Pakej Premium Atau Pakej Budget

Untuk pakej Korea Seoul, kami tawarkan dua jenis pakej iaitu Budget & Premium. Beza antara pakej premium dan budget kami adalah pada penginapan.

  • Budget : Hotel Butik
  • Premium : Hotel 3 Star

Gambarannya adalah seperti berikut :

Hotel 3 Star

Untuk hotel 3 star, kemudahan semua lengkap. Kemudahan yang disediakan adalah termasuk tuala, toiletries, dan iron.

Sebagai info, ruang bilik hotel di Korea tidak sebesar hotel 3 star di Malaysia. Korea adalah negara maju & padat, jadi mereka menggunakan ruang dengan sebaiknya.

Harga pakej untuk premium adalah RM3397/seorang. Anda dapat harga ini sekiranya anda book 6 bulan sebelum tarikh trip.

Guesthouse (Hotel Butik)

Untuk guesthouse pula, fasiliti tidaklah semewah hotel. Tapi keperluan semuanya cukup dan penginapan sangat selesa.

Guesthouse masih dapat private room & toilet, dan tidak dikongsi bersama orang lain. Berbanding hotel, keluasan bilik guesthouse adalah lebih kecil sedikit.

Harga pakej budget adalah RM3097/seorang. Anda akan dapat harga ini sekiranya anda book 6 bulan sebelum tarikh trip.

Antara perbezaan lain adalah pada flight. Untuk pakej premium, flight adalah pada pukul 1 pagi, manakala untuk pakej budget, flight pada pukul 8 pagi.

Untuk lihat itinerary pakej Korea ARBA Travel, Klik di sini.