Tempat Shopping Di Bali

Banyak tempat shopping di Bali menjual hasil kraftangan, dan seni. Barang-barang ini yang menjadikan Bali sangat unik kerana ukiran-ukirannya. Di mana boleh dapatkan barang rare ini?

Antara tempat-tempat shopping di Bali:

Candi Kuning Traditional Market

Shopping di Bali

Candi Kuning Traditional merupakan salah satu pasar utama di area Bedugul. Juga dikenali dengan nama Pasar Bedugul.

Hasil ladang penduduk tempatan seperti bunga, sayur, dan buah tempatan banyak dijual di sini. Antara buah tempatan yang mereka hasilkan seperti manggis, pisang, tamarillo, tangerine, dan strawberry.

Selain bunga, sayur, dan buah tempatan, ada juga rempah-rempah seperti nutmeg, lada hitam, kunyit, dan paprika.

Bagi pelancong dari luar negara, boleh mendapatkan hasil seni dan kraftangan orang lokal yang dijual di Pasar Bedugul.

Ada juga penjaja tepi jalan yang menjual snek-snek seperti keropok, kacang rebus, dan jagung manis. Jadi senang untuk dapatkan makanan.

Pasar ini terletak separuh jalan sepanjang jalan Baturiti-Singaraja, dan terletak antara dua landmark iaitu Ulun Danu Beratan, dan Eka Karya Botanic Gardens.

Buka pada pukul 8 pagi sehingga 8 malam. Mereka beralamat seperti berikut:
Jalan Kebun Raya Bedugul, Candi Kuning, Bedugul.

Apa yang menarik di sini?
Mereka menjual sayur dan buah yang sangat fresh.
Pasar ini sangat colourful kerana buah yang bermacam-macam jenis dan colour.
Orang tempatan menghasilkan seni dan kraftangan mereka sendiri.

Shopping di Bali
Shopping di Bali
Shopping di Bali

Kuta Art Market

Shopping di Bali

Pasar Seni Kuta berupa seperti bazaar yang terdiri daripada 6 buah rumah kedai dan bangunan panjang yang menempatkan banyak gerai kecil-kecil. Ianya boleh dilihat dari hujung jalan Bakungsari atau dari pantai.

Banyak barang-barang seperti souvenir, art, dan handicraft dijual disini. Antara barang yang anda boleh jumpa termasuk surfboard, fridge magnet bermacam bentuk, key-chain, mats, sandal, kasut dan kulit tiruan, dan baju t-shirt Bali-printed.

Harga di sini boleh ditawar, tapi tawar-menawar perlu dilakukan secara berhemah. Boleh dapatkan harga yang okay untuk batik, kulit tiruan, dan barangan perhiasan.

Selain gerai-gerai kecil ini, di bahagian sebelah utara ada kedai-kedai modern yang menjual barang-barang brand international. Antara yang dijual termasuk barang-barang surfing seperti board, baju sukan, dan peralatan sukan air.

Pasar Seni Kuta dekat dengan pantai, jadi ada banyak gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman di sekitar Pasar Seni Kuta.

shopping di bali

Tanah Lot

Shopping di Bali

Untuk ke Temple Tanah Lot, perlu lalu pasar mereka dahulu. Pasar bermula dari tempat parking hingga menghampiri kawasan temple. Sepanjang jalan masuk dan jalan keluar ada gerai-gerai, tapi barang yang dijual lebih kurang sahaja.

Shopping di Bali

Gerai-gerai di Tanah Lot menjual baju, souvenir, dan barang-barang rare yang menarik dan pelbagai sepanjang perjalanan ke arah Temple Tanah Lot.

Ada banyak juga gerai-gerai yang menjual snek atau makanan traditional Bali seperti jaja klepon, iaitu sejenis kuih yang diperbuat dari beras pulut, mengandungi inti gula merah, dan dihidang dengan kelapa parut.

Shopping di Bali

Antara barang-barang rare anda boleh jumpa di sini seperti helmet dan topeng bermuka pelik. Ada macam-macam jenis dan bentuk.

Barang-barang di sini boleh ditawar, tapi jangan pula minta kurang harga jika tidak mahu beli. 

Shopping di Bali

Ubud Market

Shopping di Bali

Pasar Ubud terletak di tengah-tengah Bandar Ubud. Terdiri daripada sebuah bangunan 2 tingkat dan gerai-gerai di sekitarnya. Dibuka seawal jam 6 pagi kerana terdapat pasar tradisional selain pasar seni.

Boleh tawar barang untuk dapat harga lebih murah. Untuk senang dapat tawar harga murah, pergi pada waktu pagi ketika tidak sesak, penjual selalunya akan bagi harga lebih rendah. 

Anda boleh jumpa banyak barang-barang handmade di Pasar Ubud seperti beg, patung ukiran, bekas, barang perhiasan, selipar, batik, sarong, lukisan, handcraft lain, mats, baju dan selendang sutera.

Shopping di Bali

Pakej Bali ARBA Travel bawa anda ke art market dengan barang-barang yang anda boleh beli dengan harga murah.

Ingin melancong ke Bali dengan ARBA Travel? Boleh layari website ARBA Travel untuk detail harga dan itinerary pakej Bali ARBA Travel
https://arbatravel.com/pakej-bali-private/