Pulau Perhentian yang terletak 563KM dari Kuala Lumpur tepatnya di negeri Terengganu Darul Iman merupakan destinasi pelancongan paling popular di Malaysia. Memilih pakej percutian ke Pulau Perhentian hari ini sebenarnya tidak sesukar 10 tahun dulu.
Apa yang penting adalah, anda perlu tahu beberapa fakta penting seperti tempat menarik di Pulau Perhentian dan aktiviti di Pulau Perhentian sebelum merancang itinerari Pulau Perhentian anda.
“Pulau lain memang ada pakej snorkeling, tapi experience snorkeling di Pulau Perhentian memang lain. Coral & ikannya mesra dan berwarna-warni.”
Baca : 22 Tips Persediaan Ke Pulau Perhentian Untuk First Timer
Selepas itu, semakin mudah untuk anda tahu bajet ke Pulau Perhentian yang ALL-IN termasuk boat transfer ke Pulau Perhentian dari Jeti Kuala Besut, makan & minum, penginapan dan pakej snorkeling untuk 5 snorkeling point!
Ketahui segalanya tentang pakej percutian ke Pulau Perhentian dalam artikel ini hasil perkongsian tim ARBA di Pulau Perhentian sejak tahun 2018!
5 Kelebihan Pulau Perhentian
Budaya Lokal
Pulau Perhentian tidak hanya menawarkan pemandangan yang indah, tetapi juga kekayaan budaya lokal. Anda dapat menyaksikan kehidupan seharian penduduk setempat dan menikmati masakan tradisional yang kaya dengan cita rasa di Kampung Nelayan.
Taman Laut Tercantik di Malaysia
Pulau Perhentian adalah rumah kepada salah satu taman laut tercantik di Malaysia yang menawarkan terumbu karang yang berwarna-warni dan kehidupan marin yang kaya yang dapat dilihat melalui aktiviti snorkeling dan scuba diving.
Banyak Pilihan Hotel di Pulau Perhentian
Terdapat pelbagai pilihan penginapan di Pulau Perhentian, dari resort mewah hingga chalet yang berpatutan untuk anda experience keindahan Pulau Perhentian, snorkeling, scuba diving sepanjang trip Pulau Perhentian anda.
Tempat Persinggahan Pedagang
Suatu ketika dahulu, Pulau Perhentian merupakan tempat persinggahan dan perhentian pedagang yang membawa kapal garam dan kapal makanan dari Singgora (Thailand), Champa (Kemboja) dan Ho Chi Minh (Vietnam).
Destinasi Snorkeling Pelancong Antarabangsa
Saban tahun, Pulau Perhentian menjadi destinasi snorkeling & scuba diving pelancong antarabangsa dari Perancis, Itali, Sepanyol dan England di benua Asia Tenggara. Ini barangkali kerana keindahan marin dan kejernihan air laut di Pulau Perhentian.
Baca : 7 Point Snorkeling Pulau Perhentian Bak Maldives (Terkini)
6 Tempat Menarik di Pulau Perhentian
1. Kampung Pasir Hantu
Kampung ini adalah tempat yang sempurna untuk merasakan budaya lokal dan menikmati pemandangan pantai yang menakjubkan. Anda juga boleh mencuba makanan lokal Terengganu – Kelantan di Kampung Pasir Hantu.
2. Kincir D’ Lagoon
Terdapat trek hiking sejauh 45 minit untuk sampai ke puncak dan anda akan disajikan dengan pemandangan landskap Pulau Perhentian yang memukau dan merupakan spot terbaik untuk melihat sunrise dan sunset.
3. Coral Bay
Coral Bay adalah syurga bagi penyelam, dengan terumbu karang yang hidup dan pelbagai spesies ikan tropika. Coral Bay terkenal sebagai spot tercantik untuk melihat sunset di Pulau Perhentian Kecil.
4. Long Beach
Salah satu pantai paling populer di pulau ini, Long Beach menawarkan pasir yang lembut dan nightlife yang meriah dan merupakan spot tercantik untuk melihat sunrise di Pulau Perhentian Kecil.
5. Teluk Keke
Teluk ini menawarkan suasana yang lebih tenang dan pemandangan bawah air yang ideal untuk snorkeling. Majoriti pelancong asing akan berehat sambil minum petang di sini sebelum snorkeling / scuba diving.
6. Pulau Rawa
Pulau kecil ini terkenal dengan pantai pasir putihnya yang indah dan air laut sejernih kristal. Pulau Rawa terletak 15 minit menaiki bot dari Pulau Perhentian Kecil dan menjadi destinasi kegemaran pelancong asing yang ingin melihat terumbu karang yang jauh lebih cantik.
7 Aktiviti di Pulau Perhentian
1. Snorkeling 5 Point
Ikut trip snorkeling di lima lokasi snorkeling terbaik di pulau ini untuk pengalaman melihat terumbu karang dan kehidupan laut yang mustahil untuk anda lupakan.
2. Scuba Diving
Dengan pemandangan bawah laut yang spektakuler, scuba diving adalah must-do bagi pencinta alam. Dengan 30 diving spot di Pulau Perhentian, anda tidak akan bosan dengan keindahan hidupan laut di Pulau Perhentian.
3. Nightlife di Long Beach
Ada banyak cafe, restoran, warung dan fireshow yang akan menemani anda bermula 8PM sehingga lewat malam di Long Beach. Anda tidak akan bosan jika menginap di kawasan Long Beach.
4. Lihat Sunrise & Sunset
Pulau Perhentian menawarkan salah satu pemandangan matahari terbit dan terbenam yang paling menakjubkan, tempat yang sempurna untuk merenung dan bersantai.
5. Mandi Laut
Pulau Perhentian, satu-satunya tempat anda boleh mandi laut tak kira siang dan malam kerana tiada ombak kuat dan obor-obor. Mandi laut di waktu malam adalah salah satu experience paling best di Pulau Perhentian.
6. Island Hopping
Ikut ekspedisi ke Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian Besar, Pulau Rawa dan pelbagai pulau-pulau kecil di sana. Jangan lupa untuk bawa makanan kerana anda akan lapar sepanjang ekspedisi Island Hopping.
7. Hiking ke Kincir Angin
Jangan lupa untuk hiking ke kincir angin D’ Lagoon untuk menikmati pemandangan yang sangat luar biasa dari keindahan laut dan warna biru langit.
Baca : 11 Aktiviti Di Pulau Perhentian Untuk 3 Hari 2 Malam (2024)
Pakej Percutian Pulau Perhentian 3 Hari 2 Malam
Itinerari yang dikongsikan adalah itinerari Pulau Perhentian dari ARBA Travel. Anda boleh tempah pakej Pulau Perhentian mengikut itinerari ARBA di sini.
HARI 1
Bertolak ke Pulau Perhentian dari Jeti Kuala Besut (45 minit)
Check-in Resort
Free & Easy
Windmill Trekking / Lata Air Berani
Aktiviti Pantai (Mandi / Kayak)
Long Beach Fireshow (malam)
HARI 2
Sarapan
Snorkeling 5 Point :
- Fish Point
- Turtle Point
- Shark Point
- Kampung Nelayan (makan tengah hari)
- Lighthouse Point
Pantai Romantik / Teluk Keke
Lawat Kampung Nelayan
Makan Malam
HARI 3
Sarapan
Aktiviti Pantai (Mandi / Kayak)
Bertolak ke Jeti Kuala Besut dari Pulau Perhentian (45 minit)
Jeti Kuala Besut / Kota Bharu (makan tengah hari)
Baca : Itinerari Trip Pulau Perhentian 3H2M Bawah RM700 (LENGKAP)
Bajet Pakej Percutian Pulau Perhentian 3 Hari 2 Malam
Berikut merupakan bajet ke Pulau Perhentian untuk 3 hari 2 malam berdasarkan harga penginapan dan termasuk pakej snorkeling.
Shari-La Resort
Shari-La Resort merupakan resort 2.5 star yang mempunyai jeti, restoran dan akses ke laut dengan mudah. Harga untuk 3 hari 2 malam adalah dari RM647 – Double Bedroom.
Ombak Dive Resort
Ombak Dive Resort adalah resort 3 star yang berkongsi jeti dengan Shari-La Resort, mempunyai restoran, akses ke laut dan menjadi tempat perkumpulan PADI divers di Pulau Perhentian Kecil. Harga untuk 3 hari 2 malam adalah dari RM877 – Double Bedroom.
MIMPI Perhentian Resort
MIMPI Perhentian Resort adalah resort 4 star yang mempunyai jeti sendiri, restoran dan terletak di Long Beach. Harga untuk 3 hari 2 malam adalah dari RM997 – Hillview Superior dan RM1,147 – Ocean Deluxe.
Pakej Honeymoon Pulau Perhentian
Terdapati pakej honeymoon Pulau Perhentian yang menawarkan :
- Romantic room decoration
- Sunset dinner di restoran
Anda boleh tempah pakej honeymoon Pulau Perhentian di sini.
Natijahnya, terdapat banyak jenis pakej percutian ke Pulau Perhentian bergantung kepada bajet dan lokasi penginapan anda. Apa yang penting, anda perlu merancang trip Pulau Perhentian anda sebaik yang mungkin supaya anda dapat full experience di Pulau Perhentian kelak!