Dari 1.2 juta SME di Malaysia, ARBA Travel telah dinobatkan sebagai ‘Top 30 SME in Malaysia’ pada 2017 oleh SME Corp Malaysia.
ARBA Travel juga merupakan satu-satunya ‘Travel Agency’ Malaysia yang pernah memenangi anugerah berprestij tersebut.
Secara purata, SME di Malaysia mengambil masa 15 tahun untuk tersenarai dalam senarai Top 50. ARBA Travel adalah syarikat Bumiputera terpantas yang berjaya memperolehi anugerah tersebut iaitu hanya dalam tempoh 3 tahun penubuhan pada tahun 2014.
Ditubuhkan pada tahun 2014 oleh graduan Malaysia yang menuntut di Perancis, Australia & Korea, ARBA Travel kini menjadi syarikat pelancongan yang berkembang secara pantas di Malaysia dengan rekod membawa lebih 35,000 rakyat Malaysia melancong ke 30 destinasi di seluruh dunia.
Bermula hanya dengan 3 orang sahaja, kini ARBA Travel berkembang kepada lebih 50 orang pekerja sepenuh masa di beberapa negara & tidak terbatas di Malaysia sahaja.
Kami sama sekali tidak berpuas hati dengan kejayaan yang telah dicapai. Sebaliknya, setiap hari kami sentiasa cuba menambahbaik kualiti perkhidmatan sedia ada.
Kepuasan pelanggan adalah keutamaan nombor satu kami. Di ARBA Travel, kami jarang cepat berpuas hati dengan kejayaan yang kami capai sepanjang tempoh ini. Kami percaya yang kualiti perkhidmatan sentiasa ada ruang untuk ditambah baik untuk mencapai standard keperluan & kehendak pelanggan.
Tanpa pelanggan yang berpuas hati dan gembira dengan perkhidmatan dan pakej percutian kami, ARBA Travel tidak mungkin berada di sini hari ini.