Trip Melancong Ke Kazakhstan 2026/2027
Lawat Bandar Almaty & Selami Budaya Nomad

Dipercayai oleh 118,000+ traveller
Pengalaman Travel di Kazakhstan
Itinerari Trip Kazakhstan
- Berkumpul di KLIA2
- Terbang direct ke Almaty dengan AirAsia X
- Sampai di Almaty & dijemput di airport
- Dinner di kafe tempatan
- Check-in hotel 3 bintang di Almaty
- Free & Easy
Itinerari boleh berubah mengikut masa penerbangan, cuaca, dan waktu operasi tempat lawatan. Masa yang secukupnya akan diberikan untuk solat, makan, dan toilet break.
Harga Pakej Kazakhstan
Dari RM6,997
RM6,597 seorang
Diskaun RM400 untuk 15 orang terawal
Tempah dengan deposit RM1,000 seorang sahaja.
Baki boleh dibayar secara ansuran sehingga 60 hari sebelum trip.
Pilih tarikhHarga yang ditunjukkan adalah harga untuk tarikh paling murah. Harga sebenar berbeza mengikut tarikh.
Kelebihan Pakej Kazakhstan ARBA Berbanding Yang Lain
| Pakej Kazakhstan ARBA | Pakej lain |
|---|---|
| Termasuk tipping | Tipping bayar sendiri, RM200‑RM350 seorang |
| Tidur di hotel 3 bintang yang selesa, bukan guest house luar bandar | Tidur di guest house luar bandar, bilik twin/double terhad dan kongsi bathroom |
| Termasuk tiket Gunny Ethnic Village, yang bernilai lebih daripada RM300 seorang | Lawat kampung etnik luar bandar yang lebih murah, kurang aktiviti dan fasiliti untuk pelancong |
| Termasuk shuttle transport di Charyn Canyon, tak perlu jalan kaki jauh (lebih kurang 4‑5km sehala) | Shuttle transport sebagai add‑on, atau beli tiket sendiri semasa tour |
Pilih Tarikh Trip Kazakhstan Anda
| Tarikh | Flight | Musim | Harga | Pilih |
|---|---|---|---|---|
| 17 - 22 Dec | AirAsia X | Winter | Penuh | |
| 24 - 29 Dec | AirAsia X | Winter | 1 slot terakhir! |
Musim dan aktiviti bermusim adalah anggaran sahaja dan boleh berubah mengikut cuaca.
Ada Soalan? Baca FAQ Pakej Kazakhstan
Kazakhstan ada empat musim:
- Musim Bunga / Spring (March - May): 5°C – 20°C, bunga mekar dan Charyn Canyon hijau.
- Musim Panas / Summer (June - August): 20°C – 30°C, sesuai untuk trip canyon.
- Musim Luruh / Autumn (September - November): 5°C – 18°C, daun bertukar warna keemasan.
- Musim Sejuk / Winter (December - February): -10°C – 0°C, sesuai untuk ski di Shymbulak.
Setiap musim ada tarikannya tersendiri, jadi masa yang terbaik untuk travel ke Kazakhstan bergantung kepada minat anda. Kalau tak pasti, Travel Consultant kami sedia bantu bagi cadangan terbaik untuk anda.
Untuk warganegara Malaysia: Tidak perlu visa. Warganegara Malaysia boleh masuk Kazakhstan tanpa visa sehingga 30 hari.
Untuk bukan warganegara Malaysia: Permohonan visa perlu diurus dan ditanggung sendiri.
Harga yang berbeza adalah disebabkan beberapa faktor seperti:
- Musim perjalanan (cuti sekolah & peak season lebih mahal)
- Jenis penerbangan
- Kadar hotel
Jika tidak pasti untuk pilih tarikh yang mana, Travel Consultant kami sedia membantu cadangkan tarikh paling sesuai ikut bajet dan keperluan anda.
Breakfast dan dinner halal disediakan setiap hari. Lunch tak termasuk kecuali 1 kali lunch di Ethnic Village. Kazakhstan adalah negara majoriti Muslim, walaupun lebih sekular berbanding Uzbekistan. Tour guide bawa ke restoran halal yang dah dipilih supaya anda tak perlu risau cari makanan.
Setiap trip ada sekitar 30 orang peserta.
Tour guide tempatan di Kazakhstan bercakap Bahasa Inggeris. Penduduk tempatan kebanyakannya bercakap Bahasa Kazakh dan Russian, jadi tour guide akan bantu sebagai jambatan komunikasi sepanjang trip. Aplikasi terjemahan di telefon juga sangat berguna untuk interaksi harian.
Mata wang Kazakhstan iaitu Tenge (KZT) jarang ada di money changer Malaysia. Cara terbaik adalah bawa USD dari Malaysia, kemudian tukar ke KZT bila sampai di Almaty.
Untuk pakej Group Tour, itinerari adalah tetap bagi menjaga kelancaran trip.
Jika anda mahukan itinerari yang lebih fleksibel, kami sangat galakkan untuk memilih pakej Private Tour kami.
Sesuai jika warga emas masih sihat dan boleh berjalan. Pakej ni agak aktif, banyak berjalan di kawasan yang tanahnya tidak rata dan ada satu hari perjalanan darat yang panjang. Baiknya satu hotel sahaja sepanjang trip.

Tempah Sebelum Slot Habis
Deposit RM1,000 seorang sahaja. Baki boleh bayar secara ansuran.