snorkeling pulau perhentian

7 Point Snorkeling Pulau Perhentian Bak Maldives (Terkini)

Salah satu aktiviti penting bila bercuti ke Pulau Perhentian adalah experience snorkeling Pulau Perhentian. Isunya, ke mana boatmen akan bawa anda? Apakah tips snorkeling Pulau Perhentian yang anda perlu tahu? 

Tim ARBA akan kongsikan kepada anda 7 tips snorkeling di Pulau Perhentian dan 7 point snorkeling Pulau Perhentian yang terkini. 

Baca : 11 Aktiviti Di Pulau Perhentian Untuk 3 Hari 2 Malam (2024)

Pastikan anda baca artikel ini sampai habis supaya anda dapat informasi yang tepat dan full experience sewaktu snorkeling kelak! 

 

7 Tips Snorkeling Pulau Perhentian (Terkini)  

snorkeling pulau perhentian

1. Tepat Masa Snorkeling 

Anda perlu dapatkan info waktu berkumpul dan pick-up point yang akan ditetapkan boatmen. Hal ini kerana, boatmen lazimnya perlu mengambil beberapa orang penumpang lain di pelbagai lokasi hotel dan resort di Pulau Perhentian. Sebaiknya anda maklumkan kepada boatmen jika anda tidak sihat atau lambat ke pick-up point. 

2. Mask Ikut Saiz 

Anda akan dibekalkan mask (topeng goggle) untuk anda melihat panorama hidupan marin seperti ikan, penyu, jerung dan terumbu karang. Terdapat banyak jenis saiz dan anda perlu pastikan anda memakai mask yang sesuai supaya air tidak masuk ke dalam mask. 

3. Saiz Snorkel

Snorkel adalah alat pernafasan yang anda akan gunakan sepanjang sesi snorkeling. Ada snorkel untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Pastikan anda memakai saiz snorkel yang sesuai sepanjang snorkeling nanti. 

4. Pakaian Snorkeling

Sila pakai pakaian jenis jersi atau baju renang dengan UV protection untuk memudahkan pergerakan anda di dalam air dan menghalang kulit anda daripada terbakar dengan cahaya matahari. Elak memakai baju dari material cotton yang tebal. 

5. Pakai Sunscreen

Anda digalakkan memakai sunscreen pada bahagian muka dan badan yang terdedah dengan cahaya matahari bagi mengelakkan kulit anda mengelupas dan terbakar. Sila bawa dan sapukan pada bahagian badan sebelum memulakan sesi snorkeling. 

6. Bawa Air & Makanan 

Memandangkan anda akan snorkeling seharian (10AM – 5PM), anda digalakkan membawa air dan makanan kerana anda hanya akan makan tengah hari di Kampung Nelayan selepas snorkeling point yang ketiga. 

Baca : 21 Tips Persediaan Ke Pulau Perhentian Untuk First Timer

 

7 Snorkeling Point Pulau Perhentian 

snorkeling pulau perhentian

1. Turtle Point

turtle point pulau perhentian

Turtle Point adalah salah satu lokasi snorkeling yang paling terkenal di Pulau Perhentian. Seperti namanya, lokasi ini adalah tempat yang tepat untuk bertemu dengan penyu laut yang mesra dengan manusia.

Anda boleh melihat penyu-penyu ini berenang dengan tenang di antara terumbu karang atau sedang sibuk mencari makan. Lazimnya, penyu akan naik ke permukaan setiap 15 minit dan berada di atas air sekitar 2 minit – 5 minit. 

 

2. Fish Point

fish point pulau perhentian

Fish Point menawarkan peluang untuk anda melihat pelbagai spesies ikan tropika dalam kuantiti yang banyak. Saiz ikannya di antara sebesar jari sehingga sebesar tapak tangan sahaja.

Dengan terumbu karang yang berwarna-warni sebagai latar belakang, snorkeling di sini menyediakan memberikan anda experience seperti berada dalam akuarium! Ramai orang akan asyik dan terbuai-buai dengan keindahan point snorkeling ini. 

 

3. Shark Point

shark point pulau perhentian

Bagi mereka yang sukakan cabaran,, Shark Point adalah tempatnya. Walaupun namanya mungkin terdengar menakutkan, ikan jerung yang ditemui di sini adalah jenis Blacktip Reef Sharks yang tidak berbahaya (vegetarian).

Melihat mereka berenang berdekatan anda sahaja sudah memberi satu experience yang menakjubkan. Antara cara memancing ikan jerung ini adalah dengan menggunakan sotong dan ikan. 

 

4. Kampung Nelayan

kampung nelayan pulau perhentian

Kampung Nelayan bukan hanya menawarkan peluang untuk melihat kehidupan laut, tetapi juga memberikan gambaran sebenar tentang kehidupan tradisional penduduk pulau.

Apa yang best tentang snorkeling di Kampung Nelayan adalah wujud banyak ikan-ikan kecil yang berenang di antara batuan karang di sekitar Kampung Nelayan.

 

5. Coral Garden

coral garden pulau perhentian

Coral Garden adalah surga bagi mereka yang menghargai keindahan terumbu karang. Kawasan ini dipenuhi dengan terumbu karang yang sihat dan beraneka ragam berukuran di antara 2 cm – 10 cm. 

Semakin bersih arus laut, semakin jelas terumbu karang yang anda dapat melihat beserta ikan yang berwarna warni berenang dan mencari makanan di sekitar terumbu karang di snorkeling point ini. 

 

6. Turtle Beach

turtle beach pulau perhentian

Turtle Beach adalah lokasi yang lebih tenang dan tepat untuk mereka yang ingin menikmati snorkeling yang tidak ramai orang. Di sinilah tempat di mana penyu akan mendarat dan menetaskan telur. 

Banyak non-government organization (NGO) dan persatuan pecinta alam antarabangsa mengadakan acara tahunan di kawasan ini. 

 

7. Pulau Rawa

pulau rawa pulau perhentian

Terletak 15 minit menaiki bot dari Pulau Perhentian Kecil, Pulau Rawa adalah syurga sebenar untuk pecinta snorkeling dan scuba diving. Penempatan manusia di sini tidak sesibuk di Pulau Perhentian dan vibenya jauh lebih tenang. 

Kejernihan air di sini berada pada tahap luar biasa dan anda berpeluang berjumpa dengan ribuan hidupan laut tidak seperti di Pulau Perhentian yang lebih ramai dan sibuk dengan pelancong. 

Baca : 6 Benda WAJIB Tahu Untuk Pakej Percutian Pulau Perhentian

Alhasil, snorkeling di Pulau Perhentian bukan sekadar melihat dan berinteraksi dengan hidupan laut. Sebaliknya, memberi satu pemahaman tentang ekosistem laut dan mensyukuri keindahan alam yang wujud di Malaysia.

Pastikan anda ikut semua tips snorkeling di Pulau Perhentian dan experience snorkeling di kesemua snorkeling point yang dikongsikan di atas. 

Berminat nak ambil pakej Pulau Perhentian yang ALL-IN termasuk boat transfer ke Jeti Kuala Besut – Pulau Perhentian, makan & minum, penginapan 3H2M dan pakej snorkeling? Book di sini