Mungkin ramai yang sudah tahu terdapat empat musim di Korea kerana kedudukan geografi Korea yang terletak 5,520KM dari kutub utara. Akan tetapi, tak ramai yang tahu suhu, kelebihan dan kekurangan setiap musim di Korea.
Berdasarkan pengalaman tim ARBA, ramai rakyat Malaysia yang memandang enteng soal cuaca di Korea dan beranggapan sejuk di Korea lebih kurang sama dengan kesejukan penghawa dingin di rumah mereka!
Hakikatnya, cuaca sejuk di Korea adalah jauh lebih sejuk dan ini belum lagi diambil kira angin sejuk yang tiba-tiba menerpa ke muka dan tubuh badan anda.
Baca : 21 Tempat Menarik di Korea Anda Wajib Pergi
Majoriti orang yang pertama kali datang ke Korea akan demam, selsema dan batuk kerana tidak tahan dengan kesejukan, kepanasan dan perubahan cuaca di Korea.
Untuk anda yang bakal melancong ke Korea, pastikan anda tahu ciri-ciri setiap musim di Korea, kelebihan & kekurangan dan musim terbaik melancong ke Korea.
4 Musim di Korea Selatan Beserta Tips Cuaca
1. Musim Luruh (Autumn)
Autumn atau musim luruh di Korea adalah musim di mana dedaunan di pokok akan bertukar jadi warna oren. Musim autumn antara bulan September hingga November.
Kalau nak pemandangan yang betul-betul cantik, boleh pergi waktu peak iaitu pada akhir Oktober sehingga pertengahan November.
Suhu waktu ini sekitar 10°C – 25°C. Suhu musim luruh di Korea memang sejuk, tapi waktu siang boleh pakai sweater nipis sahaja.
Kalau anda berniat untuk berjalan pada waktu malam, pakai pakaian tebal kerana cuaca malam lebih sejuk berbanding siang.
Kalau pergi ketika waktu peak, cuaca memang sangat sejuk dan kadang-kadang hujan tanpa di duga. Jadi, boleh juga sediakan baju hujan.
Baca : 8 Tips Pakaian Musim Luruh di Korea Anda Kena Tahu
Tempat yang paling menarik semasa musim luruh adalah kawasan hutan dan pergunungan. Pemandangan pokok-pokok yang berdaun oren sangat cantik di kawasan yang banyak pokok.
Jadi, antara tempat best yang kami bawa semasa musim luruh adalah Istana Gyeongbukgung dan Nami Island. Selain dua tempat di atas, anda juga boleh pergi ke Asan Ginko Tree Road, dan Seoraksan National Park.
Kelebihan Musim Luruh
- Tempoh siang dan malam yang seimbang.
- Pemandangan daun berubah warna yang cantik.
- Suhu nyaman (10-25°C), sesuai untuk berjalan-jalan.
Kekurangan Musim Luruh
- Hujan kadang-kadang boleh mengganggu aktiviti luar.
- Tempat-tempat popular boleh menjadi sesak dengan pelancong.
- Suhu boleh berubah dengan cepat, memerlukan persediaan pakaian yang fleksibel.
2. Musim Sejuk (Winter)
Winter atau musim sejuk di Korea adalah pada bulan Disember hingga Februari. Jika anda ingin experience salji di Korea, sila datang melancong ke Korea di antara bulan Disember hingga Februari.
Apa yang menarik adalah, di musim sejuk (winter), ARBA akan bawa anda bermain salji dan ski di Vivaldi Ski Park, salah satu resort ski terbesar di Seoul.
Pakej main ski tidak termasuk dalam harga pakej. Sebabnya, bukan semua orang ingin bermain ski.
Untuk dapatkan pakej ski yang murah, anda boleh pilih untuk add-on pakej Korea ARBA Travel dengan pada harga serendah RM400 seorang sahaja.
Waktu malam di musim sejuk (winter) sangat sejuk dan suhu pada waktu malam lazimnya mencecah sehingga -7°C. Jadi, pakaian kena sentiasa tebal, berlapis-lapis pun tak apa.
Heattech atau long john perlu sebagai first layer protection. Kasut yang sesuai adalah boot atau sport shoes. Pastikan juga tapak kasut mempunyai grip yang bagus kerana jalan yang licin.
Aktiviti menarik untuk dibuat semasa musim sejuk adalah bermain ski di Vivaldi Ski Park, dan menikmati street food Korea.
Kelebihan Musim Sejuk (Winter)
- Aktiviti sukan musim sejuk seperti ski dan snowboarding.
- Pemandangan salji yang indah dan suasana ‘winter wonderland’.
- Peluang untuk menikmati makanan dan minuman panas tradisional Korea.
Kekurangan Musim Sejuk (Winter)
- Cuaca sangat sejuk (boleh turun bawah -10°C).
- Kos pemanasan boleh meningkat untuk penginapan.
- Risiko jalan licin dan kemalangan akibat salji dan ais.
3. Musim Bunga (Spring)
Spring atau musim bunga, musim yang wajib bagi peminat bunga-bunga especially bunga sakura. Time ni, jalan-jalan rasa blissful sangat. Kiri kanan penuh bunga cantik-cantik dan colorful.
Musim bunga ni ialah antara bulan Mac hingga Mei. Kalau nak lagi best, pergi pada pertengahan bulan 4. Time tu memang boleh nampak sakura di mana-mana sahaja.
Suhu musim bunga pula antara 10°C – 22°C. Sekitar bulan 4, cuaca di sana nyaman sahaja kerana tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
Untuk pakaian, anda boleh pakai seperti di Malaysia. Elok juga sediakan sweater sekiranya anda hendak keluar malam. Sekiranya anda pergi dalam bulan Mac, cuaca masih sejuk, jadi anda perlu pakai sweater dan kasut bertutup.
Yang paling menarik pada musim bunga di Korea adalah Cherry Blossom Festival, Lotus Lantern Festival, Pesta Musim Bunga, dan The Jeju Canola Flower Festival di Jeju. Jadi pada waktu ini adalah sedikit sesak kerana ramai orang menyambut festival.
Kelebihan Musim Bunga (Spring)
- Banyak festival bunga yang menarik.
- Suhu nyaman (10-20°C), sesuai untuk aktiviti luar.
- Bunga sakura mekar, memberikan pemandangan yang indah.
Kekurangan Musim Bunga (Spring)
- Alergi bunga boleh menjadi masalah bagi sesetengah orang.
- Hujan yang tidak menentu boleh mengganggu perancangan.
- Peningkatan jumlah pelancong, menyebabkan tempat-tempat sesak.
4. Musim Panas (Summer)
Summer atau musim panas pula adalah antara bulan Jun hingga Ogos. Musim di Korea ini ada tarikan yang tersendiri. Anda dapat menikmati minuman-minuman ‘rare’ yang hanya ada semasa musim panas.
Suhu untuk musim panas ni adalah antara 25°C – 35°C. Panas di Korea adalah panas kering. Boleh sahaja pakai pakaian sama seperti di Malaysia. Elakkan memakai pakaian yang tebal.
Baca : 20 Makanan Korea Yang Sedap & Halal Anda Wajib Cuba
Hujan mungkin turun tanpa diduga sewaktu musim panas di Korea. Sebaiknya anda sediakan payung atau baju hujan sebagai persediaan beserta face mask.
Kelebihan Musim Panas (Summer)
- Masa yang sesuai untuk aktiviti pantai dan air.
- Pelbagai festival musim panas seperti Boryeong Mud Festival.
- Buah-buahan musim panas seperti tembikai dan pic melimpah.
Kekurangan Musim Panas (Summer)
- Cuaca sangat panas dan lembap (25-35°C).
- Kelembapan tinggi membuatkan perasaan tidak selesa.
- Musim hujan ‘jangma’ boleh menyebabkan banjir dan gangguan.
Musim Terbaik Melancong Ke Korea
Berdasarkan pengalaman tim ARBA Travel sejak tahun 2014 dan berpengalaman membawa lebih 20,000 rakyat Malaysia ke Korea, musim terbaik melancong ke Korea adalah pada musim luruh (autumn) dan musim bunga (spring).
Anda boleh rujuk infografik di bawah untuk faham informasi, perbezaan cuaca dan jenis pakaian untuk setiap musim di Korea. Sila simpan dan kongsikan infografik di bawah dengan keluarga dan teman anda sebelum melancong ke Korea.
Walhasil, Korea merupakan negara 4 musim dan setiap musim di Korea mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Korea adalah destinasi mesra keluarga, mesra warga senior dan destinasi pelancongan paling dekat di Malaysia untuk anda yang nak experience salji!
Berminat nak melancong ke Korea? WhatsApp Kami.