pakej honeymoon bali

2,000 Couple Pilih Pakej Honeymoon Bali Ini Selama 4H3M

Bagi anda yang mencari pakej honeymoon Bali, ini adalah satu artikel yang dapat membantu anda untuk mendapatkan idea atau pilihan pakej. Jika sebelum ini kami pernah menceritakan secara umum mengenai Bali dalam artikel sebelum ini (lihat disini). Jadi dalam artikel terbaru ini kami ceritakan tentang pakej honeymoon Bali 

Honeymoon Bali

pakej honeymoon bali

Mungkin pada waktu ini ada pasangan yang baru berkahwin sedang mencari pakej honeymoon, dan ini adalah artikel yang boleh membantu anda mencari pakej honeymoon Bali 4 hari 3 malam.

Pakej honeymoon ini bukan sahaja untuk mempelai baru yang baru mendirikan rumahtangga, malah pakej ini juga adalah sesuai untuk yang sudah lama berkahwin dan ingin menyambut ulangtahun perkahwinan mereka.

Waktu Yang Sesuai Di Bali

Kalau nak tahu, cuaca di Indonesia sama sahaja seperti di Malaysia kerana Indonesia juga adalah negara beriklim tropika. Sudah tentu di Bali juga ada musim hujan dan menyebabkan Bali kurang sesuai untuk dikunjungi pada waktu itu.

Waktu yang paling sesuai untuk bercuti di Bali adalah antara bulan Mei sehingga September, manakala Oktober sehingga April adalah musim hujan. Bulan Disember hingga Januari adalah bulan yang paling banyak hujan turun dan tidak sesuai untuk melancong ke sini terutama bagi yang ingin ke pantai.

Perjalanan Ke Bali

Bagi anda yang ingin pergi honeymoon di Bali ini, anda perlu membeli tiket penerbangan ke Ngurah Rai International Airport (DPS) dan perjalanan mengambil masa selama 3 jam dari KLIA. Anggaran harga tiket penerbangan Air Asia bermula dari RM600 hingga RM800 pergi balik. Jika anda mengambil penerbangan pada waktu siang, anda boleh add-on makan dalam flight untuk mengisi perut dalam perjalanan nanti.

Oh ya, untuk warganegara Malaysia yang nak masuk ke Indonesia tak perlu apply visa. Anda akan terima visa on-arrival dan visa tersebut boleh digunakan selama 30 hari dari hari ketibaan.

pakej honeymoon bali

Tempat tarikan di Bali

Antara beberapa sebab kenapa Bali menjadi destinasi pilihan pasangan untuk pergi berbulan madu kerana terdapat tempat pelancongan yang memukau mata anda seperti di Tanah Lot, Uluwatu, Tree House, Pantai Pandawa dan banyak lagi tempat yang romantik untuk luangkan masa bersama pasangan anda. Selain itu, Bali merupakan tempat yang tidak terlalu tinggi dan sesuai bagi mereka yang mencari tempat honeymoon dengan harga yang berpatutan.

Itinerari Honeymoon Bali

Bagi anda yang sedang mencari pakej dan itinerari untuk pergi berbulan madu, anda boleh lihat cadangan itinerari dan tempat-tempat mesti anda lawati bersama pasangan ketika di Bali nanti.

Hari pertama

  • Airport Pickup
  • Uluwatu Temple (Famous temple landmark)
  • Check-in Hotel

Hari kedua

  • Transfer hotel to Sanur Jetty
  • Sanur Jetty to Nusa Penida Island
  • Kelingking Beach
  • Diamond Beach 
  • Tree House/ Broken Beach
  • Jimbaran Beach
  • Tree House/Broken Beach
  • Rawatan Spa

ATAU

  • Nusa Dua Watersport
  • Waterblow
  • Pandawa Beach/ Melasti Beach/ Garuda Wisnu Kencana Cultural Park
  • Jimbaran Beach

Hari ketiga

  • Batik outlet
  • Kintamani Mount Batur
  • Tegallalang Paddy Terrace
  • Visit Ubud Coffee Plantation
  • Tegunungan waterfall

Makanan Tradisional Bali

Bila dah sampai di Bali, tak sah la kalau anda tak cuba makan makanan asli Bali. Antara makanan yang anda wajib cuba Nasi Ayam Betutu Gilimanuk, Nasi Bali, Sate Lilit, Wong Solo.

Walaupun terdapat banyak restoran yang menyajikan makanan halal di Bali, tetapi anda tetap perlu berhati-hati masuk ke restoran tersebut. Ini kerana ada sesetengah kedai makan yang menjual makanan tidak halal dalam premis yang sama.

Bagi anda yang pergi honeymoon dan nak experience lain dari yang lain, anda boleh penginapan vila yang ada private pool. Disana anda boleh request untuk floating breakfast di dalam bilik anda. Memorable tau experience ni!

pakej honeymoon bali

Penginapan di Bali

Untuk penginapan anda ada beberapa pilihan. Anda boleh penginap di tepi pantai atau di tengah bandar seperti di Kuta. Anda boleh buat pilih untuk penginap di hotel ataupun di Vila. Tapi jika anda sedang berhoneymoon, penginapan vila ini sangat sesuai untuk anda kerana ada beberapa vila yang tersedia private pool disetiap unit.

Aktiviti Di Bali

Antara tempat-tempat yang mesti pergi di Bali termasuk Kelinking Beach, Diamond Beach, Uluwatu Temple, Tegallalang Paddy Terrace, bagi yang suka minum kopi, Ubud Coffee Plantation wajib pergi untuk pengalaman coffee tasting disana.

Bagi yang nak pergi berbulan madu pula, anda boleh cuba buat rawatan spa bersama pasangan anda.

Artikel ini hanyalah sebagai rujukan bagi anda yang sedang mencari itinerari dan buat bajet untuk bercuti di sana bersama pasangan anda. Jika anda ingin mencari pakej honeymoon, anda boleh lihat itinerari penuh di sini : Pakej Honeymoon Bali