Trip Melancong Ke Kashmir - Agra, India 2026/2027
Lihat Seni Bina Taj Mahal & Kecantikan Gunung Gulmarg

Dipercayai oleh 118,000+ traveller
Pengalaman Travel di Kashmir - Agra, India
Itinerari Trip Kashmir - Agra
- Berkumpul di KLIA
- Terbang ke Delhi
- Sampai di Delhi & dijemput di airport
- Bergerak ke hotel untuk bermalam
Itinerari boleh berubah mengikut masa penerbangan, cuaca, dan waktu operasi tempat lawatan. Masa yang secukupnya akan diberikan untuk solat, makan, dan toilet break.
Harga Pakej Kashmir - Agra
Dari RM5,297
RM4,897 seorang
Diskaun RM400 untuk 15 orang terawal
Tempah dengan deposit RM1,000 seorang sahaja.
Baki boleh dibayar secara ansuran sehingga 60 hari sebelum trip.
Pilih tarikhHarga yang ditunjukkan adalah harga untuk tarikh paling murah. Harga sebenar berbeza mengikut tarikh.
Kelebihan Pakej Kashmir - Agra ARBA Berbanding Yang Lain
| Pakej Kashmir - Agra ARBA | Pakej lain |
|---|---|
| Termasuk tipping dan peak season surcharge | Bayar sendiri RM200‑RM250 untuk tipping dan RM250‑RM300 untuk peak season surcharge |
| Termasuk buggy di Gulmarg dan Agra, tak perlu jalan jauh ke Taj Mahal dan Gulmarg Cable Car. Lebih mesra warga emas | Perlu jalan jauh dari entrance ke Taj Mahal dan Gulmarg Cable Car, atau bayar buggy sendiri |
| Lawat 3 tarikan utama di Kashmir: Sonamarg, Pahalgam dan Gulmarg | Lawat 2 daripada 3 tarikan utama di Kashmir sahaja |
| Tidur di houseboat 1 malam sahaja, cukup untuk rasa pengalamannya. Houseboat kurang selesa berbanding hotel | Tidur di houseboat 2 malam, terlalu lama sebab fasiliti houseboat tidak selengkap hotel |
Pilih Tarikh Trip Kashmir - Agra Anda
| Tarikh | Flight | Musim | Harga | Pilih |
|---|---|---|---|---|
| 7 - 13 Dec | Malaysia Airlines | WinterSnowy Mountain Views | Penuh | |
| 23 - 29 Dec | Batik Air | WinterSnowy Mountain Views | Penuh | |
| 29 Dec - 4 Jan | Malaysia Airlines | WinterSnowy Mountain Views | 1 slot terakhir! |
Musim dan aktiviti bermusim adalah anggaran sahaja dan boleh berubah mengikut cuaca.
Ada Soalan? Baca FAQ Pakej Kashmir - Agra
Kashmir ada empat musim, dan setiap satu ada tarikan tersendiri:
- Musim Bunga / Spring (March - May): 10°C – 20°C. Tulip mekar dan bunga-bungaan di taman.
- Musim Panas / Summer (June - August): 15°C – 25°C. Padang rumput hijau di Sonamarg & Pahalgam, cuaca sejuk berbanding Malaysia.
- Musim Luruh / Autumn (September - November): 5°C – 15°C. Musim menuai saffron dan epal di Pahalgam.
- Musim Sejuk / Winter (December - February): -5°C – 10°C. Salji turun di Gulmarg dan Snowmobile Long Ride hanya tersedia waktu ini.
Kalau tak pasti, Travel Consultant kami sedia bantu bagi cadangan terbaik untuk anda.
Ya, warganegara Malaysia memerlukan India e-Visa untuk masuk ke India.
Untuk pakej ini, permohonan e-Visa kali pertama dah termasuk dalam pakej. Kami uruskan permohonan untuk anda.
Jika anda pernah memohon India e-Visa sebelum ini, permohonan kali kedua dan seterusnya perlu diuruskan sendiri.
Untuk bukan warganegara Malaysia: permohonan visa perlu diurus dan ditanggung sendiri.
Harga yang berbeza adalah disebabkan beberapa faktor seperti:
- Musim perjalanan (cuti sekolah & peak season lebih mahal)
- Jenis penerbangan
- Kadar hotel
Jika tidak pasti untuk pilih tarikh yang mana, Travel Consultant kami sedia membantu cadangkan tarikh paling sesuai ikut bajet dan keperluan anda.
Breakfast, lunch & dinner halal disediakan setiap hari sepanjang trip. Majoriti penduduk Kashmir beragama Islam, jadi makanan halal mudah dicari di mana-mana.
Tip praktikal: untuk elakkan masalah perut (cirit-birit), kurangkan pengambilan susu, chai, dan makanan mentah waktu di India. Air minuman botol disyorkan.
Anda akan bermalam 1 malam di Houseboat tepi Dal Lake, pengalaman tradisional Kashmir.
Houseboat adalah ringkas tetapi ada pemanas. Bekalan elektrik mungkin terputus sehingga 30 minit kerana peraturan kerajaan tempatan. Ada jarak yang agak luas semasa melangkah masuk ke houseboat, jadi perlu lebih berhati-hati. Tidak digalakkan untuk pengguna kerusi roda atau yang kurang upaya bergerak.
Setiap trip ada sekitar 30 orang peserta.
Untuk pakej Group Tour, itinerari adalah tetap bagi menjaga kelancaran trip.
Jika anda mahukan itinerari yang lebih fleksibel, kami sangat galakkan untuk memilih pakej Private Tour kami.
Sesuai jika warga emas masih sihat dan boleh berjalan. Pakej ni mencabar, ada kawasan tinggi dan dua kali perjalanan darat yang panjang.

Tempah Sebelum Slot Habis
Deposit RM1,000 seorang sahaja. Baki boleh bayar secara ansuran.