8 Tips Untuk Dapat Tiket Murah Ke Sabah

resortkundasang-bercutikundasang2018


Ramai yang pilih untuk melancong ke Sabah sebab pemandangan semulajadi di Sabah yang sangat memukau. Di Sabah juga terdapat pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dilawati.

Ini bermakna kos yang banyak juga diperlukan untuk ke tempat-tempat ini! Jangan risau, anda boleh mendapatkan tiket tambang murah ke Sabah. Apakah yang perlu anda tahu berkenaan tiket flight.

TIPS 1 – Kena Tahu Range Harga Flight

AirAsia Flight Sabah. credit : avalon airport


Ramai yang tak tahu range harga flight ke Sabah berapa. ARBA Travel & Tours sentiasa memerhatikan harga tiket flight bagi mendapatkan range harga tiket. Antara yang kami jumpa bagi range harga flight KL – Kota Kinabalu (pergi balik) adalah seperti berikut :

  • Harga Murah : RM200 – RM399
  • Harga Standard : RM400 – RM500
  • Harga Mahal : RM501 – RM700

Kalau dapat harga murah dan standard, beli je terus jangan tunggu-tunggu nanti boleh jadi lagi mahal. Ramai juga yang tertipu dengan scammer yang menjual harga tiket “tidak masuk akal”. Boleh jadi harga itu betul, tapi anda perlu memerhatikan tarikh, hari, musim dan promo yang dibuat oleh syarikat flight tersebut.

TIPS 2 – Rahsianya Memang Kena Beli Awal (6 bulan sebelum)

Ramai orang ingat ada rahsia nak dapat flight murah, contohnya beli flight pada pukul 2 pagi, pada hari Rabu dan sebagainya. Sebenarnya, tidak terbukti betul cara tersebut.

Rahsianya memang kena beli tiket flight awal, seawal 6 bulan sebelum untuk dapatkan harga yang lebih murah. Maksudnya, beli 6 bulan sebelum waktu orang lain masih belum bersedia untuk terbang.

Time tu la murah sebab tak ramai nak beli tiket flight lagi.

Sebagai contoh, plan nak ke Sabah pada bulan 9, dah boleh beli tiket flight pada bulan 3. Kalau dah last minute, tiket flight memang dah mahal, apa boleh buat kan.

Bila dah dapat tiket murah, mesti excited nak tgk pegi mana nanti kan? Jum tengok itinerary di website ARBA Travel : https://arbatravel.com/pakej-sabah/

TIPS 3 – Beli Luar Waktu Cuti Umum

Kalau ada fleksibiliti atau cuti annual leave lebih, boleh pergi waktu orang ramai biasanya tak cuti. Time ni memang best sebenarnya, sebab tak ramai orang sangat kat Sabah dan tiket flight pun murah sebab demand kurang.

Cuti umum adalah seperti cuti sekolah dan juga musim perayaan ye.

Kalau memang dah plan travel masa orang balik raya, biasanya susah untuk dapatkan tiket flight murah, atau mungkin tiket pun dah habis.

Antara tiket flight AirAsia murah yang kami jumpa adalah pada tarikh-tarikh berikut:

  • 26 – 29/3/2018 : RM278
  • 27 – 30/3/2018 : RM238
  • 8 – 11/4/2018 : RM218
  • 15 – 18/4/2018 : RM198

Boleh direct ke website official AirAsia.

Anda boleh tengok jadual di bawah untuk cuti-cuti umum pada bulan 3 – 5, 2018.

Cuti Umum Mac-May 2018. credit : public holiday


TIPS 4 – Beli Masa Promo AirAsia

Waktu promo AirAsia, memang ada tiket murah untuk certain tarikh. Kena cepat dan pandai cari sebelum orang lain book. Boleh tengok harga di website AirAsia.

Sekarang AirAsia tengah promo untuk tarikh 3 Sept 2018 hingga 28 Mei 2019. Promosi berakhir pada 11 Mac 2018. Berikut adalah tarikh-tarikh untuk dapat tiket murah airasia ke Sabah yang kami jumpa :

  • 8 – 11/3/2018 : RM358
  • 22 – 25/3/2018 : RM318
  • 5 – 8/4/2018 : RM278
  • 10 – 13/5/2018 : RM218
  • 17 – 20/5/2018 : RM198

Ini ialah harga promo pada 17 – 20 May.

Flight AirAsia ke Sabah 17-20 May 2018


TIPS 5 – Beli Masa Promo MAS

MAS Flight Sabah. credit : economy traveller


Bukan AirAsia je yang buat promo, sekarang MAS juga banyak buat promo. Tapi ramai yang tak perasan MAS punya promo.

Harga MAS pun ada yang macam AirAsia walaupun ada servis premium. Anda perlu rajin memerhatikan harga tiket di website MAS!

Book sekarang untuk travel period dari 1 Mac 2018 hingga 19 Nov 2018 dan dapatkan 30% off sehingga 12 Mac 2018! Antara tarikh untuk tiket flight murah ke Sabah yang kami jumpa adalah :

  • 8 – 11/3/2018 : RM491
  • 5 – 8/4/2018 : RM 323
  • 10 – 13/5/2018 : RM323
  • 17 – 20/5/2018 : RM485

Boleh direct di web MAS atau kami book kan jika ambil pakej ground Sabah dengan kami.

Tak tengok itinerary kami lagi? Boleh tengok di website ARBA Travel : https://arbatravel.com/pakej-sabah/

Ini adalah harga promo MAS untuk perjalanan 10 May – 13 May 2018.

MAS Flight Sabah 10-13 May 2018


TIPS 6 – Untuk Tiket Murah Ke Sabah Bulan 12, Jangan Beli Sekarang

Untuk bulan 12, harga flight dia special case. Walaupun beli awal harga dia memang dah mahal sebab bulan 12 adalah peak season.

Harga standard bulan 12 ikut flight adalah seperti berikut :

  • Malindo Air : RM607
  • AirAsia : RM618
  • Malaysian Airlines : RM798

Jadi untuk bulan 12 punya trip, jangan beli terlalu awal. Cuba tunggu promo bulan Mei – Ogos baru beli. Tapi, jangan expect murah sangat macam bulan-bulan lain. Apa pun dia still peak season.

Kalau dapat harga range RM400 – RM500 tu, beli je terus sebab normally harganya memang cecah RM600 – RM700.

TIPS 7 – Jangan Tunggu “Yang Paling Murah”

Ramai orang tak tahu “harga murah” tu berapa sebenarnya. That’s why kami bagi tips #1 tentang range harga tiket flight.

Sebenarnya, kalau jumpa harga murah atau harga standard, beli je terus. Tak perlu tunggu-tunggu sebab flight normally makin lama makin mahal.

Tunggu punya tunggu, takut nanti tak boleh beli pun. Atau terpaksa beli harga mahal sebab dah lambat book, sedangkan harga standard dah okay.

Ingat, kalau jumpa harga murah atau standard, beli je terus! Beli awal tu memang rahsianya untuk dapat flight murah.

TIPS 8 – Like Page ARBA Travel

Eh? Kenapa perlu untuk like page ARBA Travel & Tours? Sebabnya hari-hari kami tengok tiket murah ke Sabah untuk customer kami!

Jadi, like page ARBA Travel sekarang. Kalau kami jumpa harga tiket murah ke Sabah, kami akan announce di page.

Kalau anda berminat untuk ke Sabah, boleh lihat itinerary kami di website ARBA Travel & Tours pakej Sabah.

Jangan lupa untuk like page kami di fb ARBA Travel & Tours.

Facebook Page ARBA Travel & Tours