PAKEJ TRABZON | LAUT HITAM
5H3M 2024
(PRIVATE TOUR)
INFO TRABZON
✈ 16 JAM 30 MINIT
Dari KL – TRABZON
SUHU
-5°C – 28°C
Trabzon merupakan sebuah wilayah lama yang menjadi bandar Greek ribuan tahun dulu dan kini menjadi tarikan pelancong dari Malaysia yang ingin menikmati keindahan panorama Laut Hitam di latitud tinggi yang kaya dengan sejarah Greek – Turki Uthmaniyah – Turki moden.
Selain kaya dengan sejarah, Trabzon terletak di selatan Laut Hitam. Antara tarikan utama di Trabzon adalah panorama alam semulajadi, sejarah kuno – moden, makanan lokal, lokasi dan seni bina bersejarah, masjid & makam.
Antara tempat menarik di Trabzon adalah Akçaabat, Boztepe Hills, Uzongol Mosque, Gulbahar Hatun, Trabzon Castle, Avrupali Pazari, Altindere Valley dan Atarturk Pavilion.
Antara aktiviti menarik di Trabzon adalah ziarah masjid, foodhunting streetfood, ziarah bazaar, paragliding, Uzongol Swing dan naik cruise rentas Laut Hitam.
TEMPAT MENARIK DI TRABZON
Uzungol Mosque
Landmark & ikon Trabzon yaqni masjid di tepi Tasik Uzungol.
Gulbatar Hatun
Masjid & makam Permaisuri Sultan Mehmed Fatih.
Sumela Monastery
Biara dibina mubaligh Greek pada abad ke 4 Masihi & masih wujud.
Trabzon Castle
Tembok pertahanan empayar Turki Uthmaniyah dari musuh.
Atarturk Pavilion
Banglo 4 tingkat Mustafa Kamal Atarturk kini menjadi muzium.
Avrupali Pazari
Pasar Russia yang dibina pada tahun 1531 kaya dengan sejarah.
Akçaabat City
Bandar pelabuhan di Laut Hitam kaya dengan sejarah & budaya.
Boztepe Hill
Spot sightseeing Trabzon dengan suhu 3°C - 10°C di puncak bukit.
AKTIVITI MENARIK DI TRABZON
Ziarah Masjid
Puluhan masjid klasik dengan senibina dalaman yang indah.
Foodhunting
Foodhunting streetfood di Trabzon yang murah, halal & sedap!
Paragliding
Experience 'bird eye view' Trabzon dengan aktiviti paragliding.
Uzungol Swing
Aktiviti wajib naik buaian di depan Uzongol Lake sambil bergambar.
PERBEZAAN PAKEJ TRABZON ARBA TRAVEL DENGAN YANG LAIN
BUKAN TRIP TOUCH N GO
Tak seperti pakej Laut Hitam lain, kami bawa anda ke tempat best seharian bukan sekadar photostop & sightseeing dari bas.
HOTEL DI CITY CENTER
Jarak hotel anda ke kedai kopi, kedai serbaneka & pasaraya cuma walking distance! Senang nak shopping & makan!
TOUR GUIDE MESRA MALAYSIAN
Tour guide kami memang orang lokal Trabzon yang fasih English & faham keperluan dan citarasa orang Malaysia.
INCLUDE TIPPING 100%
Anda tak perlu bayar apa-apa tipping pada tour guide & driver lagi di Trabzon. Pakej kami include tipping 100%.
NAIK PRIVATE TRANSPORT
Ini trip private, jadi anda akan dapat MPV sendiri untuk trip anda. Tak campur dan bersesak dengan orang lain.
TANPA TOURIST TRAP
Kami faham anda nak healing & bergambar! Kami susun itinerary supaya anda tak penat & pergi tempat yang ada tourist trap.
PAKEJ TRABZON YANG DIPILIH RAKYAT MALAYSIA
SOAL JAWAB PAKEJ TRABZON
Trabzon merupakan sebuah wilayah lama yang menjadi bandar mubaligh Kristian Greek ribuan tahun dulu sebelum kedatangan Islam.
Selepas itu, Trabzon menjadi popular kerana bersemadinya Emine Gulbahar Hatun yang merupakan Permaisuri Sultan Mehmed Fatih.
Selain kaya dengan sejarah, Trabzon terletak di selatan Laut Hitam yang terkenal sebagai destinasi pelancongan orang lokal Turki, Eropah dan Asia Tengah. Antara tarikan utama di Trabzon adalah panorama alam semulajadi, sejarah kuno Greek – Turki Uthmaniyah – Turki moden, makanan lokal, lokasi dan seni bina bersejarah, masjid & makam dan aktiviti menarik sekitar Trabzon.
Trabzon merupakan wilayah yang mengalami 4 musim setiap tahun dan musim sejuk di Trabzon sangat sejuk sehingga mencecah -2ºC ke -5ºC.
Suhu musim panas di Trabzon adalah 26ºC to 29ºC sahaja kerana Trabzon mengalami iklim seakan tropika di musim panas dengan hujan lebat di musim panas.
Ya, boleh. Anda cuma perlu bayar deposit RM500 dan bakinya boleh dibayar 45 hari sebelum tarikh flight.
Tidak. Jarak di antara Trabzon dan Istanbul adalah 880KM.
Trabzon adalah wilayah paling utara di Turki dan jarak Trabzon ke Batumi, Georgia (negara jiran) adalah sekitar 208KM (lebih dekat) berbanding Istanbul.
Keluasan Trabzon adalah 4,685 km² yang memuatkan 18 daerah dan 100+ perkampungan dengan populasi 830,000 orang setakat tahun 2023.
Rujuk : Pakej Turki
Tidak. Akan tetapi, anda boleh beli tiket flight sendiri atau ARBA Travel belikan tiket flight mengikut tarikh yang anda inginkan.
Ya, kerana anda akan naik private transport yang tidak bercampur dengan trip orang lain.
Akan tetapi, anda dinasihatkan menyediakan kasut dan jaket yang sesuai kerana struktur geografi Trabzon yang berbukit dan cuacanya yang berangin.
Waktu terbaik untuk melancong ke Trabzon adalah di musim Spring (bunga) dan musim Autumn (luruh). Elak ke Trabzon di musim panas kerana Trabzon mengalami hujan lebat seperti di Asia Tenggara.
• Musim Spring : Mac – Mei
• Musim Autumn : September – November
Tidak, anda hanya perlukan passport yang sah 6 bulan sebelum tarikh flight.
Ini adalah trip private.
Trip ini lazimnya 2 orang – 10 orang sahaja.
Antara tempat menarik di Trabzon adalah Akçaabat, Boztepe Hills, Uzongol Mosque, Gulbahar Hatun, Trabzon Castle, Avrupali Pazari, Altindere Valley dan Atarturk Pavilion.
Antara aktiviti menarik di Trabzon adalah ziarah masjid, foodhunting streetfood, ziarah bazaar, paragliding, Uzongol Swing dan naik cruise rentas Laut Hitam.
Ya, anda digalakkan bawa sambal, cili sos, mayonis dan makanan pek kembara dari Malaysia.
Ini untuk mengelakkan anda ‘homesick’ dengan makanan Malaysia sepanjang trip ke Trabzon kelak.
INGIN BUAT TEMPAHAN?
Deposit hanya RM500 seorang. Baki bayaran boleh dibuat secara ansuran.
Hubungi kami untuk tempahan.