Boleh kami bantu anda untuk melancong?

Nikmati Pakej Percutian 2016 Bersama ARBA TRAVEL Dengan Kualiti Perkhidmatan Menjangkaui Harga Yang Ditawarkan

Kenapa memilih ARBA Travel?

Pakej untuk orang Malaysia

Harga Murah & Berbaloi

Takaful kembara PERCUMA

Travel Agency berlesen

Waktu solat terjaga

Khidmat nasihat PERCUMA

Tiada “tourist trap”

Makanan Halal & Sedap

Apa kata mereka yang telah mengunakan perkhidmatan ARBA Travel?

“ Terjumpa Di Internet Ramai Yang Recommend ARBA Travel 

Assalamualaikum. Saya Ridzuan. Saya menjumpai ARBA Travel melalui internet. Just surf internet. Terjumpa di internet dan ramai yang recommend ARBA Travel. Jadi kami pergi satu family.

Urusan dengan ARBA Travel ini sangat mudah. Daripada Malaysia, kemudian disambut di airport Korea. Penginapan semua terjaga. Urusan begitu baik sekali. Tour guide sangat baik, mesra dengan kanak-kanak. Urusan di sini semua berjalan lancar.

Jadi anak-anak dan family semua happy daripada awal sampai hari ini pun kami dapat main main ski. Semuanya gembiralah. Sangat recommend untuk sesiapa yang nak pergi ke Korea bersama keluarga. Kami recommend untuk ambil ARBA Travel pada masa hadapan

“ Trip kali ni jauh lebih baik dari perjalanan yang pertama “

Assalamualaikum. Saya Hayat daripada 3F Resources.

Feedback saya, ini kali kedua saya datang ke Korea. Kali pertama dibawa oleh orang Korea sendiri. Tapi kali kedua ni jauh lebih baik dari perjalanan yang pertama.

Makan best, jalan-jalan best. Terima kasih kepada Arba Travel Group.

social-proof

“Lebih 1,600++ Rakyat Malaysia Memilih Servis ARBA Travel. Mengapa?”

 Pakej Untuk Orang Malaysia
 Tiada Tourist Trap
 Harga Murah & Berbaloi
 Makanan Halal & Sedap
 Waktu Solat Terjaga
 Takaful Kembara PERCUMA
 Travel Agensi Berlesen
 Tiada Caj Tersembunyi
 Khidmat Nasihat PERCUMA

DENGAR SENDIRI PENGALAMAN PELANGGAN KAMI (SANGAT DETAIL)

KLIK DESTINASI YANG ANDA MAHUKAN

Alhamdulillah, seramai lebih 1600++ rakyat Malaysia telah memilih ARBA Travel sebagai agensi pelancongan mereka.

Kenapa?

Sebab paling utama adalah kerana kami sangat titik beratkan kualiti servis bermula daripada saat pertama anda menghubungi kami sehinggalah anda pulang daripada percutian bersama kami.

Di ARBA Travel, kami telah melatih semua Travel Consultant kami agar mempunyai knowledge yang mendalam mengenai selok-belok setiap negara yang dipakejkan.

Sekiranya anda menghubungi Travel Consultant kami, anda akan rasai kelainannya kerana bagi kami agensi pelancongan yang bagus ialah yang mampu memberikan khidmat nasihat yang tepat, bukan sekadar hendak menjual pakej sahaja.

Yang menarik lagi ialah semua pakej kami dibrainstorm dahulu oleh Team Production ARBA Travel. Mereka akan mengubahsuai agar bertepatan dengan citarasa rakyat Malaysia.

Itinerary yang kami susun memastikan anda dapat berjalan dengan selesa dan selamat. Yang penting, kami tak bawa anda ke tempat-tempat yang ada ‘tourist trap’ iaitu tempat-tempat yang anda dipaksa untuk membeli walhal anda tidak mahukan barang tersebut.

Disebabkan team kami pernah menetap di luar negara selama 5 tahun, kami sangat mahir selok-belok negara tersebut.

Ada kedai-kedai murah yang agensi pelancongan lain sendiri tidak tahu. Kami tahu kerana kami pernah hidup di negara tersebut. Bagi kami, lebih baik kami bawa anda ke tempat-tempat shopping ‘rahsia’ tersebut.

Bagi mereka yang beragama Islam pula, kami telah menyusun pakej kami agar menepati solat pada waktunya serta menyediakan makanan halal. Anda akan solat dalam keadaan yang selesa inshaAllah.

Malah, kami akan bimbing anda mengenai ilmu ‘fiqh solat di luar negara’. Jangan terkejut, tak semua agensi pelancongan menitikberatkan perihal solat.

Bagi memastikan ARBA Travel 100% menepati syariah, kami juga hanya melanggan takaful kembara (dan bukannya insurans).

Berita baik untuk anda, kami juga telah bersepakat untuk memberikan hadiah Takaful Kembara secara PERCUMA kepada semua pelanggan joined tour kami.

Saya sarankan anda hubungi Travel Consultant kami sekarang untuk berbincang mengenai pakej percutian yang anda mahu.

Caranya ialah, anda pilih negara mana yang anda mahu lawati di bawah, kemudian isi borang tersebut. InshaAllah, Travel Consultant kami akan layani anda dengan pantas dan mesra.

Rasailah sendiri pengalaman baru hidup di negara orang.

En. Ammar Roslizar
CEO ARBA Travel

KLIK DESTINASI YANG ANDA MAHUKAN