Trip Melancong Ke Seoul, Korea 2026/2027
Trip private untuk keluarga anda sahaja. Tarikh & itinerari fleksibel.

Dipercayai oleh 118,000+ traveller
Pengalaman Travel di Seoul, Korea
Itinerari Trip Private Seoul
Itinerari cadangan sahaja dan boleh diubahsuai. Bilangan hari juga boleh ditambah atau dikurangkan.
- Dijemput di airport Incheon
- Singgah di Strawberry Farm (December-February) ATAU Starfield Library COEX (March-November)
- Lawat Nami Island (lokasi penggambaran Winter Sonata)
- Check-in hotel Seoul
Harga Trip Private Seoul Untuk Keluarga Anda
- Jumlah untuk 6 orang, tanpa flight
- RM14,382
- Anggaran flight: RM1,200 - RM2,500 seorang
- Jumlah anggaran dengan flight: RM21,582 - RM29,382
Tempah dengan deposit RM500 seorang sahaja.
Baki boleh bayar ansuran.
Harga berdasarkan itinerari cadangan ARBA.
Ada caj tambahan untuk peak season.
Termasuk
- Hotel 3 bintang dengan breakfast
- Seoul: Designers Hotel Cheongryangri atau setaraf
- Entrance fee Nami Island & Gyeongbok Palace
- K-ETA application (1 kali, untuk warganegara Malaysia)
- Tipping untuk driver
- 10 orang ke atas: private driver dan tour guide profesional berasingan
- Private airport transfer (hari 1 & 5)
- Private transport hari 1 & 2 (10 jam basis)
- Driving guide (bercakap Bahasa Inggeris), hari 1 & 2
Tidak termasuk
- Tiket penerbangan (anda boleh beli sendiri, atau ARBA belikan)
- Lunch & dinner
- Caj 30,000 - 60,000 KRW sejam jika transport & driving guide melebihi 10 jam (bayar tunai)
- Insurans travel
- K-ETA re-application (RM70)
Dapatkan Quotation Trip Private Seoul
Berapa peserta? *
Langkah 1 daripada 3
Ada Soalan? Baca FAQ Pakej Seoul
Boleh. Itinerari yang ditunjukkan hanyalah cadangan. Anda boleh tambah, kurangkan, atau tukar destinasi dan aktiviti ikut citarasa anda. Travel Consultant kami akan bantu rancang itinerari yang paling sesuai.
Boleh. Tempoh 5 Hari 4 Malam adalah cadangan sahaja. Kami boleh sesuaikan ikut cuti dan bajet anda, sama ada nak panjangkan untuk pergi lebih banyak tempat, atau pendekkan jika masa terhad.
Boleh. Berbeza dengan Group Tour yang ada tarikh tetap, Private Tour bermakna anda yang pilih tarikh trip. Beritahu sahaja bila anda nak travel, kami akan urus selebihnya.
Boleh. Kami tak masukkan tiket dalam pakej supaya anda bebas pilih syarikat penerbangan, masa penerbangan, atau guna frequent flyer miles. Tapi jika anda mahu, ARBA boleh belikan tiket untuk anda.
Korea ada empat musim:
- Musim Bunga / Spring (March - May): 8°C – 18°C, terkenal dengan sakura dan bunga forsythia.
- Musim Panas / Summer (June - August): 22°C – 32°C, cuaca hangat. Bawa payung untuk hujan pada July.
- Musim Luruh / Autumn (September - November): 10°C – 20°C, daun maple oren dan merah, suhu nyaman.
- Musim Sejuk / Winter (December - February): -5°C – 5°C, salji turun di Seoul dan kawasan utara, sesuai untuk ski.
Setiap musim ada tarikannya tersendiri, jadi masa yang terbaik untuk travel ke Korea bergantung kepada minat anda. Kalau tak pasti, Travel Consultant kami sedia bantu bagi cadangan terbaik untuk anda.
Tidak. Warganegara Malaysia tidak memerlukan visa untuk melawat Korea Selatan sehingga 90 hari.
Kalau ikut harga seorang, Group Tour Seoul lebih murah. Anda travel bersama peserta lain dalam satu group, tarikh dan itinerari kami yang tetapkan. Sesuai kalau anda utamakan bajet dan tarikh kami padan dengan cuti anda.
Private Tour lebih mahal sikit, tapi trip ini untuk group anda sahaja. Anda pilih tarikh sendiri, itinerari boleh diubah, dan private transport ikut anda sepanjang trip. Sesuai untuk family yang bawa kanak-kanak atau warga emas, dan group yang nak jalan ikut pace sendiri.
Lihat tarikh dan harga Group Tour Seoul untuk bandingkan.

Tempah Private Tour Untuk Keluarga Anda
Tarikh boleh pilih sendiri dan itinerari boleh diubah mengikut minat anda. Deposit RM500 seorang sahaja. Baki boleh bayar secara ansuran.