Joined Tour Atau Private Tour

Untuk pengetahuan anda, pakej Korea yang ARBA Travel tawarkan ada dua jenis iaitu Joined Tour & Private Tour. Dua-dua tour pun best dan ada kelebihan tersendiri. Ada yang tanya, mana lagi berbaloi?

Bagi kami, Joined Tour lagi berbaloi.

winter pakej korea 2018 2019

Kenapa?
Dalam kata lain, Joined Tour ini ‘kos dikongsi bersama’. Kalau tengok harga Joined Tour, memang lagi murah berbanding Private Tour sebab kos dibahagi dengan ahli trip.

Sebagai contoh kos private bus. Kos private bus untuk 5 hari 4 malam di Korea adalah RM6500.

Bahagi 5 hari, sehari dalam RM1300.
Bahagi pula 40 orang, kos seorang untuk sehari RM32.50 je.

Dengan RM32.50 seorang, anda dapat naik private bus yang selesa, tak perlu sesak-sesak dan berkejaran naik public transport.

Selalunya, orang pilih Private Tour sebab nak privacy dengan group sendiri sahaja. Kalau anda nak tahu, trip kami ini nama sahaja Joined Tour, tapi ada ciri-ciri Private Tour juga.

Bila sampai ke tempat-tempat attraction, kami berikan masa free & easy bersama group masing-masing. Anda boleh buat aktiviti mengikut masa yang ditetapkan.

autumn pakej korea 2018 2019

Ada juga pasangan yang kami perasan pada hari terakhir, rupanya mereka sedang berhoneymoon, dan mereka happy sangat dengan trip kami. Boleh tengok video testimoni mereka di sini: https://www.youtube.com/watch?v=gW1GcVTAar8.

Walaupun ramai, kami jaga kebajikan anda sama seperti pelanggan Private Tour.

Harga Joined Tour Korea kami jika book 6 bulan ke atas sebelum tarikh trip adalah:

  • RM3097 (Guesthouse)
  • RM3397 (Hotel)

Harga diatas sudah termasuk tiket penerbangan return dan bagasi.

Harga untuk Private Tour biasanya adalah RM3500 tanpa tiket flight, tapi boleh pergi bila-bila, sebab group anda sahaja, Kalau anda memang nak privacy dengan family dan memang nak Private Tour Korea, boleh hubungi kami juga.

Kami akan bantu anda untuk uruskan.