Anda ingin melancong ke Bali dan sedang mencari pakej percutian Bali? Adakah anda risau dengan makanan halal, supir dan experience yang bakal anda dapat sewaktu melancong ke Bali nanti?
Jika ya, artikel ini sememangnya ditulis untuk anda! Dan jika anda ada bercadang untuk mengambil pakej percutian Bali 4 hari 3 malam dengan keluarga, teruskan membaca artikel ini untuk dapatkan tips dan bajet percutian anda.
Tentang Bali, Indonesia
Tahukah anda Indonesia mempunyai lebih 17,000 pulau? Dan Bali merupakan salah satu tempat pelancongan terkenal yang terletak di salah satu kepulauan Indonesia.
Majori penduduknya adalah penganut agama Hindu walaupun Indonesia merupakan negara Islam. Jadi, jangan hairan jika anda ternampak banyak kuil dan suasana berunsurkan Hinduism disana nanti.
Selain itu, Bali juga terkenal dikalangan pemain luncur ombak dan menjadi salah satu tempat luncur terbaik di dunia. Faktor cuaca tropikal yang tidak terlalu panas adalah antara satu sebab kenapa Bali menjadi pilihan pelancong negara 4 musim seperti Korea Selatan, Jepun, Australia, negara-negara Eropah dan lain-lain.
Bagi yang ingin melancong ke Bali dalam masa terdekat ini, Kami cadangkan untuk anda ambil pakej percutian Bali 4 hari 3 malam kerana di Bali terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati seperti Pantai Seminyak, Ubud, Tegallalang, dan banyak lagi.
Selain terkenal dengan luncur air, Bali juga tidak terketinggalan menjadi pilihan bagi pasangan suami isteri yang ingin berbulan madu dan menyambut ulangtahun perkahwinan bersama pasangan.
Perjalanan Ke Bali
Untuk datang ke Bali, anda perlu membeli tiket penerbangan ke Ngurah Rai International Airport (DPS) dan perjalanan mengambil masa selama 3 jam dari KLIA.
Anggaran harga tiket penerbangan AirAsia bermula dari RM800 hingga RM1,200 pergi balik bergantung kepada musim dan tarikh. Jika anda mengambil penerbangan pada waktu siang, anda boleh add-on makan dalam flight untuk mengisi perut dalam perjalanan nanti.
Oh ya, untuk warganegara Malaysia yang nak masuk ke Indonesia tak perlu apply visa. Anda akan terima visa on-arrival dan visa tersebut boleh digunakan selama 30 hari dari hari ketibaan.
Tempat Menarik Di Bali
Bali terkenal dengan pantai-pantai yang sangat memukau dengan keindahannya seperti Pantai Kuta, Pantai Kelinking, Pantai Diamond. Selain mempunyai pantai-pantai yang cantik untuk dilawati, anda juga boleh ke Ubud, Tegallalang, dan lain-lain. Kepada coffee lover, jangan lepaskan peluang ke ladang kopi di Ubud nanti.
Pakej Bali 4 Hari 3 Malam
Sebelum datang ke sini, kami sarankan untuk anda mengupah supir bagi memudahkan setiap perjalanan anda di Bali nanti. Dari airport ke Bali mengambil masa 1 jam 45 minit ke 2 jam.
Ini panduan itinerari percutian Bali jika ini merupakan kali pertama anda datang melancong ke Bali. Lebih mudah jika anda ambil Pakej Bali.
Untuk pengetahuan anda, ARBA mempunyai dua jenis pakej percutian Bali. Sila klik link di bawah untuk rujukan :
Hari Pertama :
- Airport Pickup
- Uluwatu Temple (Famous temple landmark)
- Check-in Hotel
Hari Kedua :
- Transfer hotel to Sanur Jetty
- Sanur Jetty to Nusa Penida Island
- Kelingking Beach
- Diamond Beach
- Tree House/ Broken Beach
- Jimbaran Beach
ATAU
- Nusa Dua Watersport
- Waterblow
- Pandawa Beach/ Melasti Beach/ Garuda Wisnu Kencana Cultural Park
- Jimbaran Beach
Hari Ketiga :
- Batik outlet
- Kintamani Mount Batur
- Tegallalang Paddy Terrace
- Visit Ubud Coffee Plantation
- Tegunungan waterfall
Hari Keempat :
- Check Out Hotel
- Shopping Ole Ole Bali
Makanan Tradisional Bali
Bila dah sampai di Bali, tak sah la kalau anda tak cuba makan makanan asli Bali. Antara makanan yang anda wajib cuba Nasi Ayam Betutu Gilimanuk, Nasi Bali, Sate Lilit, Wong Solo.
Walaupun terdapat banyak restoran yang menyajikan makanan halal di Bali, tetapi anda tetap perlu berhati-hati masuk ke restoran tersebut. Ini kerana ada sesetengah kedai makan yang menjual makanan tidak halal dalam premis yang sama.
Penginapan di Bali
Untuk penginapan anda ada beberapa pilihan. Anda boleh penginap di tepi pantai atau di tengah bandar seperti di Kuta. Anda boleh buat pilih untuk penginap di hotel ataupun di Vila.
Jika anda pasangan yang sedang honeymoon, vila sangat sesuai untuk anda kerana ada penginapan yang tersedia private pool disetiap unit.
Aktiviti Di Bali
Antara tempat-tempat yang mesti pergi di Bali termasuk Kelinking Beach, Diamond Beach, Uluwatu Temple, Tegallalang Paddy Terrace, bagi yang suka minum kopi, Ubud Coffee Plantation wajib pergi untuk pengalaman coffee tasting disana.
Artikel ini hanyalah sebagai rujukan bagi anda yang sedang mencari itinerari dan buat bajet untuk bercuti di sana. Oh ya, kami akan tulis artikel pakej untuk honeymoon dan share tempat-tempat romantik yang best.
Kesimpulannya, pakej percutian Bali oleh ARBA Travel adalah satu-satunya pakej yang beri anda makanan halal, supir yang mesra Malaysian dan bawa anda melancong ke Bali untuk rasa experience sebenar di Nusa Penida/Nusa Dua dan tempat menarik lain di Bali.