bot ke pulau perhentian

Waktu & Kekerapan Bot Ke Pulau Perhentian dari Besut (2024)

Anda tak tahu waktu bot ke Pulau Perhentian dan buntu berapa harga bot ke Pulau Perhentian? Tenang. Anda salah seorang dari ribuan orang yang mencari dua informasi penting ini untuk rancang perjalanan dan itinerari ke Pulau Perhentian. 

Tim ARBA akan beri anda secara detail waktu bok ke Pulau Perhentian, waktu terbaik ke Pulau Perhentian dan cara ke Pulau Perhentian. Selain itu, kami akan berikan anda info harga dan cara ke Jeti Kuala Besut parking. 

Baca : 6 Benda WAJIB Tahu Untuk Pakej Percutian Pulau Perhentian

Pastikan anda baca artikel ini sampai habis sebelum anda sampai ke Pulau Perhentian!

 

Bot Ke Pulau Perhentian Tahun 2024 

bot ke pulau perhentian

Berikut adalah detail bot dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian. 

Jadual bot bermula jam 09:00 (9AM) sehingga jam 11:00 (11AM) dan akan bersambung semula jam 14:00 (2PM) dan btot terakhir adalah pada jam 16:00 (4PM) setiap hari. 

Bot ke Pulau Perhentian adalah jenis speed boat yang boleh memuatkan 10 orang – 14 orang penumpang dan 2 orang pemandu bot dan pembantu bot dalam satu masa di samping bag dan barangan lain. 

Nota : Kekerapan bot adalah selang 1 jam dan anda diminta berada di di jeti sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal untuk petugas bot menyusun barang dan penumpang mengikut jenis bot yang bersesuaian. 

Berikut adalah detail bot dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut. 

Jadual bot bermula jam 8:00 (8AM), 12:00 (12PM) dan 16:00 (4PM) sahaja. Hanya ada tiga waktu bot ke Jeti Kuala Besut dari Pulau Perhentian dan anda dinasihatkan naik boat 8AM atau 12PM jika datang ke Pulau Perhentian menaiki kapal terbang di Kota Bharu. 

Nota : Waktu bot tidak akan berubah melainkan cuti sekolah. 

Baca : 10 Perbezaan Pulau Perhentian Besar vs Kecil (Edisi Terkini)

 

Waktu Terbaik ke Pulau Perhentian 2024 – 2025 

bot ke pulau perhentian

Waktu terbaik ke Pulau Perhentian adalah di antara bulan April – November. Pulau Perhentian menerima banyak kedatangan pelancong asing dari luar negara sepanjang bulan Jun – Ogos sepanjang tahun. 

 

Cara Ke Pulau Perhentian (Terkini) 

Untuk info, ada tiga cara ke Pulau Perhentian yang anda boleh cuba iaitu : 

  • Menaiki bas persiaran ke Terminal Bas Kuala Besut. Jarak dari terminal bas ke Jeti Kuala Besut adalah 800 meter/10 minit berjalan kaki. 

 

  • Menaiki kapal terbang ke Sultan Ismail Petra Airport (KBR). Jarak dari Kota Bharu ke Jeti Kuala Besut adalah 1 jam menaiki coaster / Grab.

 

  • Menaiki kereta ke Jeti Kuala Besut. Anda boleh ikut Jalan Muadzam Shah – Gambang atau Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan Jalan Gua Musang-Kuala Krai. 

 

Baca : Step By Step Cara Ke Pulau Perhentian (Bas, Kereta & Flight)

 

Harga Jeti Kuala Besut Parking 

bot ke pulau perhentian

Harga parking kereta di sekitar Jeti Kuala Besut adalah dari RM10 sehari dan terdapat banyak parking di sekitar Jeti Kuala Besut. 

Kesimpulannya, waktu bot ke Pulau Perhentian memainkan peranan besar dalam mengatur pergerakan dan itinerari ke Pulau Perhentian anda.

Baca : Itinerari Trip Pulau Perhentian 3H2M Bawah RM700 (LENGKAP)

Sebaiknya anda rancang perjalanan ke Pulau Perhentian mengikut waktu bot di Jeti Kuala Besut supaya anda dapat check-in di hotel Pulau Perhentian tepat pada masanya dan dapat full experience di Pulau Perhentian!