tempat menarik di jeju

15 Tempat Menarik di Jeju Yang Mesra Family & Warga Emas!

Ramai rakyat Malaysia tak tahu yang Korea sebenarnya mempunyai sebuah pulau di bahagian selatan Korea Selatan bernama Jeju-do atau Pulau Jeju. Terdapat banyak tempat menarik di Jeju yang anda boleh lawati bahkan mesra family & warga emas!

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda senarai tempat menarik di Jeju berdasarkan pengalaman tim ARBA membawa lebih 20,000 rakyat Malaysia melancong ke Korea selama 10 tahun.

15 Tempat Menarik di Jeju Yang Mesra Family & Warga Emas!

 

1. Dragon’s Head Rock

tempat menarik di jeju

Batu ini 10 meter tinggi dan 30 meter panjang, jadi disebabkan lava. Dalam jangka masa panjang, batu tersebut dihentam angin dan ombak, akhirnya terbentuk seperti kepala naga.

Ada cerita dongeng lokal yang mengatakan seekor naga mencuri jade, tapi tak sempat lari dan ditembak jatuh dengan panah. Apabila jatuh ke tanah, badan naga tenggelam dalam air, dan kepala naga keras membatu.

2. Yongyeon Bridge & Pond

tempat menarik di jeju

Yongyeon Pond sangat dalam sehingga tak nampak dasar. Air dari gunung lalu sini dan terkumpul di kawasan ini sebelum mengalir ke laut. Kolam ini terlindung dengan 8 ‘dinding’ batu yang tinggi berbentuk seakan folding screen.

tempat menarik di jeju

Jambatan yang menghubungkan kedua tebing ini sangat cantik terutamanya pada waktu malam. Gabungan lampu yang dipasang pada jambatan dengan tebing tinggi menjadikan tempat ini femes untuk night view. Jambatan ini akan bergoyang atas bawah jika anda lompat di tengah.

3. Green Tea Farm

tempat menarik di jeju

Green Tea Farm di Jeju bukan sekadar ladang teh sahaja, tapi ada museum teh, café, dan makanan berasaskan teh. Aiskrim, kek roll, roti dan teh antara yang femes di sini. Semuanya dibuat berasaskan the hijau.

tempat menarik di jeju

Teh mereka sangat berkualiti kerana keadaan tanah dan cuaca yang sejuk. Jadi, pemandangan memang sangat cantik dengan barisan pokok teh yang menghijau. 

4. Daepo Jusangjeolli Cliff

tempat menarik di jeju

Di hujung hutan pokok-pokok pine di Daepo, anda akan jumpa tebing yang cantik dan lain dari yang lain. Bentuk tiang-tiang batu di tebing ini sangat unik kerana terdiri dari bentuk segi empat dan segi enam (hexagonal).

tempat menarik di jeju
tempat menarik di jeju

Sekali tengok nampak seperti man-made sebab bentuk batu perfect. Tapi, batu-batu ni terbentuk akibat letusan gunung berapi. Lava yang bergerak ke Laut Jungmun bertembung dengan air laut menjadikan lava sejuk dan keras, kemudian retak dan mengembang menjadi bentuk segi enam.

5. Oedolgae Rock

tempat menarik di jeju

Oedolgae Rock ialah rock pillar 10 meter lebar dan 20 meter tinggi. Dikelilingi pulau-pulau cantik seperti Pulau Bum, Pulau Sae, dan Seonnyu Rock, view Oedolgae Rock ini sangat cantik terutama ketika matahari terbenam.

Untuk tengok Oedolgae Rock, perlu trekking sedikit ke atas. Walaupun sedikit penat, tapi sangat berbaloi kerana pemandangan yang cantik dan suasana yang tenang.

tempat menarik di jeju

Terdapat dua kisah di sebalik Oedolgae Rock. Dari satu sudut, anda boleh lihat wajah seorang nenek seakan memanggil ke arah laut mencari suaminya yang hilang. Dikatakan juga ketika perang di Jeju, musuh melihat batu ini sebagai general gergasi lalu membunuh diri kerana menganggap telah kalah.

6. Yongmeori Coast

tempat menarik di jeju

Yongmeori Beach ialah seperti Grand Canyon, tapi lebih kecil. Ada trekking untuk ke pantai melalui batu-batu tinggi dan unik yang terbentuk akibat lava. Anda boleh jumpa water pocket (lubang air bertakung di atas lantai batu) dengan air yang bersih dan jernih semasa trekking.

tempat menarik di jeju

Batu-batu di sini berbentuk seperti lapisan batu-batu yang disusun membentuk keunikan rupa Yongmeori Beach. Trekking di sini tidak semuanya rata. Batu-batu besar jadi tangga untuk turun. Perlu pakai kasut yang sesuai untuk trekking.

tempat menarik di jeju

Pengunjung tidak dibenarkan masuk sekiranya air pasang dan angin kuat. Di sekitar pantai, anda boleh jumpa penyelam wanita menjual makanan laut yang dihidang secara raw. Ala – ala makan seafood tepi pantai.

7. Cheonjeyeon Waterfall

tempat menarik di jeju

Cheonjeyeon Waterfall terbahagi kepada tiga bahagian, ada 1st, 2nd, dan 3rd waterfall. Air datang dari gua di arah timur, turun ke tebing batu-batu yang tebentuk daripada lava, dan menjadikan air terjun pertama.

Walaupun air terjun pertama ini kecik, tapi pemandangan sangat memukau. Air bersih dan cantik kebiruan, dikelilingi dengan batu-batu besar yang berlumut. Air akan mengalir melalui lubang batu-batu kearah air terjun kedua.

tempat menarik di jeju

Air terjun kedua lebih besar dari air terjun pertama. Kena jalan sikit melalui jambatan yang dibuat dari kayu untuk ke air terjun kedua, tapi berbaloi kerana pemandangan cantik dan feel nature.

Untuk ke air terjun ketiga, kena hiking dan lokasi air terjun ketiga agak jauh sikit. Tapi pemandangan memang menarik kerana tempat lagi tinggi.

Dalam perjalanan dari air terjun kedua ke air terjun ketiga, ada Seonimgyo Bridge. Jambatan ni berbentuk curve dan boleh nmpk view air terjun dari atas.

8. Mysterious Road

tempat menarik di jeju

Anda boleh lihat optical illusion secara semula jadi disini. Tempat ini dipanggil mysterious road kerana objek di sini melawan gravity.

Sebenarnya, jalan ini cerun 3 degree ke bawah. Tapi sebab kawasan sekeliling lebih tinggi, nampak cerun ke bawah nampak seperti uphill.

Cuba tuang air atas tanah dan lihat ia bergerak ke atas.

9. Jeolmul Recreational Forest

tempat menarik di jeju

Tempat ni femes dengan pokok-pokok cedar yang dah puluhan tahun. Di sini, anda boleh berjalan ikut laluan yang disediakan sambil menikmati pemandangan nature di hutan. 

10. Sangumburi

tempat menarik di jeju

Sangumburi ialah kawah sebesar 2 km yang menjadi tumpuan pelancong. Banyak tumbuhan di sekitar kawah tersebut seperti pokok red-thorn, magnolia, winter strawberry, evergreen, maple, mountain strawberry, dan flamegrass.

tempat menarik di jeju

11. Canola Field

tempat menarik di jeju

Pada musim bunga, ada festival Canola Flower di Jeju. Pemandangan memang sangat cantik dan nyaman. Anda boleh bergambar dengan bunga canola yang bewarna kuning berlatarbelakangkan gunung, langit, dan laut.

12. Manjang Cave

tempat menarik di jeju

Manjang Cave ialah gua yang terhasil akibat lava yang mengeras. Permukaan dalam gua tidak rata dan banyak lopak, jadi perlu pakai kasut yang sesuai. Suhu dalam gua sekitar 11 – 21 ℃.,

14. Gimnyeong Beach

tempat menarik di jeju

Tidak jauh dari Manjang Cave ada Gimnyeong Beach. Anda boleh lihat gabungan air laut yang jernih dan bersih, pasir putih, dan batu hitam hasil dari gunung berapi. 

15. Seongsan Ilchulbong

tempat menarik di jeju

Puncak Seongsan Ilchulbong muncul dari dasar laut akibat letusan gunung berapi. Di puncak Seongsan Ilchulbong terdapat kawah yang sangat besar dengan ketinggian 90 meter dan diameter 600 meter. 

tempat menarik di jeju

Kawah ini menyerupai crown gergasi kerana dikelilingi batu tajam. Anda boleh berjalan di trek yang disediakan di sekitar bahagian puncak.

16. Seopjikoji

Pemandangan cantik di pinggir laut.

tempat menarik di jeju

Selain menikmati pemandangan nature di Pulau Jeju, ada banyak tempat menarik yang anda boleh pergi, hanya di Jeju!

Tempat selain nature di Jeju termasuk Jeju Folk Village, Teddy Bear Museum, Ripley’s Believe It Or Not Museum, Play Kpop, Jeju Natural Museum, Dongmun Market, dan Yeon-Dong Shopping District.

Pakej Korea Jeju ARBA Travel ada bawa ke tempat-tempat menarik di Jeju ini. Jangan lepaskan peluang selfie berlatarbelakangkan nature di Jeju!

Berminat nak melancong ke Jeju dan lawati tempat menarik di Jeju? Jom hubungi tim ARBA sekarang untuk tempah trip ke Jeju mengikut tarikh yang anda inginkan 

Tempah Pakej Jeju