Pernahkah anda terfikir, apakah tempat menarik di Seoul yang berbaloi untuk dilawati sepanjang trip anda melancong ke Korea? Tenang, bukan anda seorang yang berfikiran sedemikian.
Selain terkenal dengan kpop dan drama, banyak tempat menarik di Seoul yang boleh anda lawati. Tempat-tempat ini unik dan terkenal dengan tarikan tersendiri, selain femes kerana sebagai tempat pengambaran drama-drama Korea.
9 Tempat Menarik di Seoul Yang Bukan Tourist Trap
1. Namsan Tower
Tempat femes dan wajib pergi bagi tourist-tourist yang datang ke Korea. Namsan Tower terletak di Namsan Mountain, di pusat bandar Seoul.
Banyak tempat-tempat menarik di sekitar Namsan Tower yang boleh anda pergi seperti Namsangol Hanok Village, Seoul Time Capsule, N Plaza, Namsan Park, dan Namsan Octagonal Pavilion.
Anda boleh menikmati pemandangan cantik bandar Seoul dari puncak Namsam Tour. Di roof terrace pula terletaknya berjuta padlock yang ditinggalkan pengunjung. Padlock ada dijual di Namsan Tower, atau anda boleh bawa dari rumah.
Trek laluan ke Namsan Tower ada 2 jalan, jalan biasa dan jalan cerun. Untuk jalan biasa, akan sampai ke level bawah, boleh naik lif ke atas. Bagi yang sukakan trekking, boleh lalu jalan cerun yang terus ke level atas.
Bayaran untuk observatory: KRW10000 untuk adult, dan KRW8000 untuk kanak-kanak dan warga emas.
Kanak-kanak (3 ~12 tahun)
Dewasa (13 tahun keatas)
Warga emas (65 tahun keatas)
2. Everland Theme Park
Taman Tema terbesar di Korea dan mendapat tempat keempat ranking taman tema paling kerap dikunjungi. Taman Tema ini menyediakan pelbagai jenis attraction seperti rides, festival, dan zootopia.
3. Global Fair
Banyak bangunan dengan architecture yang unik dan cantik dengan ciri-ciri dari pelbagai negara.
4. Magic Land
Magic Land dibina berdasarkan cerita dongeng arnab dengan kura-kura. Zon ini sesuai dengan kanak-kanak. Mereka boleh jumpa watak-watak fairy tail lain selain arnab dan kura-kura. Banyak rides disediakan khas untuk kanak-kanak di sini.
5. European Adventure
‘Four Season Garden’, taman bunga yang menempatkan bunga-bunga seperti tulip, rose, dan kekwa yang mekar berbunga sepanjang tahun. Ada Rose Garden untuk menikmati suasana romantik, dan rumah style europe di Holland Village.
6. Zootopia
Ada 2000 haiwan dari 201 spesis ditempatkan di zootopia. Antara haiwan anda boleh jumpa di sini termasuk harimau, singa, beruang, white tiger, zirafah, gajah, dan burung unta.
Everland menganjurkan tema-tema mengikut festival seperti festival Tulip, Rose, Summer Splash, Halloween, Romantic Illumination, dan lain-lain.
7. Vivaldi Park
Vivaldi Park terletak 1 jam perjalanan dari Seoul. Sekiranya anda pergi semasa musim sejuk, anda wajib pergi ke Vivaldi Park Ski World untuk merasai pengalaman bermain ski. Vivaldi Ski World dibuka pada waktu siang dan malam.
Mereka menyediakan kelas asas bermain ski, jadi pengalaman ski lebih menarik kerana anda belajar asas dahulu.
Selain ski, facilities lain termasuk gondola, golf, equestrian, bowling, billiard, swimming pool, sauna, lake park, forest bathing site, gelanggang badminton & basketball, supermarket, farmasi, kedai kopi, dan restoran.
8. Nami Island
Nami Island popular dengan drama ikonik korea, Winter Sonata. Ramai peminat drama korea datang untuk bergambar dengan statue pelakon Winter Sonata yang dibuat dari copper.
Selain popular dengan drama, Nami Island mempunyai suasana nature dan pemandangan yang sangat cantik. Anda akan dapat banyak gambar cantik-cantik di sini.
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di Nami Island termasuk berbasikal, menaiki UNICEF Charity Train, Electronic Tour Bus atau Sky Bike. Antara jenis basikal anda boleh sewa termasuk basikal untuk seorang, tandem, atau 4 seater.
Anda boleh menikmati dosirak atau nama lainnya lunchbox korea. Ada nasi dan lauk di dalam bekas, dan anda perlu goncang sebelum makan. Panasnya lunchbox itu memerlukan anda memakai sarung tangan untuk goncang.
Ada dua cara untuk ke Nami Island, dengan feri atau zip-line. Zip-line hanya disediakan untuk jalan pergi sahaja, jadi perlu balik dengan feri juga.
9. Myeongdong
Myeongdong merupakan tempat shopping utama di Seoul. Myeongdong menempatkan banyak kedai-kedai yang menjual brand terkemuka.
Antara barang anda boleh cari di Myeongdong termasuk kosmetik, baju, kasut, accessory, dan ada banyak jenis restoran seperti fast food, Western, Japanese dan restoran family.
Selain barang, terdapat juga theater, Nanta theatre, Seoul Global Cultural Center, dan information center.
10. Gyeongbokgung Palace
Istana Gyeongbokgung merupakan istana diraja yang dibina semasa zaman Dinasti Joseon. Kerajaan Korea telah banyak melabur tenaga dan duit untuk membaikpulih istana ini.
Majlis penukaran pengawal di Istana Gyeongbokgung dijalankan sehingga sekarang. Majlis ini merupakan experience menarik untuk merasai suasana traditional Korea pada zaman dahulu.
Anda boleh mencuba pakaian traditional Korea seperti Hanbok atau pakaian pengawal.
11. Gwanghwamun
Gwanghwamun square menyimpan sejarah perang Korea-Jepun. Di tengah-tengah gwanghwamun plaza terletak statue King Sejong the Great iaitu raja ke-empat respected king dari Dinasti Joseon.
Selain King Sejong, terdapat juga statue Turtle Ship, dan Admiral Yi Sun Shin, commander tentera laut Korea yang terkenal dengan pencapaian semasa perang Korea-Jepun.
Gwanghwamun square ialah divider jalan yang bersaiz plaza dan mempunyai ruang yang cukup untuk menempatkan event dan konsert.
12. Cheonggae Stream
Cheonggae Stream mengalir sepanjang 11km dari Cheonggye Plaza ke Hangang River, melalui bawah 22 jambatan berbeza. Cheonggae Stream dibaikpulih sebagai salah satu projek kerajaan untuk mencantikkan kawasan bandar.
Laluan Cheonggae Stream melalui kawasan berdekatan dengan Deoksugung Palace, Seoul Plaza, Sejong Center, Insadong Street, Istana Changdeokgung, dan Istana Changgyeonggung.
Air di Cheonggye Stream sangat cantik dan bersih, jadi ramai yang datang untuk bergambar dan bersantai. Anda boleh menikmati suasana nature di sepanjang stream ini.
Pada bulan November setiap tahun, akan ada Seoul Lantern Festival di sepanjang 1.3k dari Cheonggye Plaza ke jambatan Supyogyo. Pelbagai jenis dan rupa patung bercahaya dipamerkan di sungai.
13. Sindang-Dong Tteokbokki Town
Sindang-Dong Tteokbokki Town terletak di satu lorong yang menempatkan banyak kedai-kedai yang menjual tteokbokki. Tteokbokki di sini bukan seperti street food, biasa tapi dimasak sebagai satu hidangan lengkap.
Selain tteok (rice cake) dan gochujang (sos untuk kuah), anda boleh tambah bahan lain dalam hidangan seperti ramyeon, daging, cendawan, dumpling goreng, fish cake, sosej, telur, kepingan cheese, taugeh, daun bawang, dan diseason degan soy sos.
Hidangan ini dihidang dalam wok besar dan dimasak di meja pelanggan. Lepas habis hidangan tteok, anda boleh tambah nasi di lebihan kuah gochujang.
ARBA Travel menawarkan pakej Korea Seoul yang akan bawa anda ke tempat-tempat di atas, dengan harga yang berbaloi. Pakej kami tidak bawa anda ke tempat-tempat tourist trap.
Degan pakej kami, anda boleh menikmati pemandangan cantik, keindahan semulajadi, merasai pengalaman di taman tema, shopping murah, dan makan makanan yang sedap dan halal. Experience semua tempat menarik di Seoul sewaktu anda melancong ke Korea nanti!