Shopping Di Korea

Tak lengkap percutian kalau tak ke tempat shopping di Korea. Korea sememangnya terkenal dengan syurga beli belah terutama barangan kosmetik dan kecantikan.

Tempat shopping menarik sangat banyak di Korea. Dengan pakej Korea ARBA Travel, anda akan dibawa ke tempat-tempat shopping murah sahaja, tapi dengan lebih banyak pilihan.

Myeongdong

tempat shopping di korea


Myeongdong terletak di tengah-tengah Seoul dan merupakan salah satu tempat yang paling banyak dikunjungi lokal dan pelancong.

Myeongdong terkenal dengan jualan barangan kosmetik. Pelbagai jenis brand dan produk kosmetik boleh didapati di sini. Mereka akan berikan sample produk untuk tarik anda ke kedai mereka.

Selain kosmetik, pakaian berfesyen dan makanan banyak dijual disini. 

Untuk barang komestik anda boleh dapat harga serendah KRW1000 untuk sekeping facial mask, dan KRW10000 untuk 5 keping.

Dongdaemun Market


Dongdaemun Market merupakan supplier kain dan pakaian Korea yang terbesar. Tarikan utama di sini adalah textile. Bagi peminat korean fashion, anda boleh dapatkan di sini dengan harga standard.

Menjelang malam, suasana lebih meriah dengan musik dan pertunjukan tarian. Lebih banyak kedai dibuka yang menjual barang-barang gred A.

Uniknya di Dongdaemun Market, kedai-kedai di sini mengekalkan binaan traditional asal dan berkembang dengan penambahan kedai-kedai modern.

Antara kedai lain di sini ialah Cerestar, Migliore, Designer’s Club, dan Doosan Tower. 

Pelbagai jenis fesyen boleh jumpa di sini termasuk fabrik, baju, kasut, accessory, topi, beg dan barang-barang kahwin. Kebanyakan kedai menjual barang specifik seperti kasut sahaja. Anda perlu pergi ke kedai lain untuk barang-barang lain.

Namdaemun Market

tempat shopping di korea


Namdaemun Market merupakan traditional market terbesar dan tertua di Korea. Pasar ini femes di kalangan penduduk tempatan kerana barang-barang dapur dijual di sini. Namdaemun Market ini lebih kurang seperti pasar malam di Malaysia.

Range barang yang anda boleh jumpa sama seperti pasar malam, tapi dengan kepelbagaian yang lebih banyak lagi.

Femes bagi pelancong adalah souvenir seperti brooch, keychain, dan fridge magnet. Harga untuk souvenir seperti berikut:

– Brooch

  • Kecil – KRW2000
  • Medium – KRW4000
  • Besar – KRW10000 – KRW20000.

– Magnet / Keychain
10 dengan harga KRW5000. Tempat lain 10 harga KRW12000

– Baju @ jersey I Love Korea. 
Harga KRW10000 untuk 3 helai, biasanya KRW8000 untuk sehelai.

Antara barang lain yang anda boleh cari di sini ialah barangan dapur, baju, kasut, barang kaca, permainan, stationary, accessory, topi, karpet, bunga, ginseng, seaweed, dan fine arts.

Terdapat juga barang-barang yang ‘unexpected’ seperti kamera, ubat traditional, mountain gear, fishing gear, dan barang-barang import.

Gwangjang Market

tempat shopping di korea


Gwangjang Market terkenal dengan kain silk yang berkualiti. Selain silk, anda boleh dapatkan kain cotton, satin, bed-sheet linen, perabot, peralatan tempat tidur. Pilihan kain-kain di sini lebih banyak dan cantik.

Anda juga boleh dapatkan custom-made hanbok di Gwangjang Market. Harga ikut kedai, jadi anda perlu survey dahulu.

Antara harga anda boleh dapat di sini:

  • KRW10000 – cotton (4 ela)
  • KRW66000 – plain silk
  • KRW80000 – silk bercorak
  • KRW250000 – KRW400000 – custom made hanbok
musim sejuk korea


TIPS SHOPPING DI KOREA

Dengan pakej Korea ARBA Travel, anda akan pergi ke tempat-tempat shopping di atas. Jadi, paling penting sediakan duit secukupnya. Tukar duit MYR ke KRW di Malaysia supaya tidak rugi.

Anda akan pergi ke Myeongdong, Dongdaemun, Namdaemun, dan Gwangjang Market. Setiap tempat mempunyai tarikan tersendiri yang membuatkan anda rasa nak beli semuanya. 

Jadi, untuk lebih jimat, di Gwanjang dan Namdaemun, anda boleh tawar-menawar dengan penjual untuk dapat harga lebih rendah. Tawar-menawar adalah biasa di kedua tempat ini.

“Ahjumma, kakka jyuseyo.” 
Maksudnya : “Auntie, discount please.” Untuk uncle, panggil Ahjussi ye.

Untuk menawar, anda perlu tunjukkan yang anda sangat berminat untuk beli. Sekiranya penjual tidak mahu berikan diskaun, jangan risau, tengok apa mereka cakap bila anda berlalu pergi.

Kalau pandai cakap Korea lagi bagus, senang tunjukkan “aegyo” untuk dapat diskaun. Cakap English pun tak apa, tapi kalau mereka tak faham English, boleh gunakan body language dan kalkulator untuk tunjuk harga.

Market-market di Korea sangat besar dan banyak kedai. Jadi, disarankan untuk anda survey harga dulu sebelum beli. Banyak kedai akan jual benda yang sama dengan harga yang berbeza. 

Sediakan bag besar sekiranya anda plan untuk beli banyak barang. Disebabkan saiz market yang besar, anda akan pilih untuk teruskan berjalan daripada balik ke kereta atau hotel untuk simpan barang.

tips shopping di korea


Hati- hati dengan ‘Tourist Trap’

Di Korea ada tempat shopping yang kami gelar sebagai tempat tourist trap. Tapi kebanyakan orang panggil tempat ini government shop atau compulsary shop. Ini antara contoh kedai tourist trap:

  • National Ginseng Centre
  • Amethyst Factory
  • Seaweed Museum Seoul

Sekiranya anda nampak tempat-tempat ini dalam itinerary pakej, anda perlu elak daripada ambil pakej tersebut kerana anda akan bazir banyak masa dan wang di tempat-tempat ini.

Tempat ini dipanggil tourist trap kerana sebaik sahaja anda masuk, pintu akan ditutup rapat, anda dipaksa mendengar ceramah produk mereka. Bukan setakat itu, anda tidak boleh keluar dari tempat itu selagi anda tidak beli produk mereka. 

Sekurang-kurangnya, anda akan spend 2 jam di satu tempat. Bayangkanlah kalau anda pergi sampai 4 – 5 tourists trap. 

Kalau anda ambil pakej yang ada tourist trap, anda tak dapat stay lama di Nami Island atau Everland, mungkin 2-3 jam sahaja sebab kena pergi ke kedai tourist trap.

 Pakej Korea ARBA Travel tidak bawa anda ke tempat-tempat ini. Nama sahaja compulsary, tetapi anda tak perlu pergi pun.

Kami bawa anda ke kedai local yang lebih murah dan banyak pilihan.

Artikel Berkaitan :