Frust Sebab Visa Australia Tak Lulus? Wajib Baca Tips Ini!

Proses apply visa ke Australia ni kalau tak kena cara memang boleh jadi punca huru hara perancangan percutian anda sekeluarga.

Bayangkan dah elok anda buat perancangan sebaik mungkin dan dah habis berbelas ribu ringgit untuk semua benda.

Bila apply visa, dapat email VISA REJECTED!

Marah.
Geram.
Stress.

Waktu ini seakan lebur semua impian dan angan-angan percutian anda. Yang tinggal hanya cerita duka.

Kalau benda ini sudah pun terjadi pada anda, baca dulu apa yang kami nak kongsikan dekat bawah.

Visa nak melancong ke Australia ada banyak jenis. Ada 2 yang biasa orang Malaysia apply.

Jenis ETA Visa Australia

  1. ETA601 (Sistem Online) :
    Sistem elektronik, jadi boleh tahu status dalam tempoh 12 jam. Ini yang biasa orang apply semurah RM20 sahaja di sini. Ini visa pertama orang apply bila nak melancong. Yang kes selalu kena reject tu biasanya yang inilah.

    Jika sistem elektronik reject visa anda, anda masih boleh boleh apply secara manual tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.
  1. ETA601 (Manual)  :
    Diperiksa secara manual, ada pekerja yang cek satu-satu dokumen anda. Makan masa 1 bulan hari bekerja minimum. Kalau ETA601 (Sistem Online) tak lulus, ini visa yang anda perlu apply melalui email di etakl@dfat.gov.au. Tapi ingat yang ini pun tiada jaminan akan lulus.

Jadi apa cerita sebenarnya visa susah nak lulus sampai membantutkan hajat ramai orang nak ke Australia ni?

Punca Visa Australia Anda Direject

Bukan suka-suka kerajaan Australia nak reject visa kita, puncanya adalah disebabkan ramai rakyat Malaysia yang bekerja petik buah secara haram di Australia menggunakan visa melancong

Jadi untuk bendung perkara ini, visa diberikan untuk mereka yang betul-betul nak melancong sahaja. Jadi anda kena buktikan yang anda memang nak melancong.

2 Jenis Passport Malaysia Yang Selalu Kena Reject

Ikut pengalaman kami, ada dua jenis pasport yang selalu di-auto-reject oleh sistem Visa ETA Australia yang kami gunakan :

  1. Pasport baru / renew.
  2. Berumur 18-35. Tak kisah lelaki atau perempuan.

Sebab bagi kerajaan Australia, ini pattern orang yang datang nak bekerja secara haram. Tapi kadang-kadang ada yang lepas. Ikut rezeki masing-masing. 

Tolong JANGAN Buat 2 Benda Ni

Kalau visa ETA601 anda tak lulus, kami faham yang anda akan rasa marah, desperate dan nak cepat. Ada yang marah ejen dan minta ejen selesaikan juga isu ini.

Tapi anda kena faham prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak embassy Australia.  Ini DUA kesalahan yang selalu orang kita lakukan bila visa ditolak :

  1. Jangan walk in ke visa center atau embassy. 
    Anda tak akan dilayan kerana mereka memang tiada kuasa pun untuk luluskan. Anda hanya perlu berurusan melalui email : etakl@dfat.gov.au
  2. Jangan rujuk mana-mana agent.
    Kalau 1 agent tak lepas maknanya agent lain pun tak akan lepas juga. Mereka tiada kuasa nak luluskan visa anda.

Kalau Visa ETA601 Anda Tak Lulus, Ikut Langkah Ini.

Bila tahu sahaja yang visa ETA601 anda tak approve, terus buat rayuan kali kedua tapi secara manual bukan lagi guna sistem.

Jangan lengah-lengah sebab prosesnya memakan masa 2-4 minggu hari bekerja. Anda perlu sediakan beberapa dokumen penting untuk rujukan staf visa.

  1. Borang permohonan. Download di sini.
  2. Salinan muka surat 1 & 2 passport anda.
  3. Skrinshot ETA601 yang tak approve. Yang buat dengan kami, kami akan berikan.
  4. Itinerary lawatan anda di sana.
  5. Maklumat penuh (nama, tarikh lahir, no passport & status visa) bagi mereka yang melancong bersama pemohon (jika ada).
  6. Maklumat (nama, no telefon & no passport) emergency contact yang berada di Malaysia ketika pemohon sedang melancong ke Australia.
  7. Jika makan gaji, sediakan :
    • Slip gaji
    • Bank statement (2 bulan)
    • Surat pelepasan majikan yang anda akan pergi bercuti.
  8. Jika kerja sendiri, sediakan :
    • Pendaftaran perniagaan (SSM)
    • Bank statement (2 bulan)
  9. Jika tidak bekerja, sediakan :
    • Dokumen sokongan daripada teman travel anda. Teman anda perlu sediakan dokumen yang kami senaraikan di atas.
    • Pengesahan hubungan dengan orang tersebut. Contohnya sijil nikah dan sebagainya.
  10. Jika masih student, sediakan :
    • Salinan kad pelajar
    • Surat tawaran belajar
    • Bank statement penjamin & salinan passport penjamin.
    • Keputusan exam terbaru (jika ada).
    • Bukti pendaftaran kursus semester semasa.
    • Bukti pembayaran yuran kemasukan pelajar (jika ada).

Pastikan baki bank anda cukup banyak untuk membuktikan yang anda memang mampu untuk melancong dan bukannya pergi ke sana untuk bekerja.

* Peringatan Penting : Pastikan semua dokumen yang dihantar dalam bahasa inggeris. Sekiranya perlukan terjemahan, sila guna translator autoriti ini sahaja di www.naati.com.au

Jika ingin menggunakan translator luar, pastikan setiap terjemahan disertakan nama penuh, alamat, no telefon & kelayakan/pengalaman translator tersebut dalam bahasa inggeris.

Pastikan semua dokumen ini dihantar dalam bentuk PDF.

Ada pelanggan kami pada awalnya direject kerena wang dalam akaunnya terlalu sedikit.

Bila dia buat rayuan kali ke 2 dengan jumlah duit dalam akaun yang lebih banyak, baru visa beliau approve.

Kami cadangkan wang dalam akaun anda mesti RM6000 ke atas.

Emailkan dokumen-dokumen di atas ke etakl@dfat.gov.au

Sementara menunggu 1 bulan hari bekerja bolehlah doa banyak-banyak supaya impian anda ke Australia tercapai.

Apa Nak Buat Kalau Visa ETA601 Tak Lepas Juga?

Segera apply visa ETA600. Cara apply, klik :

http://www.vfsglobal.com/australia/malaysia/visitor_visa.html

Belum Beli Tiket Penerbangan? Baca Tips Ini Dulu.

Kalau anda masih planning dan belum beli tiket penerbangan ke Australia, ikut tips ini untuk elak daripada anda kerugian.

  1. Apply Visa ETA601 Dahulu (Klik).
    Kosnya hanya RM20 seorang, dan valid untuk setahun. Tolong sangat jangan beli tiket flight dulu. Ini ramai sangat yang buat. Bila visa tiba-tiba tak approve dekat sinilah mula huru haranya.
  2. Apply Visa 5 Bulan Sebelum Tarikh Penerbangan. 
    Lagi kesilapan besar adalah apply visa kurang sebulan dari tarikh fly dengan harapan visa tersebut akan terus lulus. Bila visa ETA601 secara online tak approve, anda dah tak sempat nak apply ETA601 secara manual sebab visa akan ambil masa 1 bulan hari bekerja (jika lulus).

Jika anda masih belum apply visa ETA601 boleh apply di sini.

Pakej Australia Bersama ARBA Travel

Kalau anda tercari-cari pakej lengkap untuk ke Perth & Melbourne, Australia, kami ada sediakan.

  • Pakej Perth :
    Lihat Kangaroo, experience petik buah segar, bergambar di Pinnacles dan kami belanja anda makan lobster.

Ada sebarang soalan? Taip di ruangan komen di bawah.