Trip Melancong Ke Balkan 2026/2027
Selami Sejarah Islam Bosnia & Keindahan Bumi Balkan

Dipercayai oleh 118,000+ traveller
Pengalaman Travel di Balkan
Itinerari Trip Balkan
- Berkumpul di KLIA (4 jam sebelum)
- Terbang ke Istanbul (transit)
- Terbang ke Skopje
Itinerari boleh berubah mengikut masa penerbangan, cuaca, dan waktu operasi tempat lawatan. Masa yang secukupnya akan diberikan untuk solat, makan, dan toilet break.
Pilihan Pakej Balkan
5 Negara
Dari
RM9,097RM8,697 seorang
Diskaun RM400 untuk 15 orang terawal
- Tempoh
- 10 Hari 7 Malam
- Negara
- 5 negara
- Italy & Venice
- Tidak termasuk
- Bulgaria & Sofia
- Tidak termasuk
- Istanbul (Turki)
- Tidak termasuk
- Lake Ohrid Cruise
- Termasuk
8 Negara
Dari
RM9,397RM8,997 seorang
Diskaun RM400 untuk 15 orang terawal
- Tempoh
- 13 Hari 10 Malam
- Negara
- 8 negara
- Italy & Venice
- Termasuk
- Bulgaria & Sofia
- Termasuk
- Istanbul (Turki)
- Termasuk
- Lake Ohrid Cruise
- Aktiviti tambahan
Harga yang ditunjukkan adalah harga untuk tarikh paling murah. Harga sebenar berbeza mengikut tarikh.
Tempah dengan deposit RM1,000 seorang sahaja.
Baki boleh dibayar secara ansuran sehingga 45 hari sebelum trip.
Pilih tarikhKelebihan Pakej Balkan ARBA Berbanding Yang Lain
| Pakej Balkan ARBA | Pakej lain |
|---|---|
| Termasuk entrance fee Una National Park (5 Negara) | Entrance fee national park bayar sendiri, RM200‑RM300 |
| Termasuk tipping untuk tour guide, city guide & driver | Tipping untuk tour guide, city guide & driver bayar sendiri, RM200‑RM300 seorang |
| Termasuk Ohrid boat (tertakluk cuaca) (5 Negara) | Ohrid boat bayar sendiri |
| Termasuk entrance fee Sarajevo Tunnel of Hope, untuk faham sejarah perang Sarajevo | Entrance fee bayar sendiri, lebih kurang RM50‑RM70 seorang |
Pilih Tarikh Trip Balkan Anda
| Tarikh | Flight | Musim | Harga | Pilih |
|---|---|---|---|---|
| 5 - 13 Dec | Turkish Airlines | Winter | 2 slot terakhir! | |
| 26 Dec - 3 Jan | Turkish Airlines | Winter | 9+ slot lagi |
Musim dan aktiviti bermusim adalah anggaran sahaja dan boleh berubah mengikut cuaca.
Ada Soalan? Baca FAQ Pakej Balkan
Ada beberapa perbezaan utama:
Destinasi:
- 5 Negara (10 Hari 7 Malam): North Macedonia, Albania, Montenegro, Bosnia & Herzegovina, Croatia
- 8 Negara (13 Hari 10 Malam): tambah Italy (Milan, Venice), Bulgaria (Sofia), dan Turki (Istanbul)
Pengalaman tambahan dalam 8 Negara:
- Venice dengan St. Mark Square, Grand Canal, dan pilihan Gondola Ride
- Sofia dengan Alexander Nevsky Cathedral dan Banya Bashi Mosque
- Istanbul dengan Blue Mosque dan Hagia Sophia
- Singgah di Ljubljana Mosque (masjid pertama Slovenia)
Pakej 5 Negara sesuai untuk yang nak fokus pada bumi Balkan dan warisan Islam Bosnia. Pakej 8 Negara sesuai untuk yang nak gabungkan Balkan dengan Italy, Bulgaria, dan Istanbul dalam satu trip.
Negara-negara Balkan ada empat musim:
- Musim Bunga / Spring (March - May): 10°C – 20°C.
- Musim Panas / Summer (June - August): 22°C – 32°C.
- Musim Luruh / Autumn (September - November): 10°C – 20°C.
- Musim Sejuk / Winter (December - February): -2°C – 8°C.
Kawasan tinggi seperti Sarajevo dan Bihać boleh jauh lebih sejuk dengan kemungkinan salji pada musim sejuk. Setiap musim ada tarikan tersendiri, jadi masa yang terbaik bergantung kepada minat anda. Kalau tak pasti, Travel Consultant kami sedia bantu.
Untuk warganegara Malaysia: Tidak perlu visa untuk kebanyakan negara Balkan dalam itinerari ini, termasuk Bosnia & Herzegovina, Montenegro, Albania, North Macedonia, Croatia (Schengen), Bulgaria, dan Turki untuk lawatan pelancongan jangka pendek (polisi semasa).
Untuk pakej 8 Negara, Italy dan Slovenia adalah negara Schengen, dan warganegara Malaysia boleh masuk tanpa visa sehingga 90 hari.
Untuk bukan warganegara Malaysia: Permohonan visa perlu diurus dan ditanggung sendiri.
Harga yang berbeza adalah disebabkan beberapa faktor seperti:
- Musim perjalanan (cuti sekolah & peak season lebih mahal)
- Jenis penerbangan
- Kadar hotel
Jika tidak pasti untuk pilih tarikh yang mana, Travel Consultant kami sedia membantu cadangkan tarikh paling sesuai ikut bajet dan keperluan anda.
Untuk Pakej 5 Negara, anda makan 3 kali sehari (breakfast, lunch dan dinner). Untuk Pakej 8 Negara, anda dapat breakfast dan dinner setiap hari, dengan 1 kali lunch.
Bosnia & Herzegovina, Albania, dan North Macedonia ada komuniti Muslim yang besar, jadi pilihan makanan halal banyak terutama di Sarajevo, Mostar, Tirana, dan Skopje. Tour guide bawa anda ke restoran halal yang dah dipilih.
Setiap trip ada sekitar 30 orang peserta.
Untuk pakej Group Tour, itinerari adalah tetap bagi menjaga kelancaran trip.
Jika anda mahukan itinerari yang lebih fleksibel, kami sangat galakkan untuk memilih pakej Private Tour kami.
Sesuai jika warga emas masih sihat dan boleh berjalan. Pakej ni agak aktif, banyak berjalan di kawasan bandar lama dan kerap tukar hotel (5 Negara: 5 kali, 8 Negara: 9 kali). Untuk 8 Negara, perjalanan darat antara bandar boleh ambil masa 2 hingga 8 jam, dengan beberapa kali lintas sempadan.

Tempah Sebelum Slot Habis
Deposit RM1,000 seorang sahaja. Baki boleh bayar secara ansuran.