pulau perhentian

22 Tips Persediaan Ke Pulau Perhentian Untuk First Timer

Adakah anda akan melancong ke Pulau Perhentian tidak lama lagi, atau sedang merancang untuk ke Pulau Perhentian bersama rakan dan keluarga? Untuk first timer, sudah tentu banyak persoalan yang bermain dengan fikiran anda tentang keadaan semasa di Pulau Perhentian. 

Artikel ini adalah panduan lengkap dengan objektif untuk membantu anda membuat persediaan untuk bercuti ke Pulau Perhentian yang merangkumi semua aspek dari segi tempat penginapan, aktiviti menarik, tempat menarik, musim & cuaca termasuk cara ke Pulau Perhentian!

Tim ARBA kumpulkan kompilasi 21 tips penting sebagai persediaan sebelum anda ke Pulau Perhentian hasil pengalaman sejak tahun 2018 di Pulau Perhentian. Ketahui semua tips ini jika anda first timer nak ke Pulau Perhentian!

 

21 Tips Ke Pulau Perhentian Untuk First Timer

pulau perhentian
Kredit :@mnhaziq303

1. Musim di Pulau Perhentian

Pulau Perhentian mempunyai dua musim utama: musim puncak dan musim monsun. Musim puncak berlangsung dari bulan Mac hingga Oktober, di mana cuaca sering cerah dan sesuai untuk aktiviti luar.

Contohnya, jika anda mengunjungi pada bulan Mei, anda akan menikmati cuaca yang cerah hampir setiap hari.

Musim monsun pula berlangsung dari bulan November – Mac dan pada musim ini, Pulau Perhentian ditutup dan tidak banyak bot yang sanggup ke Pulau Perhentian dari Jeti Kuala Besut. Aras laut dan landskap di Pulau Perhentian juga tidak sesuai untuk anda melancong. 

 

2. Tarikh ke Pulau Perhentian

Memilih tarikh yang tepat untuk pergi adalah penting; tepatnya pada awal musim puncak. Elak daripada bercuti ke Pulau Perhentian di musim puncak seperti cuti sekolah dan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha kerana orang lebih ramai dan kos penginapan lazimnya meningkat. 

Tarikh terbaik untuk ke Pulau Perhentian adalah di antara hari Isnin – Jumaat, luar dari waktu sibuk seperti hujung minggu. 

 

3. Cuaca di Pulau Perhentian

pulau perhentian
Kredit : @asyrafamran19

Cuaca di Pulau Perhentian biasanya panas dan lembap sepanjang tahun. Namun, semasa musim monsun (November hingga Februari), cuaca boleh menjadi tidak menentu dengan hujan lebat beserta ombak besar dan aktiviti laut seperti snorkeling dan island hopping mustahil untuk dijalankan dengan baik. 

 

4. Cara ke Pulau Perhentian

Untuk sampai ke Pulau Perhentian, ada tiga cara yang anda boleh gunakan iaitu : 

  •  Memandu ke Jeti Kuala Besut 
  • Menaiki bas persiaran ke Terminal Bas Besut 
  • Menaiki kapal terbang ke Sultan Ismail Petra Airport (KBR)

Baca : Step By Step Cara Ke Pulau Perhentian (Bas, Kereta & Flight)

 

5. Bot ke Pulau Perhentian

Dari Kuala Besut, anda akan naik bot laju yang memakan masa sekitar 30 hingga 45 minit untuk sampai ke pulau. Pastikan anda memeriksa jadual bot dan melakukan tempahan awal semasa musim puncak. Harga bot adalah RM60 – RM80 seorang.

 

6. Caj Taman Laut Pulau Perhentian

Semua pengunjung diwajibkan membayar caj konservasi taman laut. Untuk warganegara Malaysia, bayaran ini adalah RM5, manakala untuk pelancong asing, bayaran adalah RM15 (kanak-kanak) dan RM20 (dewasa). Dana ini digunakan untuk pemeliharaan dan konservasi taman laut Pulau Perhentian. 

7. Makan & Minum di Pulau Perhentian

pulau perhentian
Kredit : @littleazie

Pilihan makanan di pulau ini terbatas kepada restoran hotel dan beberapa kafe kecil. Contohnya, anda boleh menikmati seafood segar di Tuna Bay Island Resort atau mencuba makanan lokal di Warung Pak Lah.

Ada juga cafe hipster yang best dan sedap di Pulau Perhentian seperti Rosemary Cafe, Ocean Blue Cafe dan Long Beach Cafe Espresso. 

8. Ubat-ubatan

Sila bawa ubat-ubatan asas seperti ubat sakit kepala, ubat gigitan serangga, dan ubat alahan kerana farmasi terdekat berada di Besut. Harga ubat sakit tekak dan Panadol juga lebih mahal di pulau berbanding di darat. 

Baca : 10 Perbezaan Pulau Perhentian Besar vs Kecil (Edisi Terkini)

9. Set Snorkeling

pulau perhentian
Kredit : @syawalcikdol

Walaupun set snorkeling boleh disewa di pulau, anda dinasihatkan membawa set snorkeling peribadi bagi memastikan kebersihan dan kesesuaian saiz dan keperluan anda.

Contohnya, set snorkeling dari Decathlon sering menjadi pilihan bagi pelancong yang kerap melakukan aktiviti snorkeling di sini yang boleh dibeli pada harga serendah RM90.

Baca : 7 Point Snorkeling Pulau Perhentian Bak Maldives (Terkini)

10. Pakaian ke Pulau Perhentian

Bawalah pakaian ringan dan selesa sebaiknya dari material jersi termasuk baju renang dengan UV protection, selipar, topi, dan cermin mata hitam. Jangan lupa baju pelindung UV untuk perlindungan tambahan di bawah sinar matahari untuk mengelakkan kulit anda terbakar dan gelap. 

11. Tempat Penginapan di Pulau Perhentian

Ada pelbagai pilihan penginapan, dari chalet murah hingga resort mewah. Contohnya, Perhentian Island Resort menawarkan kemudahan lengkap dengan pemandangan pantai yang indah.

Anda dinasihatkan memilih tempat penginapan yang mempunyai jeti sendiri atau sekurang-kurangnya berada 100 meter dari jeti. 

Baca : 7 Resort Terbaik di Perhentian Dengan Swimming Pool (2024)

12. Bot Teksi

Bot adalah satu-satunya pengangkutan di Pulau Perhentian. Bot teksi di pulau ini berfungsi seperti teksi di daratan, membolehkan anda untuk pergi dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat. Harga untuk bot teksi bermula dari RM20 – RM150 bergantung kepada jumlah penumpang dan jarak. 

13. ATM di Pulau Perhentian

Tiada mesin ATM di Pulau Perhentian dan anda dinasihatkan membawa wang tunai secukupnya ke Pulau Perhentian. Anda juga boleh mengeluarkan tunai di ATM yang terletak di Terminal Bas Besut dengan jarak 800 meter dari Jeti Kuala Besut. 

14. Tempat Menarik di Pulau Perhentian

Antara tempat menarik untuk dikunjungi adalah Long Beach, Coral Bay, Teluk Pauh, Kampung Nelayan dan Teluk Dalam. Tempat penginapan anda menentukan jarak ke tempat menarik di Pulau Perhentian untuk menikmati snorkeling, scuba diving, melihat sunset dan sunrise. 

15. Aktiviti Menarik di Pulau Perhentian

pulau perhentian
Kredit : @NizamArchibald

Selain snorkeling di 5 snorkeling point, anda boleh mencuba scuba diving, hiking di kincir angin D’ Lagoon, melawat Kampung Nelayan, kayak di Teluk Dalam, island hopping dan snorkeling di Pulau Rawa yang 10x lebih cantik dan tenang. 

Baca : 11 Aktiviti Di Pulau Perhentian Untuk 3 Hari 2 Malam (2024)

16. Gajet

Sila bawa gajet tahan air atau beg kedap air untuk melindungi telefon dan kamera anda dari air dan pasir. Selain itu, pastikan anda membawa waterproof bag untuk menyimpan gajet sewaktu anda mandi laut, snorkeling dan scuba diving. 

17. Masjid di Pulau Perhentian

Jika anda berkunjung ke Pulau Perhentian pada hari Jumaat, anda boleh experience solat Jumaat di Masjid Pulau Perhentian di Kampung Nelayan. Masjid di Pulau Perhentian ini cukup besar, selesa dan akan memberikan anda experience berbeza dengan keindahan air laut dan deruan ombak yang memukau. 

18. Elektrik di Pulau Perhentian

Majoriti hotel dan resort akan mengalami gangguan bekalan elektrik kerana mereka menggunakan generator sebagai sumber elektrik. Akan tetapi, bekalan elektrik boleh dikatakan stabil dan anda dinasihatkan membawa powerbank sebagai langkah persediaan. 

19. Jeti di Pulau Perhentian

Ada beberapa jeti utama di pulau ini yang menjadi titik tiba dan pergi untuk bot-bot ke Jeti Kuala Besut, termasuk Jeti Coral Bay, Jeti Pulau Perhentian Besar dan Jeti Pulau Perhentian Kecil.

Anda dinasihatkan untuk menginap di tempat penginapan yang ada jeti sendiri atau berada berdekatan dengan jeti. 

Baca : 6 Benda WAJIB Tahu Untuk Pakej Percutian Pulau Perhentian

20. Penggunaan Bahan Terlarang

AADK dengan kerjasama PDRM pernah mengadakan operasi tangkapan rambang ke atas pengunjung di Long Beach dan anda dinasihatkan untuk mematuhi peraturan dan tidak melanggar undang-undang yang melarang anda menghisap ganja, mabuk todi dan bertukar-tukar pasangan. 

21. Budaya Lokal Perhentian

Meskipun Pulau Perhentian adalah destinasi pelancong, budaya lokal masih dipelihara. Hal ini dapat dilihat menerusi makanan lokal yang mempunyai kombinasi Kelantan-Terengganu, bahasa harian dan budaya setempat yang sopan santun dan tidak membuang sampah merata. 

22. Beli Pakej Pulau Perhentian

Anda digalakkan untuk membeli pakej Pulau Perhentian yang all-in termasuk tempat penginapan selama 3 hari 2 malam, boat transfer dari jeti – pulau, makan & minum dan pakej snorkeling padah harga serendah RM700 bersama ARBA Travel. Beli pakej di sini

Kesimpulannya, Pulau Perhentian adalah destinasi pelancongan terbaik di Malaysia dan hal ini terbukti dengan kehadiran ribuan pelancong asing ke pulau ini sepanjang bulan Mac – November. Pastikan anda ikut semua tips di atas sebelum memulakan percutian ke Pulau Perhentian!