Interior
Kabin tiada tingkap. Pilihan paling jimat.
Percutian cruise mesra Muslim untuk seluruh keluarga

Kabin tiada tingkap. Pilihan paling jimat.
Kabin yang ada tingkap, boleh nikmati pemandangan laut yang cantik. Muat 2 orang sahaja.
Ada balkoni sendiri. Boleh duduk luar minum petang sambil tengok laut.
Suite mewah dengan butler sendiri dan akses eksklusif ke The Palace Club. Pilihan paling premium.
Akses fasiliti dah termasuk dalam pakej
Diskaun untuk orang ke-3 & 4 dalam kabin sama.
| Tarikh | Route | Harga | Tempah |
|---|---|---|---|
| 22 - 24 Nov | Singapore - Melaka - Singapore | – | Penuh |
| 24 - 27 Nov | Singapore - Phuket - Singapore | DariRM1,499 | Hampir penuh! |
| 27 - 29 Nov | Singapore - High Seas - Singapore | DariRM1,599 | Hampir penuh! |
| 29 Nov - 1 Dec | Singapore - Melaka - Singapore | DariRM799 | Hampir penuh! |
Cara baca route
Termasuk:
Tak termasuk:
Caj wajib yang perlu dibayar adalah gratuiti, iaitu tip kepada kru kapal cruise, yang dicaj SGD27-SGD40 seorang semalam. Ada juga fuel surcharge SGD10 seorang semalam (bayi bawah 2 tahun dikecualikan). Anda juga boleh membeli wifi, rawatan spa, tour di pelabuhan dan sebagainya.
Untuk cara bayaran, semasa naik cruise, anda akan daftar kad kredit/debit atau letak deposit tunai untuk membuat suatu akaun cashless. Semua perbelanjaan atas cruise akan dicaj ke akaun tersebut.
Boleh cancel atau tukar, tetapi ada caj yang dikenakan, dan amaun caj bergantung kepada bila anda membuat permohonan. Boleh baca Polisi Pembatalan & Bayaran untuk maklumat lanjut.
Ya, ada pilihan makanan halal di The Lido. Anda boleh makan 3 kali sehari secara buffet di situ. Untuk peserta Muslim, The Lido dah cukup untuk semua keperluan makan anda. Ada juga pelbagai restoran dan kafe lain di atas cruise sebagai pilihan tambahan untuk semua peserta.
Ada 4 jenis kabin:
Interior adalah kabin paling murah, manakala The Palace kabin paling mahal.
Tidak. Satu kabin muat maksimum 4 orang, dan sesetengah kabin muat 2 orang sahaja. Kanak-kanak dan bayi juga dikira sebagai seorang. Kalau keluarga ada 5 orang atau lebih, anda perlu tempah sekurang-kurangnya 2 kabin dalam satu booking. Pilih jenis kabin yang sama untuk peluang lebih tinggi dapat deck yang sama atau kabin berdekatan.
Boleh. Cuma harga akan dikira untuk 2 orang. Port charge, gratuiti dan fuel surcharge pula anda bayar untuk seorang sahaja.
Kami akan letak permintaan untuk anda dapat kabin berdekatan, tapi susunan sebenar bergantung kepada pihak cruise. Tip: book jenis kabin yang sama untuk peluang lebih tinggi dapat deck yang sama dan kabin bersebelahan.
Kalau route anda singgah di pelabuhan (contoh Melaka, Penang atau Phuket), cruise biasanya berlabuh beberapa jam sehingga hampir sehari penuh, bergantung pada jadual.
Anda bebas turun berjalan-jalan, cuma pastikan naik semula sebelum waktu cruise bertolak. Anda juga ada pilihan untuk membeli pakej tour di pelabuhan di atas cruise. Untuk route "High Seas", cruise tak singgah mana-mana pelabuhan.
Terminal bergantung pada port berlepas (pelabuhan pertama dalam route):
Waktu belayar berbeza ikut route, jadi alamat penuh dan waktu tepat akan tertera dalam e-tiket yang kami kongsikan berdekatan dengan tarikh belayar. Anda perlu check-in dan berada di terminal 2-3 jam sebelum belayar.
Transport ke terminal dan balik anda uruskan sendiri, dan kami cadang pre-book kedua-duanya sebab terminal selalu sesak. Untuk route one way yang tamat di pelabuhan lain, perjalanan balik juga anda uruskan sendiri.
Boleh. Cuma atas sebab keselamatan, 2 kategori ini tak dibenarkan belayar:
Ya, wajib ada passport untuk semua orang termasuk kanak-kanak dan bayi. Pastikan passport sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pulang.
Boleh. Anda boleh beli takaful perjalanan Etiqa untuk cruise di customer portal ARBA.
Kami sarankan bawa international adapter.
Genting Dream cruise besar dan stabil, jadi kebanyakan orang tak rasa apa-apa, lebih-lebih lagi di laluan pendek. Kalau anda sensitif, bawa ubat mabuk laut dan pilih kabin di bahagian tengah cruise. Klinik atas cruise pun ada ubat.

Tempah sekarang sebelum slot penuh. Bayar deposit 50% sahaja, baki boleh bayar ansuran.