk barang komestik anda boleh dapat harga serendah KRW1000 untuk sekeping facial mask, dan KRW10000 untuk 5 keping.

Dongdaemun Market


Dongdaemun Market merupakan supplier kain dan pakaian Korea yang terbesar. Tarikan utama di sini adalah textile. Bagi peminat korean fashion, anda boleh dapatkan di sini dengan harga standard.

Menjelang malam, suasana lebih meriah dengan musik dan pertunjukan tarian. Lebih banyak kedai dibuka yang menjual barang-barang gred A.

Uniknya di Dongdaemun Market, kedai-kedai di sini mengekalkan binaan traditional asal dan berkembang dengan penambahan kedai-kedai modern.

Antara kedai lain di sini ialah Cerestar, Migliore, Designer’s Club, dan Doosan Tower. 

Pelbagai jenis fesyen boleh jumpa di sini termasuk fabrik, baju, kasut, accessory, topi, beg dan barang-barang kahwin. Kebanyakan kedai menjual barang specifik seperti kasut sahaja. Anda perlu pergi ke kedai lain untuk barang-barang lain.

Namdaemun Market

tempat shopping di korea


Namdaemun Market merupakan traditional market terbesar dan tertua di Korea. Pasar ini femes di kalangan penduduk tempatan kerana barang-barang dapur dijual di sini. Namdaemun Market ini lebih kurang seperti pasar malam di Malaysia.

Range barang yang anda boleh jumpa sama seperti pasar malam, tapi dengan kepelbagaian yang lebih banyak lagi.

Femes bagi pelancong adalah souvenir seperti brooch, keychain, dan fridge magnet. Harga untuk souvenir seperti berikut:

– Brooch

  • Kecil – KRW2000
  • Medium – KRW4000
  • Besar – KRW10000 – KRW20000.

– Magnet / Keychain
10 dengan harga KRW5000. Tempat lain 10 harga KRW12000

– Baju @ jersey I Love Korea. 
Harga KRW10000 untuk 3 helai, biasanya KRW8000 untuk sehelai.

Antara barang lain yang anda boleh cari di sini ialah barangan dapur, baju, kasut, barang kaca, permainan, stationary, accessory, topi, karpet, bunga, ginseng, seaweed, dan fine arts.

Terdapat juga barang-barang yang ‘unexpected’ seperti kamera, ubat traditional, mountain gear, fishing gear, dan barang-barang import.

Gwangjang Market

tempat shopping di korea


Gwangjang Market terkenal dengan kain silk yang berkualiti. Selain silk, anda boleh dapatkan kain cotton, satin, bed-sheet linen, perabot, peralatan tempat tidur. Pilihan kain-kain di sini lebih banyak dan cantik.

Anda juga boleh dapatkan custom-made hanbok di Gwangjang Market. Harga ikut kedai, jadi anda perlu survey dahulu.

Antara harga anda boleh dapat di sini:

  • KRW10000 – cotton (4 ela)
  • KRW66000 – plain silk
  • KRW80000 – silk bercorak
  • KRW250000 – KRW400000 – custom made hanbok
musim sejuk korea


TIPS SHOPPING DI KOREA

Dengan pakej Korea ARBA Travel, anda akan pergi ke tempat-tempat shopping di atas. Jadi, paling penting sediakan duit secukupnya. Tukar duit MYR ke KRW di Malaysia supaya tidak rugi.

Anda akan pergi ke Myeongdong, Dongdaemun, Namdaemun, dan Gwangjang Market. Setiap tempat mempunyai tarikan tersendiri yang membuatkan anda rasa nak beli semuanya. 

Jadi, untuk lebih jimat, di Gwanjang dan Namdaemun, anda boleh tawar-menawar dengan penjual untuk dapat harga lebih rendah. Tawar-menawar adalah biasa di kedua tempat ini.

“Ahjumma, kakka jyuseyo.” 
Maksudnya : “Auntie, discount please.” Untuk uncle, panggil Ahjussi ye.

Untuk menawar, anda perlu tunjukkan yang anda sangat berminat untuk beli. Sekiranya penjual tidak mahu berikan diskaun, jangan risau, tengok apa mereka cakap bila anda berlalu pergi.

Kalau pandai cakap Korea lagi bagus, senang tunjukkan “aegyo” untuk dapat diskaun. Cakap English pun tak apa, tapi kalau mereka tak faham English, boleh gunakan body language dan kalkulator untuk tunjuk harga.

Market-market di Korea sangat besar dan banyak kedai. Jadi, disarankan untuk anda survey harga dulu sebelum beli. Banyak kedai akan jual benda yang sama dengan harga yang berbeza. 

Sediakan bag besar sekiranya anda plan untuk beli banyak barang. Disebabkan saiz market yang besar, anda akan pilih untuk teruskan berjalan daripada balik ke kereta atau hotel untuk simpan barang.

tips shopping di korea


Hati- hati dengan ‘Tourist Trap’

Di Korea ada tempat shopping yang kami gelar sebagai tempat tourist trap. Tapi kebanyakan orang panggil tempat ini government shop atau compulsary shop. Ini antara contoh kedai tourist trap:

  • National Ginseng Centre
  • Amethyst Factory
  • Seaweed Museum Seoul

Sekiranya anda nampak tempat-tempat ini dalam itinerary pakej, anda perlu elak daripada ambil pakej tersebut kerana anda akan bazir banyak masa dan wang di tempat-tempat ini.

Tempat ini dipanggil tourist trap kerana sebaik sahaja anda masuk, pintu akan ditutup rapat, anda dipaksa mendengar ceramah produk mereka. Bukan setakat itu, anda tidak boleh keluar dari tempat itu selagi anda tidak beli produk mereka. 

Sekurang-kurangnya, anda akan spend 2 jam di satu tempat. Bayangkanlah kalau anda pergi sampai 4 – 5 tourists trap. 

Kalau anda ambil pakej yang ada tourist trap, anda tak dapat stay lama di Nami Island atau Everland, mungkin 2-3 jam sahaja sebab kena pergi ke kedai tourist trap.

 Pakej Korea ARBA Travel tidak bawa anda ke tempat-tempat ini. Nama sahaja compulsary, tetapi anda tak perlu pergi pun.

Kami bawa anda ke kedai local yang lebih murah dan banyak pilihan.

Artikel Berkaitan :

Pakej Percutian Bali 4 Hari 3 Malam

Tentang Bali

Anda bercadang nak bercuti di Bali bersama keluarga? Dan jika anda ada bercadang untuk mengambil pakej percutian Bali 4 hari 3 malam dengan keluarga, teruskan membaca artikel ini untuk dapatkan tips dan bajet percutian anda.

Tahukah anda Indonesia mempunyai lebih 17,000 pulau? Dan Bali merupakan salah satu tempat pelancongan terkenal yang terletak di salah satu kepulauan Indonesia. Majori penduduknya adalah penganut agama Hindu walaupun Indonesia merupakan negara Islam. Jadi, jangan hairan jika anda ternampak banyak kuil dan suasana berunsurkan Hinduism disana nanti.

Selain itu, Bali juga terkenal dikalangan pemain luncur ombak dan menjadi salah satu tempat luncur terbaik di dunia. Faktor cuaca tropikal yang tidak terlalu panas adalah antara satu sebab kenapa Bali menjadi pilihan pelancong negara 4 musim seperti Korea Selatan, Jepun, Australia, negara-negara Eropah dan lain-lain.

Bagi yang ingin melancong ke Bali dalam masa terdekat ini, Kami cadangkan untuk anda ambil pakej percutian Bali 4 hari 3 malam kerana di Bali terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati seperti Pantai Seminyak, Ubud, Tegallalang, dan banyak lagi.

Surfing Bali

Selain terkenal dengan luncur air, Bali juga tidak terketinggalan menjadi pilihan bagi pasangan suami isteri yang ingin berbulan madu dan menyambut ulangtahun perkahwinan bersama pasangan.

Perjalanan Ke Bali

Untuk datang ke Bali, anda perlu membeli tiket penerbangan ke Ngurah Rai International Airport (DPS) dan perjalanan mengambil masa selama 3 jam dari KLIA. Anggaran harga tiket penerbangan Air Asia bermula dari RM600 hingga RM800 pergi balik. Jika anda mengambil penerbangan pada waktu siang, anda boleh add-on makan dalam flight untuk mengisi perut dalam perjalanan nanti.

Oh ya, untuk warganegara Malaysia yang nak masuk ke Indonesia tak perlu apply visa. Anda akan terima visa on-arrival dan visa tersebut boleh digunakan selama 30 hari dari hari ketibaan.

Tempat-Tempat Menarik Di Bali

Bali terkenal dengan pantai-pantai yang sangat memukau dengan keindahannya seperti Pantai Kuta, Pantai Kelinking, Pantai Diamond. Selain mempunyai pantai-pantai yang cantik untuk dilawati, anda juga boleh ke Ubud, Tegallalang, dan lain-lain. Kepada coffee lover, jangan lepaskan peluang ke ladang kopi di Ubud nanti.

Ubud coffee tasting

Pakej Bali 4 Hari 3 Malam

Sebelum datang ke sini, kami sarankan untuk anda mengupah supir bagi memudahkan setiap perjalanan anda di Bali nanti. Dari airport ke Bali mengambil masa 1 jam 45 minit ke 2 jam. Ini panduan itinerari percutian Bali jika ini merupakan kali pertama anda datang melancong ke Bali. Lebih mudah jika anda ambil Pakej Bali.

Hari pertama:-

  • Airport Pickup
  • Uluwatu Temple (Famous temple landmark)
  • Check-in Hotel

Hari ke-2:-

  • Transfer hotel to Sanur Jetty
  • Sanur Jetty to Nusa Penida Island
  • Kelingking Beach
  • Diamond Beach 
  • Tree House/ Broken Beach
  • Jimbaran Beach

ATAU

  • Nusa Dua Watersport
  • Waterblow
  • Pandawa Beach/ Melasti Beach/ Garuda Wisnu Kencana Cultural Park
  • Jimbaran Beach

Hari ke-3:-

  • Batik outlet
  • Kintamani Mount Batur
  • Tegallalang Paddy Terrace
  • Visit Ubud Coffee Plantation
  • Tegunungan waterfall

Hari ke-4:-

  • Check Out Hotel
  • Shopping Ole Ole Bali
Sunset Seminyak Bali

Makanan Tradisional Bali

Bila dah sampai di Bali, tak sah la kalau anda tak cuba makan makanan asli Bali. Antara makanan yang anda wajib cuba Nasi Ayam Betutu Gilimanuk, Nasi Bali, Sate Lilit, Wong Solo.

Walaupun terdapat banyak restoran yang menyajikan makanan halal di Bali, tetapi anda tetap perlu berhati-hati masuk ke restoran tersebut. Ini kerana ada sesetengah kedai makan yang menjual makanan tidak halal dalam premis yang sama.

Ayam Betutu Bali

Penginapan

Untuk penginapan anda ada beberapa pilihan. Anda boleh penginap di tepi pantai atau di tengah bandar seperti di Kuta. Anda boleh buat pilih untuk penginap di hotel ataupun di Vila. Jika anda pasangan yang sedang honeymoon, vila sangat sesuai untuk anda kerana ada penginapan yang tersedia private pool disetiap unit.e

Aktiviti Di Bali

Antara tempat-tempat yang mesti pergi di Bali termasuk Kelinking Beach, Diamond Beach, Uluwatu Temple, Tegallalang Paddy Terrace, bagi yang suka minum kopi, Ubud Coffee Plantation wajib pergi untuk pengalaman coffee tasting disana.

Artikel ini hanyalah sebagai rujukan bagi anda yang sedang mencari itinerari dan buat bajet untuk bercuti di sana. Oh ya, kami akan tulis artikel pakej untuk honeymoon dan share tempat-tempat romantik yang best.

6 Kelebihan Pakej Korea ARBA Travel

tempat menarik di seoul
video pakej korea 2018 2019


Korea merupakan tempat yang paling femes orang pilih untuk pergi melancong. Dekat korea dapat rasa makanan-makanan ori mereka yang femes di Malaysia, dapat rasa salji, dan juga melawat tempat-tempat menarik di sana.

Dengan pakej Korea ARBA Travel, anda akan dapat pengalaman yang sangat best, berbeza dengan orang lain. Jum tengok kenapa pakej korea ARBA Travel lain daripada yang lain.

1. NO Tourist Trap

tourist trap di korea


Ramai yang tidak sedar tempat yang mereka pergi itu adalah tempat tourist trap. Ramai juga yang tidak tahu apa itu tourist trap, dan menganggap tanpa tourist trap, pakej tersebut tidak lengkap.

Tourist trap adalah tempat-tempat yang mana mereka akan paksa anda beli barang mereka secara langsung atau tidak langsung. Selalunya harga mereka lebih mahal dan pilihan tidak banyak.

Dengan pakej Korea ARBA Travel, tiada tempat paksa beli yang anda perlu lalui. Kami akan bawa anda ke tempat shopping yang lebih murah dan banyak pilihan.

2. Tour Guide Malaysia


Kalau tak tahu berbahasa Korea ataupun susah berbahasa Inggeris pun takpe. Tour Guide kami adalah orang Malaysia. Anda boleh cakap melayu sahaja dengan mereka untuk sebrang masalah dan pertanyaan.

Tour Guide kami juga pandai berbahasa Korea. So, kalau ada apa-apa, mereka boleh translatekan untuk anda.

3. Makanan Korea Halal & Sedap

makanan halal korea
Makanan halal korea


Pergi Korea haruslah merasa makanan korea kan. Tapi kadang-kadang mesti macam tak kene dengan tekak. Jangan risau, kami prihatin dengan selera orang kita.

Jadi, kami bawa anda makan masakan Korea & melayu yang sedap dan sesuai dengan citarasa Malaysia. Jum visit website dan facebook ARBA Travel untuk tengok apa kata pelanggan yang telah pergi bersama kami.

4. Private Bus


Biasanya dengan  pakej yang dapat harga murah, akan naik public transport. Naik public transport pula makan masa sebab nak kena tunggu.

Tapi, dengan pakej Korea ARBA Travel, anda akan naik private van/bus yang jauh lebih selesa. Dapat jimat masa dan tak perlu menunggu lama atau berkejaran menaiki public transport.

5. Pakej Sesuai Dengan Orang Malaysia

Arba di Everland Park

Team kami dah menetap lebih 7 tahun di Korea. Untuk tempat-tempat yang menarik nak pergi, itinerary kami disusun seperti membawa family sendiri pergi berjalan. Bawa family jenjalan mestilah nak pergi tempat best-best je kan.

Kami prihatin dan faham apa keperluan orang Malaysia ketika melancong. So, kalau tak sure pasal pakaian yang hendak dibawa dan sebagainya, tanya sahaja travel consultant kami, Mereka pakar dalam hal ini.

6. Tiada Kos Tersembunyi

Dengan kami, anda tak perlu bayar bayaran tambahan. Harga kami dah include kan semua kos yang perlu untuk trip tu. Pakej sudah include flight return, makan, hotel dan entrance fee.

Anda hanya perlu bawa duit untuk personal expenses sahaja.

Belum tengok pakej Korea ARBA Travel lagi? Boleh tengok di website ARBA Travel