Untuk pakej Korea Seoul, kami tawarkan dua jenis pakej iaitu Budget & Premium. Beza antara pakej premium dan budget kami adalah pada penginapan.
- Budget : Hotel Butik
- Premium : Hotel 3 Star
Gambarannya adalah seperti berikut :
Hotel 3 Star



Untuk hotel 3 star, kemudahan semua lengkap. Kemudahan yang disediakan adalah termasuk tuala, toiletries, dan iron.
Sebagai info, ruang bilik hotel di Korea tidak sebesar hotel 3 star di Malaysia. Korea adalah negara maju & padat, jadi mereka menggunakan ruang dengan sebaiknya.
Harga pakej untuk premium adalah RM3397/seorang. Anda dapat harga ini sekiranya anda book 6 bulan sebelum tarikh trip.
Guesthouse (Hotel Butik)



Untuk guesthouse pula, fasiliti tidaklah semewah hotel. Tapi keperluan semuanya cukup dan penginapan sangat selesa.
Guesthouse masih dapat private room & toilet, dan tidak dikongsi bersama orang lain. Berbanding hotel, keluasan bilik guesthouse adalah lebih kecil sedikit.
Harga pakej budget adalah RM3097/seorang. Anda akan dapat harga ini sekiranya anda book 6 bulan sebelum tarikh trip.
Antara perbezaan lain adalah pada flight. Untuk pakej premium, flight adalah pada pukul 1 pagi, manakala untuk pakej budget, flight pada pukul 8 pagi.
Untuk lihat itinerary pakej Korea ARBA Travel, Klik di sini.