HONEYMOON DI KOTA KINABALU: PAKEJ PERCUTIAN 4 HARI 3 MALAM 2022

Selama ni kalau saya pergi bercuti dalam Malaysia, tak pernah try untuk ambil pakej. Ini kali pertama ambil pakej ke Sabah rasa senang sangat-sangat, tak perlu fikir dah tentang jadual, tak perlu fikir transport, aktiviti dan makan. Consultant dah uruskan semua dari A ke Z. Kalau fikir balik, bercuti sendiri banyak benda kena fikir, kadang aktiviti kena cas mahal dan penat kena drive sendiri, dah la jauh.

Kali ini percutian saya ke Sabah mengambil masa selama 4 hari 3 malam, saya tinggal di Kundasang dan juga di Kota Kinabalu.  

Selalunya saya drive, tapi kali ni ada driver sendiri, dia yang akan bawa saya ke tempat-tempat sepanjang berada di Sabah 4 hari 3 malam ni.

Harga Pakej 4 hari 3 malam termasuk flight tiket.

Di bawah ni saya tunjukkan berapa kos yang saya keluarkan untuk semua sekali, iaitu makan, flight tiket, tour guide, van, aktiviti dan penginapan:

Jumlah keseluruhan yang saya belanja bersama wife saya RM3534 murah dan best, pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Pakej ni juga termasuk:
  1.  Pengangkutan
  2. Hotel 3 bintang
  3. Tour Guide dan driver
  4. Makan –  3x sarapan, 1x BBQ, 1 Candle Light dinner dan 2 Makan malam.
  5. Entrance Fee untuk –  Rumah Terbalik, DESA Farm, Poring, Canopy Walk, Kinabalu Park, Manukan+Sapi Island.
  6. Barang untuk snorkeling.
Belum tengok jadual aktiviti pun waktu ni saya dah macam wow murah dan menarik juga pakej ni. Layanan yang diberikan pun terbaik.
 
Jom saya ceritakan pengalaman dan jadual saya sewaktu ambil pakej honeymoon Sabah.

Jadual perjalanan saya dan aktiviti 4 Hari 3 Malam di Sabah.

Tiket kapal terbang saya dari KLIA ke Kota Kinabalu, tapi kalau anda dari Penang atau Johor pun juga boleh nak ke Kota Kinabalu. Mula gerak pada hari Khamis jam 8:30 pagi  sampai jam 11:15 pagi bersama Air Asia.

Dalam pakej ni anda boleh je nak sampai pukul berapa, sebab dia private trip, tapi saya sarankan kalau anda ambil pakej lebih baik sampai pagi supaya aktiviti dan jadual tidak terganggu. 

Sampai je di airport Kota Kinabalu, terus dijemput oleh tour guide.

Hari Pertama

  • Sampai di Kota Kinabalu & terus bergerak ke Kundasang.
  • Singgah ke Rumah Terbalik.
  • Shopping dulu di Pasar Nabalu dan jalan-jalan di pekan Kundasang.
  • Habis je semua tu dah boleh check in hotel
  • Malam tu ada Candle light Dinner yang romantik.
Hari Kedua
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Bergerak ke DESA Dairy Farm,nak tengok lembu.
  • Poring Hot Spring, ni kolam air panas tau dan sekali dengan Canopy Walk.
  • Main2 dengan ikan di Fish Spa Kg. Merakau.
  • Lepas tu main Arnab di Rabbit Farm.
  • Kinabalu National Park
  • Singgah makan di Lokan Bakar & Puding Kelapa Salut Telipok
  • Balik ke hotel.
Hari Ketiga
  •  Sarapan pagi.
  • Bergerak ke Jeti Shangri-la.
  • Aktiviti snorkeling dan berenang di Pulau Sapi.
  • Makan tengah hari BBQ.
  • Bergerak pula ke Pulau Manukan.
  • Manikmati sunset di Pantai Tanjung Aru.
  • Makan malam di Anjung Senja Seafood.
  • Balik dan tidur dengan lena. 

Hari Keempat

  • Sapan pagi
  • Jalan2 di Bandar Kota Kinabalu
  • Masjid Bandaraya
  • Signal Hill Observatory Tower
  • Bangunan Yayasan
  • Shopping dekat Pasar Philippine dan Jamilah Onestop Souvenir
  • Berpisah dengan sabah, tunggu flght di Kota Kinabalu Airport
  • Habis…

Cerita Aktiviti di Hari Pertama di Sabah. 1️⃣

Baiklah, saya akan ceritakan pengalaman saya honeymoon untuk 4 hari 3 malam di Sabah ikut pada jadual di atas 😆.

Tapi sebelum tu saya nak bagitau yang pakej saya ambil ni pada bulan September 2022, consultant yang saya apply pakej ni kata pakej akan berubah harga dan juga itinerary, ikut pada feedback customer berikan, kalau best mereka kekal kan, kalau tak best tempat tu mereka tukarkan pada tempat yang high demand.

So, cerita saya bermula pada hari pertama saya sampai di Kota Kinabalu airport. Sampai je situ ada tour guide dah tunggu depan airport untuk bawa kami ke tempat seterusnya.

Untuk perjalanan pertama otw ke Kundasang, kami singgah di Rumah Terbalik, ingat kan barang dalam rumah je terbalik, ni sampa rumah pun terbalik wei 😆. 

Rumah terbalik memang terbalik.

Dah petang jam 4:30pm macam tu, bergerak ke pasar Nabalu shopping, beli barang apa yang patut. 

Dekat Nabalu Market ni anda boleh la beli key chain ke, souvenir untuk kenangan. Dekat sini pun banyak makanan sedap-sedap, buah-buahan, kacang, makanan tradisional sabah dan banyak lagi la. Habis duit dekat sini je HAHAHA.

Di sini pun ada tandas, restaurant pun ada, lapar ke boleh makan dekat sini, memang lapar sebab perjalanan tadi dari Airport KK ke Kudasang, ambil masa dalam 2 jam 30 min.

Malam tu Check in di Hotel dan ada candle light dinner….lawa sangat2. 🥰

Cerita Aktiviti di Hari Kedua di Sabah. 2️⃣

Okay jom ke hari ke-2!

Untuk hari kedua ni, banyak kepada lihat nature, haiwan, pemandangan yang lawa dan nyaman😮‍💨😌.

Perjalanan pertama kami pergi lihat lembu di DESA Dairy Farm. Dekat sini bukan je tengok lembu, dekat sini anda boleh beli souvenir, minum susu lembu fresh, bagi makan lembu,  bagi makan kambing, dan lihat macam mana proses susu lembu .

Seterusnya kami pergi ke Hot Spring dan Canopy Walk. Kedua-dua tempat ni tak jauh pun, malah dia sama je satu tempat. Dekat sini kami akan mandi di kolam air panas dan kami akan naik satu jambatan iaitu Canopy Walk.

Jambatan yang penuh dengan pokok-pokok.

Next, kami pergi ke Kg. Marakau untuk bermain dengan ikan koi, besar2 ikan koi kat sini, macam dah boleh masak makan ikan goreng dah hahahah 😆. Dekat sini boleh je nak sampai sehari pun boleh.

Tapi, kami kena bergerak untuk ke Rabbit Farm, nak gi tengok arnab comel-comel, gebu-gebu. Then kami pergi ke Kinabalu National Park pula. Okay, National park ni la kalau anda nak mendaki Gunung Kinabalu tu, kalau nak mendaki boleh la bergerak ke National Park ni.

Selesai je semua aktiviti, kami pergi makan di gerai Lokan Bakar & Puding Kelapa Salut Telipok.

Seterusnya apa? seterusnya tidur la….balik hotel~~

Cerita Aktiviti di Hari ketiga di Sabah. 3️⃣

Untuk hari ke-3, selepas je sarapan kami bergerak terus ke Jeti Sharing-La, bukan Saring-la Hotel ye hehehe.

Okay daripada Jeti Sharing-la ni, kami  akan pergi ke Pulau Sapi untuk snorkeling. Lawa sangat-sangat pulau ni, banyak biawak komodo, besar-besar pulak tu. Hati2 bila dekat sini, kalau nampak monyet, jangan memandai nak bagi makan, nanti dia datang bawa member dia habis la.

Selepas tu kami makan tengah hari BBQ dan bergerak terus ke Pulau Manukan.

Di pulau manukan ni buat aktiviti sama ke, menikmati pemandangan pantai, snorkeling, tapi kalau anda nak parasailing, yang terbang2 tu boleh, atau banana boat, tapi saya tak tambah la aktiviti tu, itu kena add on.

Dan selepas tu, kami balik dan makan malam di Anjung Senja Seafood. Fresh dan sedap makan kat sini.

Cerita Aktiviti di Hari keempat di Sabah. 4️⃣

Okay, last day yang sedih ni, nak balik dah ke Malaysia 😆 macam terbang ke luar negara pula hahaha.

Selepas sarapan kami berjalan-jalan di bandar Kota Kinabalu, kami pergi ke masjid Bandaraya, dalam dia lawa dan keindahan masjid ni lagi lawa bila waktu senja.

Selepas tu kami pergi ke Signal Hill, dari sini kami boleh lihat pemandangan dari atas bandar Kota Kinabalu dan ke Menara Tun Mustapha atau lebih dikenali sebagai Menara Yayasan. Bangunan ni antara bangunan yang menggunakan teknologi “bangunan tergantung” disiapkan pada tahun 1976.

Bangunan Yayasan

Yang terakhir, kami pergi shopping lagi….pergi dan balik shopping tu wajib ye hehe.

Kami  pergi shopping di Pasar Philippine dan Jamilah Onestop Souvenir. 

Akhirnya, balik tunggu di airport, Sabah akan ku rindui. 😌

So, itu sahaja cerita saya sewaktu honeymoon di Sabah selama 4 hari 3 malam. banyak kenangan manis dan kosong kenangan pahit, jadual semua berjalan dengan lancar. Semoga ada rezeki saya dan tuan puan yang membaca artikel ni ke Sabah 🥰.

So kalau anda mencari pakej honeymoon terbaik…boleh la visit website Arba Travel.

Jom share pada rakan anda.

Facebook
Twitter