pakaian musim luruh di korea

8 Tips Pakaian Musim Luruh di Korea Anda Kena Tahu

Antara musim di Korea yang paling ramai pengunjung adalah musim luruh. Jika anda ingin melancong ke Korea pada musim ini, pastikan anda tahu pakaian musim luruh di Korea!

Seperti yang kita sedia maklum, Korea merupakan negara 4 musim yang mengalami musim sejuk, musim bunga, musim panas dan musim luruh setiap tahun.

Akan tetapi, tidak ramai orang Malaysia tahu, yang cuaca musim luruh di Korea adalah sekitar 10°C-25°C! Oleh yang demikian, memakai pakaian yang penting di musim luruh di Korea sangat penting supaya anda dapat full-experience saat melancong ke Korea.

Musim Luruh di Korea

Musim luruh di Korea yang jatuh di antara bulan September – November dengan suhu 10°C-25°C adalah waktu paling ideal untuk anda melihat perubahan warna daun!

Kemuncaknya adalah pada pertengahan bulan Oktover dan festival tahunan seperti Seoul Lantern Festival akan diadakan di penghujung musim luruh yakni pada bulan November.

Pada musim luruh, majoriti orang lokal Korea akan keluar melihat pemandangan, berkelah dan bersantai di tempat menarik di Korea.

Baca : 4 Musim Di Korea Selatan Beserta Tips Cuaca

Tips Pakaian Musim Luruh di Korea

Musim luruh di Korea adalah salah satu musim yang paling dinantikan oleh ramai pelancong. Dengan pemandangan yang indah dan cuaca yang nyaman, ia memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Namun, untuk memastikan anda selesa dan menikmati setiap saat, pakaian yang sesuai adalah kunci utama. Berikut adalah beberapa tips pakaian yang boleh anda ikuti ketika melawat Korea pada musim luruh.

 

1. Pakai T-Shirt Material Cotton

tshirt cotton musim luruh di korea

Pakaian asas yang paling penting adalah T-shirt material cotton. Material ini bukan sahaja selesa dipakai, tetapi juga mampu menyerap peluh dengan baik. Ketika suhu siang hari masih agak hangat, T-shirt cotton akan memastikan anda kekal sejuk dan selesa.

2. Sarung Windbreaker/Sweater

winbreaker musim luruh di korea

Pada waktu petang dan malam, suhu di Korea boleh turun dengan cepat. Oleh itu, pastikan anda membawa windbreaker atau sweater. Pakaian ini ringan dan mudah dibawa, namun cukup untuk memberikan kehangatan apabila diperlukan.

3. Bawa Topi Untuk Bergambar

topi musim luruh di korea

Topi bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung dari cahaya matahari, tetapi juga sebagai aksesori untuk bergambar. Dengan latar belakang daun berwarna oren dan merah, topi boleh menambah gaya dalam foto-foto percutian anda.

4. Bawa Payung (Kerap Hujan)

payung hujan musim luruh di korea

Musim luruh di Korea kadang-kadang boleh disertai dengan hujan. Oleh itu, membawa payung adalah satu langkah bijak. Payung yang kecil dan mudah dibawa akan memastikan anda tetap kering dan selesa walaupun hujan turun secara tiba-tiba.

5. Pakai Kasut Bertutup

kasut musim luruh di korea

Kasut bertutup adalah pilihan terbaik untuk musim luruh. Selain memberikan perlindungan kepada kaki dari suhu sejuk, ia juga selesa untuk berjalan-jalan di taman atau bandar. Pilih kasut yang selesa dan sesuai untuk berjalan jauh.

6. Pakai Stoking Nipis

stoking musim luruh di korea

Stoking nipis dapat memberikan kehangatan tambahan tanpa membuat anda berasa terlalu panas. Ia juga membantu mengelakkan kaki dari berpeluh berlebihan ketika memakai kasut bertutup.

7. Scarf Halang Angin Sejuk

scarf musim luruh di korea

Scarf bukan sahaja menjadi aksesori fesyen yang menarik tetapi juga berfungsi untuk melindungi leher dari angin sejuk. Pilih scarf yang diperbuat daripada bahan yang lembut dan selesa.

8. Pakai Long John Inner Wear

long john inner wear musim luruh di korea

Long John atau pakaian dalaman yang nipis tetapi hangat adalah sangat berguna, terutama pada waktu malam. Ia membantu mengekalkan suhu badan dan memastikan anda selesa sepanjang hari.

Baca : 21 Tempat Menarik di Korea Anda Wajib Pergi

Kelebihan Musim Luruh di Korea

musim luruh di korea

1. Warna Daun Menjadi Oren

Salah satu keajaiban musim luruh di Korea adalah perubahan warna daun. Dari hijau kepada oren, merah, dan kuning, pemandangan ini adalah sesuatu yang harus dilihat sendiri.

Tempat-tempat seperti Nami Island, Gyeongbokgung Palace, dan Seoraksan National Park adalah antara lokasi terbaik untuk menikmati pemandangan ini.

2. Cuaca Nyaman Untuk Bercuti

Musim luruh menawarkan cuaca yang sangat nyaman. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk, ia adalah suhu yang ideal untuk berjalan-jalan, mendaki, atau sekadar bersantai di kafe.

Dengan suhu sekitar 10°C – 25°C anda boleh menikmati setiap aktiviti tanpa perlu risau tentang cuaca yang ekstrem.

3. Tempoh Siang Dan Malam Sama Panjang

Pada musim luruh, tempoh siang dan malam hampir sama panjang. Ini bermakna anda mempunyai lebih banyak masa untuk menjelajah dan menikmati aktiviti siang hari, serta masih cukup waktu untuk berehat pada malamnya.

Ini adalah masa yang sesuai untuk mengatur jadual percutian yang padat dengan aktiviti.

 

Sebagai persediaan anda untuk ke melancong ke Korea pada musim luruh, tim ARBA sediakan infografik lengkap untuk pakaian musim luruh di Korea untuk anda! Sila rujuk infografik di bawah.

pakaian musim luruh di korea

Baca : 20 Makanan Korea Yang Sedap & Halal Anda Wajib Cuba

Natijahnya, pakaian musim luruh di Korea bergantung kepada tempat yang anda akan lawati di Korea kelak. Apa yang pasti, anda perlu pakai pakaian yang selesa dan cukup hangat kerana cuaca di Korea pada musim luruh yang paling minimum adalah 10°C dan maksimum adalah 25°C.