Makanan Halal Di Korea

Sekarang, sangat mudah untuk anda jumpa restoran yang menjual makanan halal di Korea. Banyak apps juga direka untuk memudahkan pelancong mencari restoran halal.

Sejak 2017, Korea menekankan kepentingan restoran Muslim-friendly yang menyediakan makanan halal kerana pelancong yang datang kebanyakannya berasal dari negara Islam. Anda boleh jumpa banyak restoran halal terutama di Itaewon.

Eid Halal Korean Food

makanan halal korea


Eid, antara restoran terawal yang menyediakan makanan halal. Pemiliknya berbangsa Korea dan beragama Islam. Restoran ini terletak berhampiran masjid di Itaewon. 

Bilangan meja terhad, jadi boleh reserve dan tunggu di masjid. Restoran ini menyediakan hidangan Korea dengan bahan-bahan yang halal. Daging diimport dari luar negara kerana kekurangan penyembelihan halal di Korea.

Antara makanan disediakan di Eid:

  • Beef Bulgogi
  • Bibimbap
  • Grilled Fish
  • Samgyetang (giseng chicken soup)
  • Haemul Deop Bap

Harga makanan lebih kurang dalam KRW8000 – KRW12000 per dish. Waktu operasi dari 11.30 pagi – 9 malam, tutup hari Isnin.

makanan halal korea
makanan halal korea


Makan Halal Korean Restaurant

makanan halal korea


Makan Halal Korea terletak berhampiran masjid di Itaewon dan pemiliknya yang beragama Islam. Restoran ini antara yang diiktiraf KMF (Korean Muslim Federation) pada tahun 2015.

Makan Halal Korea ada dua kedai yang berdekatan. Restoran utama menyediakan hidangan Korea, dan restoran kedua menyediakan makanan berasaskan noodle dan ayam. 

Seperti Eid, bilangan meja di Makan Halal Korea terhad. Tapi, makanan di Makan Halal Korea banyak mendapat review baik kerana makanannya yang sedap dengan portion besar. 

Antara makanan dalam menu Makan Halal Korea:

  • Tteokgalbi
  • Samgyetang
  • Bulgogi
  • Bulgogi Bibimbap

Harga lebih kurang dalam KRW8000 – KRW15000 per dish. Beroperasi dari pukul 10.30 pagi hingga 10.30 malam, tutup setiap Selasa.

makanan halal korea
makanan halal korea


Yang Good (Yangguk) Halal Korean BBQ

makanan halal korea


Ini tempat wajib anda pergi sekiranya terasa nak berBBQ dalam cuaca sejuk di Korea. Restoran ini terletak di daerah Gangnam.

Yang Good menyediakan daging lembu dan kambing yang diimport dari Australia. BBQ ini dihidang sekali dengan side dish dan boleh refill secara percuma.  

Selain daging, anda juga boleh menikmati hidangan noodle, ayam, dan stew.

Antara menu lamb di Yang Good:

  • Lamb Rack
  • Marinated Lamb
  • Skewered Lamb

Anda boleh pilih untuk ambil marinated lamb yang disalut dengan sos manis, atau unmarinated lamb yang juicy.

Harga lebih kurang dalam KRW 11000 – KRW22000 per serving, buka dari 3pm – 2am dan tutup pada hari ahad.

makanan halal korea
makanan halal korea


BoA Travel House


First floor bangunan BoA Travel House dijadikan restoran yang menyediakan makanan halal Korea, dalam bentuk dosirak, atau nama lainnya lunchbox. 

Terletak di daerah Hongdae, kedai ini beroperasi dari pukul 12pm – 9pm. Mereka sediakan tempat solat bagi yang tidak menginap di BoA Travel House.

Antara menu dosirak halal BoA Travel House:

  • Bulgogi Dosirak
  • Chicken Dosirak
  • Japchae Dosirak
  • Chili Shrimp Dosirak
  • Squid Dosirak
  • Salmon Teriyaki Rice Dosirak
  • Gimbap & Tteokbokki Dosirak

Harga satu dosirak sekitar KRW8000. Ada disediakan juga hidangan selain dosirak seperti kimbap, tteokbokki, jjajangmyeon dan ayam.

makanan halal korea
makanan halal korea


Bombay Grill


Bombay Grill di Itaewon menyediakan makanan India dan Pakistan. Hidangan di Bombay Grill banyak berasaskan ayam dan kambing, dan dihidang bersama nasi.

Selain ayam dan kambing, mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan roti nan.

Antara menu di Bombay Grill:

  • Nasi Briyani
  • Chicken Tikka Masala
  • Mutton Qurry

Bombay Grill buka pada pukul 11 pagi hingga 10 malam. Harga lebih kurang dalam KRW10000 – KRW18000.

makanan halal korea


Apa yang ARBA Travel tawarkan

Dengan pakej Korea ARBA Travel, kami bawa anda ke restoran Muslim-friendly sahaja. Makanan dijamin halal dan sesuai dengan citarasa orang Malaysia. Boleh tengok apa kata pelanggan yang telah pergi dengan ARBA Travel.


Kalau anda nak cari pakej yang makan sedap dan puas hati, boleh lihat pakej kami di sini :

https://arbatravel.com/pakej-korea/melancong-ke-seoul/