Interior
Kabin paling jimat, tiada tingkap. Selesa dan berbaloi untuk yang lebih banyak habiskan masa di luar kabin.
Cruise paling padat dengan aktiviti untuk keluarga aktif

Kabin paling jimat, tiada tingkap. Selesa dan berbaloi untuk yang lebih banyak habiskan masa di luar kabin.
Kabin yang ada tingkap, boleh nikmati pemandangan laut yang cantik.
Ada balkoni sendiri. Boleh duduk luar minum petang sambil tengok laut.
Suite yang lebih luas dan selesa. Sesuai untuk keluarga.
Akses fasiliti dah termasuk dalam pakej
Diskaun untuk orang ke-3 & 4 dalam kabin sama.
| Tarikh | Route | Harga | Tempah |
|---|---|---|---|
| 3 - 7 Dec | Singapore - Penang - Phuket - High Seas - Singapore | DariRM1,810 | Hampir penuh! |
| 7 - 10 Dec | Singapore - Penang - High Seas - Singapore | DariRM6,931 | Hampir penuh! |
| 10 - 14 Dec | Singapore - Penang - Phuket - High Seas - Singapore | DariRM2,020 | Hampir penuh! |
| 14 - 17 Dec | Singapore - Penang - High Seas - Singapore | DariRM2,157 | Hampir penuh! |
| 17 - 20 Dec | Singapore - Penang - High Seas - Singapore | DariRM2,214 | |
| 20 - 24 Dec | Singapore - Penang - Phuket - High Seas - Singapore | DariRM3,420 | |
| 24 - 28 Dec | Singapore - Penang - Phuket - High Seas - Singapore | DariRM3,399 | |
| 28 Dec 2026 - 2 Jan | Singapore - Penang - Langkawi - Phuket - High Seas - Singapore | DariRM7,254 |
Cara baca route
Termasuk:
Tak termasuk:
Caj wajib yang perlu dibayar adalah gratuiti, iaitu tip kepada kru kapal cruise, yang dicaj USD18.50-USD21 seorang semalam. Anda juga boleh membeli wifi, tour di pelabuhan dan sebagainya.
Untuk cara bayaran, semasa naik cruise, anda akan daftar kad kredit/debit atau letak deposit tunai untuk membuat suatu akaun cashless. Semua perbelanjaan atas cruise akan dicaj ke akaun tersebut.
Boleh cancel atau tukar, tetapi ada caj yang dikenakan, dan amaun caj bergantung kepada bila anda membuat permohonan. Boleh baca Polisi Pembatalan & Bayaran untuk maklumat lanjut.
Royal Caribbean tiada pilihan makanan halal seperti Genting Dream atau Star Voyager. Ada pilihan daging halal di restoran utama, tetapi perlu ditempah awal (90 hari sebelum belayar). Kalau makanan halal penting untuk anda, Genting Dream atau Star Voyager lebih sesuai kerana ada pilihan makanan halal di The Lido.
Ada 4 jenis kabin:
Interior adalah kabin paling murah, manakala Junior Suite kabin paling premium.
Tidak. Satu kabin muat maksimum 4 orang, dan sesetengah kabin muat 2 orang sahaja. Kanak-kanak dan bayi juga dikira sebagai seorang. Kalau keluarga ada 5 orang atau lebih, anda perlu tempah sekurang-kurangnya 2 kabin dalam satu booking. Pilih jenis kabin yang sama untuk peluang lebih tinggi dapat deck yang sama atau kabin berdekatan.
Boleh. Cuma harga akan dikira untuk 2 orang. Port charge dan gratuiti pula anda bayar untuk seorang sahaja.
Kami akan letak permintaan untuk anda dapat kabin berdekatan, tapi susunan sebenar bergantung kepada pihak cruise. Tip: book jenis kabin yang sama untuk peluang lebih tinggi dapat deck yang sama dan kabin bersebelahan.
Kalau route anda singgah di pelabuhan (contoh Penang atau Phuket), cruise biasanya berlabuh beberapa jam sehingga hampir sehari penuh, bergantung pada jadual.
Anda bebas turun berjalan-jalan, cuma pastikan naik semula sebelum waktu cruise bertolak (kru akan umumkan waktu kembali). Anda juga ada pilihan untuk membeli pakej tour di pelabuhan di atas cruise.
Semua pelayaran Royal Caribbean yang kami tawarkan belayar dari:
Waktu belayar berbeza ikut route, jadi alamat penuh dan waktu tepat akan tertera dalam e-tiket yang kami kongsikan berdekatan dengan tarikh belayar. Anda perlu check-in dan berada di terminal 2-3 jam sebelum belayar.
Transport ke terminal dan balik anda uruskan sendiri, dan kami cadang pre-book kedua-duanya sebab terminal selalu sesak.
Boleh. Cuma atas sebab keselamatan, 2 kategori ini tak dibenarkan belayar:
Ya, wajib ada passport untuk semua orang termasuk kanak-kanak dan bayi, sebab cruise melalui perairan antarabangsa. Pastikan passport sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pulang.
Boleh. Anda boleh beli takaful perjalanan Etiqa untuk cruise di customer portal ARBA.
Kami sarankan bawa international adapter.
Navigator of the Seas cruise besar dan stabil, jadi kebanyakan orang tak rasa apa-apa, lebih-lebih lagi di laluan pendek. Kalau anda sensitif, bawa ubat mabuk laut dan pilih kabin di bahagian tengah cruise. Klinik atas cruise pun ada ubat.

Tempah sekarang sebelum slot penuh. Bayar deposit 50% sahaja, baki boleh bayar ansuran.