soal jawab pulau perhentian

16 Soal Jawab Pulau Perhentian Untuk First Timer (LENGKAP)

Pengangkutan di sana bagaimana? Sesuai ke bawa anak kecil ke pulau? Akan duduk di Perhentian Kecil atau Besar? Boleh dapat internet ke di sana nanti? Haruslah banyak pertanyaan kan.

Jum go through jawapan kepada soalan-soalan berkenaan Pulau Perhentian!

Pergi Perhentian Kecil atau Perhentian Besar?

Untuk pakej ARBA Travel & Tours, kami akan pergi ke kedua-dua pulau. Anda tak perlu risau berkenaan pengangkutan untuk ke kedua-dua pulau tersebut kerana kami dah cover boat transfer!

Kalau anda sukakan trip yang exclusive, tenang dan santai, Perhentian Besar adalah tempat yang sesuai untuk anda tinggal. Pemandangan dan pantai di Perhentian Besar adalah lebih cantik dan besar.

soal jawab pulau perhentian

Terdapat banyak hotel dan resort mewah yang menyediakan bekalan elektrik 24 jam. Hotel dan resort ini juga mempunyai restoren mereka sendiri. Jadi, sangat mudah untuk guest cari makan.

soal jawab pulau perhentian

Bagi yang sukakan trip ‘happening’ dan tidak gemar duduk diam, bolehlah pergi ke Perhentian Kecil. Suasana lebih meriah di Perhentian Kecil kerana terdapat Fire Show di Long Beach, windmill dan juga Kg. Nelayan. Banyak gerai-gerai yang orang tempatan buka, jadi di sini juga mudah untuk cari makan.

soal jawab pulau perhentian

Baca : 21 Tips Ke Pulau Perhentian Untuk First Timer

Bilakah waktu terbaik untuk ke Pulau Perhentian?

Pulau Perhentian di bahagian Timur mengalami musim monsun dari bulan November hingga Febuari. Jadi, waktu terbaik untuk melancong ke Perhentian adalah pada bulan Mac dan ke atas.

Pada bulan Mac, selalunya kedai tak banyak buka sebab masih diperbaiki akibat monsun. Tapi masih boleh pergi ketika bulan Mac.

Kalau bulan April, keadaan semakin okay. Start bulan Julai hingga Ogos memang cun sebab cuaca panas buat scenery pantai tu lagi ohsem!

Waktu peak season sesak atau tidak?

Sejujurnya, setiap waktu jika musim melancong, Pulau Perhentian akan sentiasa dikunjungi orang ramai. Tapi, sebagai pilihan alternatif, boleh juga ke Pulau Perhentian pada hari biasa atau bukan musim cuti sekolah.

Di manakah tempat perhentian paling mudah jika menaiki kapal terbang?

Kalau naik kapal terbang, boleh turun di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu. Perjalanan dari sini lebih mudah dan dekat berbanding Lapangan Terbang Kuala Terengganu.

Kalau memandu, jarak perjalanan makan masa hampir 2 jam ke Jeti Kuala Besut dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu, dan RM100 kalau naik teksi.

Jadi, buatlah pilihan yang betul untuk jimatkan masa dan duit.

Bagaimana pula jika saya menaiki bas?

Kalau naik bas luar dari Terengganu, boleh berhenti di Stesen Bas Kuala Besut yang lebih dekat dengan jeti.

Kalau tiada ke Kuala Besut, jangan turun di Kota Bharu pula, boleh turun di Jertih, Besut dan kemudian menaiki teksi atau bas ke Jeti Kuala Besut.

Bagaimana cara pergi ke Jeti Kuala Besut dari stesen bas atau lapangan terbang?

Ada beberapa cara untuk ke Jeti Kuala Besut.

Dari Airport Kota Bharu :

  • Boleh naik teksi airport yang diambil di kawasan airport.
  • Boleh juga naik teksi biasa. Anda perlu jalan sedikit ke jalan besar untuk dapatkan perkhidmatan teksi biasa. Tapi selalunya, agak susah untuk dapatkan teksi biasa walaupun pada waktu siang.
  • Selain itu, boleh juga naik bas. Untuk dapatkan bas, perlu jalan juga ke jalan besar dan ke Bandar Kota Bharu, dan kemudian ambil bas ke Kuala Besut. Perjalanan menaiki bas sedikit leceh berbanding menaiki teksi.
  • Ambil pakej ejen-ejen yang menawarkan perkhidmatan ‘shuttle van’ untuk pick-up dari airport. Pilihan ini adalah yang paling senang antara semua.

Dari Stesen Bas Kuala Besut

  • Anda boleh jalan kaki sahaja kerana perjalanan dari stesen bas ke Jeti Kuala Besut agak dekat. Jadi boleh jalan sahaja ikut laluan jalan utama. Anda akan jumpa gerai-gerai dan kedai tempatan di sepanjang jalan.
  • Bagi yang ingin sampai cepat, bolehlah ambil perkhidmatan teksi. Cajnya juga tidaklah mahal kerana jarak yang dekat.

Berapakah jarak dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian?

Perjalanan dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian adalah selama 30 minit.

Dari airport ke jeti, perjalanan adalah selama 45 minit.

Perjalanan dari bus stop ke jeti pula adalah 15 minit walking distance.

Pakej manakah yang sesuai untuk yang bekeluarga?

Untuk keselesaan sekeluarga, pakej budget dan premium adalah lebih sesuai kerana perbezaan dari segi kelengkapan, penginapan dan makan minum berbanding pakej backpacker.

Bagi pakej premium, penginapan adalah Shari-La Resort di Perhentian Kecil. Untuk pakej premium juga disediakan 2 kali breakfast, 2 kali lunch, 1 kali dinner, dan juga 1 kali BBQ dinner di resort.

Bagi pakej budget, penginapan di Perhentian Besar adalah Flora Resort atau Fauna Chalet, manakala di Perhentian Kecil pula adalah Cocohut Resort. Anda boleh pilih untuk tinggal di Perhentian Kecil atau Perhentian Besar. Breakfast disediakan pada hari kedua dan ketiga.

Bagi pakej backpacker, penginapan di Perhentian Besar juga Flora Resort atau Fauna Chalet, manakala penginapan di Perhentian Kecil pula adalah Aur Bay Chalet.

Ketahui lebih lanjut berkenaan Pakej Perhentian ARBA Travel & Tours di sini.

Adakah sesuai untuk bawa anak kecil ke Pulau Perhentian?

Why not? Ramai je pasangan yang sudah melancong ke Pulau Perhentian dengan anak kecil. Tiada masalah buat mereka dan masing-masing dapat merasai pengalaman melakukan aktiviti-aktiviti yang ada melalui perancangan teratur dan sikap tolak ansur.

Bagaimana ‘line/coverage’ internet di Pulau Perhentian?

Walaupun boleh dapat internet di Pulau Perhentian, tapi line atau coverage di sana tak seperti di bandar ye.

Apa yang patut saya pakai atau bawa jika saya ke Pulau Perhentian?

Pakaian dan peralatan yang sesuai adalah bergantung pada aktiviti-aktiviti yang anda ingin lakukan.

Contohnya, kalau nak snorkeling, bolehlah pakai crocs untuk elakkan dari luka terkan terumbu karang.

Kalau ada plan untuk trekking, bolehlah bawa kasut sekali dan yang paling penting, bekalan air yang mencukupi.

Tapi, kalau nak menikmati pantai sahaja tanpa aktiviti extreme, selipar pun cukup dah.

Selain itu, bawa beg kedap udara juga membantu untuk simpan wallet dan phone.

Sebagai peringatan, Pulau Perhentian melarang sama sekali pakaian yang menjolok mata seperti bikini ya.

Apa cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh kita lakukan di Pulau Perhentian?

Tarikan utama Pulau Perhentian adalah pantai yang cantik dan bersih.

Ada pelbagai cadangan aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Perhentian. Antaranya ialah :

  • Snorkeling trip
  • Melihat Fire Show
  • Berkayak
  • Trekking di Windmill
  • Memasuki Marine Park
  • Menikmati BBQ dinner
penyusnorkelingperhentian2018
Aktiviti Snorkeling
soal jawab pulau perhentian
Fire Show di Long Beach. credit: buburesort.com
soal jawab pulau perhentian
Berkayak. credit: catchthatbus blog
soal jawab pulau perhentian
Trekking di Windmill

Adakah penginapan di Pulau Perhentian mempunyai kemudahan elektrik 24 jam?

Bagi penginapan untuk pakej premium ARBA Travel, Shari-La Resort menyediakan bekalan elektrik 24 jam. Untuk pakej budget dan backpacker, ada resort atau chalet yang menyediakan bekalan elektrik pada waktu malam sahaja.

Apakah point-point tumpuan semasa snorkeling?

Jika anda memilih aktiviti snorkeling, tak lengkap kalau tak pergi point-point ni :

  • Coral Point
  • Fish Point
  • Shark Point
  • Turtle Point
  • Lata Air Berani
  • Kg Nelayan

Ada ke perkhidmatan menyewa barang di Pulau Perhentian?

Ada sahaja perkhidmatan menyewa barang di Pulau Perhentian. Dengan ARBA Travel, anda tidak perlu risau pasal equipment snorkeling sebab kami dah cover.

Apa akan berlaku sekiranya hujan waktu snorkeling?

Snorkeling akan di adjust ke hari atau waktu yang lain. Tapi jika cuaca sangat tidak baik selama anda berada di sana, snorkeling tidak dapat dijalankan dan tiada refund kerana faktor cuaca.