Pakej Cruise Halal
Nikmati percutian atas cruise dengan makanan halal dan pelbagai fasiliti menarik.
Pilih Cruise
Senarai Cruise Line

Genting Dream
Cruise mewah yang mempunyai restoran bersijil halal. Fasiliti termasuk kolam renang, waterslide, zipline, kids club, dan banyak lagi. Ada cruise dari Port Klang jadi tak perlu transit ke Singapore.

Star Voyager
Cruise yang lebih kecil dan harga lebih murah. Sesuai untuk yang nak cuba naik cruise buat kali pertama tanpa belanja besar. Ada cruise terus dari Port Klang dan Singapore, singgah Penang, Melaka, Phuket dan Krabi.

Adora Mediterranea
Cruise buatan Itali yang belayar terus dari Port Klang, tak perlu flight atau transit ke Singapore. Makan halal 3 kali sehari. Kanak-kanak bawah 12 tahun cruise percuma sebagai orang ke-3.

Disney Adventure
Cruise bertema Disney sepenuhnya dengan 7 zon tema seperti Marvel Landing dan Toy Story Place. Memang sesuai untuk kanak-kanak dan peminat Disney. Cruise jenis high seas, tak singgah mana-mana pelabuhan.

Royal Caribbean
Cruise line Amerika yang terkenal dengan fasiliti penuh aksi seperti The Perfect Storm waterslides, FlowRider surfing simulator, laser tag Battle for Planet Z, rock climbing, mini golf, dan banyak lagi. Sesuai untuk yang suka aktiviti lasak dan keluarga aktif.