Melancong ke Korea sering menjadi impian ramai rakyat Malaysia khususnya golongan wanita. Akan tetapi, beberapa kebimbangan boleh menjadi penghalang seperti takut dibawa ke tempat paksa beli, isu makanan halal, dan masalah bahasa kerana kebanyakan penduduk Korea tidak fasih berbahasa Inggeris seperti kita.
Ini belum termasuk scam pakej percutian ke Korea Selatan yang pernah tular beberapa tahun yang lalu.
Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga mungkin merisaukan sesetengah dari kita yang lebih selesa menaiki bas atau private transport kerana takut sesat di metropolitan Seoul.
Baca : 20 Makanan Korea Yang Sedap & Halal Anda Wajib Cuba
Namun, semua ini boleh diatasi dengan memilih pakej yang tepat. Pakej Korea dari ARBA Travel menawarkan solusi all-in yang memastikan pengalaman melancong anda lancar dan menyenangkan.
Dengan itinerari tidak padat, anda tidak perlu bertukar hotel setiap hari, dibawa ke restoran Korea yang halal & sedap dan diberi peluang experience Korea 100% seperti orang lokal.
Sebelum itu, anda perlu tahu persediaan sebelum melancong ke Korea dan bajet melancong ke Korea terlebih dahulu. Pastikan anda baca artikel ini sampai habis!
Persediaan Sebelum Melancong Ke Korea
1. Visa K-ETA
Sebelum melancong ke Korea, pastikan anda mendapatkan Visa K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization). Proses permohonan visa ini mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian. ARBA boleh bantu anda selesaikan Visa ini 100%.
Dengan K-ETA, anda boleh melancong ke Korea tanpa masalah. Pastikan untuk memohon sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berlepas.
2. Pakaian Mengikut Cuaca & Musim
Cuaca di Korea berubah mengikut musim, jadi pastikan anda membawa pakaian yang sesuai. Musim bunga (Mac-Mei) memerlukan pakaian ringan dan sweater, sementara musim panas (Jun-Ogos) memerlukan pakaian yang lebih sejuk dan nipis.
Musim luruh (September-November) adalah yang paling sesuai untuk lapisan pakaian, dan musim sejuk (Disember-Februari) memerlukan jaket tebal dan pakaian hangat.
Baca : 4 Musim Di Korea Selatan Beserta Tips Cuaca
3. Aplikasi
Muat turun aplikasi yang berguna sebelum berangkat. Antara yang disyorkan adalah Naver Map atau KakaoMap untuk navigasi dan Papago untuk terjemahan Bahasa Malaysia ke Bahasa Korea.
Aplikasi ini akan memudahkan perjalanan anda dan memastikan anda tidak tersesat.
Tapi anda tidak perlu risau kerana anda akan dibimbing oleh tour guide ARBA di Seoul yang mesra Malaysian, faham keperluan orang Malaysia dan hanya akan bawa anda makan di tempat yang halal sahaja.
4. Matawang Korea
Matawang Korea adalah Won (KRW). Pastikan anda menukar matawang sebelum berangkat atau menggunakan kad kredit/debit antarabangsa yang diterima di Korea.
Banyak kedai dan restoran di Korea menerima kad kredit, tetapi sentiasa bawa sedikit wang tunai untuk situasi yang tidak dijangka.
Anda boleh gunakan kad Wise atau GX Card sebagai alternatif tunai sewaktu membeli belah di Korea.
5. Travel Insurans
Jangan lupa untuk mendapatkan insurans perjalanan sebelum melancong. Insurans ini penting untuk melindungi anda daripada sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kecederaan, kehilangan bagasi, atau pembatalan penerbangan.
Pilih polisi yang meliputi keperluan anda sepanjang perjalanan. ARBA ada menyediakan travel insurans untuk anda mengikut bajet.
Berapa Bajet Melancong Ke Korea?
Melancong ke Korea memerlukan bajet yang berbeza bergantung kepada gaya perjalanan anda. Secara purata, pelancong perlu memperuntukkan sekitar RM4,000 hingga RM6,000 untuk perbelanjaan termasuk tiket penerbangan, penginapan, makanan, dan aktiviti.
Pakej Korea seperti yang ditawarkan oleh ARBA Travel satu-satunya pakej yang beri anda full experience tanpa ada tourist trap dan tidak perlu bertukar hotel setiap hari seperti pakej lain yang lebih murah.
Malangnya, mereka murah kerana terpaksa kurangkan kos penginapan dan terpaksa bawa anda ke tempat paksa beli untuk mereka dapat komisen.
Kelebihan Melancong Ke Korea Dengan ARBA
1. Tanpa Tourist Trap
Dengan ARBA Travel, anda tidak perlu risau tentang perangkap pelancong. Itinerari mereka dirancang dengan teliti untuk memastikan anda mengunjungi tempat-tempat yang autentik dan menarik tanpa membazir masa di lokasi yang tidak berbaloi. Solat & makanan halal anda juga terjamin 100%. Anda akan experience solat di Itaewon Mosque bersama ribuan Muslim di bumi Korea.
2. Pergi Tempat Menarik di Korea
ARBA Travel memastikan anda melawat tempat-tempat menarik di Korea seperti Gyeongbokgung Palace, Bukchon Hanok Village, dan Nami Island. Tempat-tempat ini bukan sahaja kaya dengan sejarah dan budaya, tetapi juga menawarkan pemandangan yang menakjubkan.
Baca : 21 Tempat Menarik di Korea Anda Wajib Pergi
3. Experience Aktiviti Menarik di Korea
Selain melawat tempat-tempat menarik, ARBA Travel juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti belajar membuat kimchi, mencuba hanbok (pakaian tradisional Korea), dan menyaksikan persembahan K-Pop.
Aktiviti-aktiviti ini memberi peluang kepada anda untuk mengalami budaya Korea secara langsung dan mendalam.
Natijahnya, melancong ke Korea sebenarnya sangat menyeronokkan jika anda pilih pakej Korea yang tepat tanpa dibawa ke tempat paksa beli, tidak bertukar hotel setiap hari dan paling penting experience makanan Korea yang halal dan sedap sepanjang trip!