Trip Melancong Ke China 4 Wilayah 2026/2027
Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou

Dipercayai oleh 118,000+ traveller
Pengalaman Travel di China 4 Wilayah
Itinerari Trip China 4 Wilayah
- Berkumpul di KLIA
- Terbang ke Shenzhen
- Sampai di Shenzhen Airport
- Singgah di Meilin Mosque untuk solat
- Lawat K11 ECOAST & Sea World (kawasan waterfront moden)
- Singgah di Golden Brewery Art Street (hub seni & budaya)
- Lawat Dongmen Pedestrian Street (kawasan shopping popular)
Itinerari boleh berubah mengikut masa penerbangan, cuaca, dan waktu operasi tempat lawatan. Masa yang secukupnya akan diberikan untuk solat, makan, dan toilet break.
Harga Pakej China 4 Wilayah
Dari RM3,997
RM3,597 seorang
Diskaun RM400 untuk 15 orang terawal
Tempah dengan deposit RM500 seorang sahaja.
Baki boleh dibayar secara ansuran sehingga 45 hari sebelum trip.
Pilih tarikhHarga yang ditunjukkan adalah harga untuk tarikh paling murah. Harga sebenar berbeza mengikut tarikh.
Kelebihan Pakej China 4 Wilayah ARBA Berbanding Yang Lain
| Pakej China 4 Wilayah ARBA | Pakej lain |
|---|---|
| Tiada tourist trap | Bazir masa dan duit di 3‑5 tourist trap: Jade Store, Silk Store, kedai herba, kedai teh dan kilang cream |
| Shopping di K11 ECOAST, lebih selesa dan teratur | Shopping di mall yang penjualnya suka paksa beli |
| 2 kali bullet train dengan baggage transfer. Beg dibawa oleh van, tak perlu bawa naik train | Bullet train tanpa baggage transfer, perlu angkat luggage sendiri naik train |
| Hotel 4 bintang | Campuran hotel 3 & 4 bintang |
| Termasuk entrance fee, Li River Cruise dan Impression Liu Sanjie Show | Cruise, show dan entrance fee lain bayar sendiri |
| Termasuk tipping | Tipping bayar sendiri, RM150‑RM200 seorang |
Pilih Tarikh Trip China 4 Wilayah Anda
| Tarikh | Flight | Musim | Harga | Pilih |
|---|---|---|---|---|
| 5 - 11 Jan | AirAsia | Winter | 9+ slot lagi | |
| 7 - 13 Jan | AirAsia | Winter | 9+ slot lagi | |
| 13 - 19 Jan | AirAsia | Winter | 9+ slot lagi | |
| 20 - 26 Jan | AirAsia | Winter | 9+ slot lagi | |
| 28 Jan - 3 Feb | AirAsia | Winter | 9+ slot lagi |
Musim dan aktiviti bermusim adalah anggaran sahaja dan boleh berubah mengikut cuaca.
Ada Soalan? Baca FAQ Pakej China 4 Wilayah
China bahagian selatan (Shenzhen, Guilin, Yangshuo, Guangzhou) ada empat musim:
- Musim Bunga / Spring (March - May): 15°C – 25°C.
- Musim Panas / Summer (June - August): 26°C – 33°C.
- Musim Luruh / Autumn (September - November): 18°C – 27°C.
- Musim Sejuk / Winter (December - February): 8°C – 18°C.
Setiap musim ada tarikannya tersendiri, jadi masa yang terbaik untuk travel ke China 4 Wilayah bergantung kepada minat anda. Kalau tak pasti, Travel Consultant kami sedia bantu bagi cadangan terbaik untuk anda.
Untuk warganegara Malaysia: Tidak. Warganegara Malaysia boleh masuk ke China tanpa visa untuk lawatan singkat (sehingga 30 hari) di bawah dasar bebas visa semasa.
Untuk bukan warganegara Malaysia: Permohonan visa perlu diurus dan ditanggung sendiri.
Harga yang berbeza adalah disebabkan beberapa faktor seperti:
- Musim perjalanan (cuti sekolah & peak season lebih mahal)
- Jenis penerbangan
- Kadar hotel
Jika tidak pasti untuk pilih tarikh yang mana, Travel Consultant kami sedia membantu cadangkan tarikh paling sesuai ikut bajet dan keperluan anda.
Sepanjang trip, anda makan 3 kali sehari (breakfast, lunch dan dinner), semuanya dah termasuk dalam pakej. Anda akan rasa makanan halal tempatan termasuk makanan dari restoran Muslim Hui di sekitar masjid bersejarah seperti Meilin Mosque, Chongshan Mosque, dan Huaisheng Mosque. Tour guide dah pilih restoran halal yang sesuai sepanjang perjalanan.
Setiap trip ada sekitar 30 orang peserta.
Untuk pakej Group Tour, itinerari adalah tetap bagi menjaga kelancaran trip.
Jika anda mahukan itinerari yang lebih fleksibel, kami sangat galakkan untuk memilih pakej Private Tour kami.
Sesuai jika warga emas masih sihat dan boleh berjalan. Pakej ni agak aktif, banyak berjalan kaki setiap hari dan tiga kali tukar hotel.

Tempah Sebelum Slot Habis
Deposit RM500 seorang sahaja. Baki boleh bayar secara ansuran.