pulau perhentian besar vs kecil

10 Perbezaan Pulau Perhentian Besar vs Kecil (Edisi Terkini)

Seperti yang anda sedia maklum, Pulau Perhentian terdiri daripada gugusan beberapa pulau dan setiap pulau mempunyai kelebihan dan keunikannya yang tersendiri. Soalnya, apakah perbezaan di antara Pulau Perhentian Besar vs Kecil? 

Dalam artikel ini, tim ARBA akan kongsikan fakta menarik tentang Pulau Perhentian dan perbezaan Pulau Perhentian Besar vs Kecil hasil temuduga tim ARBA dengan penduduk veteran di sekitar Kampung Nelayan. 

Pastikan anda baca artikel ini sampai habis untuk dapatkan fakta, data dan info terkini berkaitan Pulau Perhentian!

Baca : 7 Resort Terbaik di Perhentian Dengan Swimming Pool (2024)

 

Fakta Menarik Pulau Perhentian

pulau perhentian besar vs kecil

1. Pulau Perhentian mula didiami pada awal abad ke 19 di Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar. Hari ini, kawasan ini adalah di Arwana Perhentian Resort. 

2. Pulau Perhentian mendapat namanya kerana dulunya, pulau ini merupakan tempat persinggahan sementara di musim tengkujuh selain untuk membaiki kapal dan mengambil bekalan makanan & air bersih oleh kapal dagang dari Singgora (Thailand), Champa (Kemboja) dan Ho Chi Minh (Vietnam). 

3. Pulau Perhentian merupakan gugusan pulau yang terdiri daripada Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil, Pulau Susu Dara, Pulau Dara Kecil, Pulau Tokong Kemudi, Pulau Serenggeh, Pulau Teku Burung dan Pulau Rawa. 

4. Kejernihan air laut yang luar biasa dan keindahan hidupan marin di Pulau Perhentian menyebabkan ramai pelancong antarabangsa menjadikan Pulau Perhentian destinasi snorkeling dan scuba diving sejak tahun 1998. 

5. Setakat tahun 2024, terdapat lebih daripada 1,400 orang penduduk di Pulau Perhentian dengan 80% daripadanya terlibat dalam sektor pelancongan dan baki 20% dalam sektor awam sektor peruncitan. 

6. Terdapat lebih daripada 50 spesis batu karang di Pulau Perhentian yang disahkan saintis antarabangsa dan terdapat program memelihara dan memulihara terumbu karang di Pulau Perhentian Kecil iaitu Alunan Coral Project. 

7. Wujud hampir 1,000 buah bilik penginapan terdiri dari kawasan perkhemahan, dorm, chalet taraf rendah, sederhana, resort dan hotel di Pulau Perhentian.

8. Sungguhpun terletak di negeri Terengganu, jarak dari Pulau Perhentian ke Kota Bharu adalah lebih dekat berbanding Kuala Terengganu iaitu 56KM ke Kota Bharu dan 105KM ke Kuala Terengganu. 

9. Terdapat 30 diving point di seluruh Pulau Perhentian dan majoriti pelancong asing ke sini datang untuk mengambil kursus diving secara sah dari PADI

10. Terdapat kemudahan awam yang lengkap di Pulau Perhentian Kecil merangkumi tadika, sekolah rendah, masjid, balairaya, balai polis, klinik kesihatan, pejabat pos dan bomba, lot komersial dan tanah perkuburan. 

 

Perbezaan Pulau Perhentian Besar vs Kecil 

Berikut merupakan kompilasi 10 perbezaan Pulau Perhentian Besar vs Kecil yang anda perlu tahu. Rujuk di bawah. 

Harga 

harga barang di pulau perhentian

Harga barang asas dan makanan adalah lebih murah di Pulau Perhentian Kecil berbanding Pulau Perhentian Besar dan terdapat lebih banyak kedai runcit dan komersial di Pulau Perhentian Kecil.

 

Jeti 

jeti di pulau perhentian

Terdapat lebih banyak jeti di Pulau Perhentian Kecil berbanding Pulau Perhentian Besar kerana ada banyak chalet, hotel dan resort di  Pulau Perhentian Kecil. 

 

Aktiviti 

aktiviti di pulau perhentian

Pulau Perhentian Kecil lebih meriah dengan aktiviti kerana wujudnya kincir angin D’ Lagoon yang membolehkan anda hiking dan Long Beach yang meriah di malam hari berbanding Pulau Perhentian Besar yang lebih tenang dan sunyi. 

Baca : 7 Point Snorkeling Pulau Perhentian Bak Maldives (Terkini)

 

Tempat Menarik 

tempat menarik di di pulau perhentian

Tempat menarik di Pulau Perhentian lazimnya bergantung kepada snorkeling point dan lokasi tarikan pengunjung di malam hari. Snorkeling point di Pulau Perhentian Besar lebih menarik manakala lokasi tarikan pengunjung adalah di Pulau Perhentian Kecil.

 

Hotel & Resort 

hotel di pulau perhentian

Terdapat lebih banyak hotel & resort di Pulau Perhentian Kecil berbanding Pulau Perhentian Besar kerana wujudnya banyak tarikan di Pulau Perhentian Kecil seperti Coral Bay, Long Beach dan Kampung Nelayan. 

 

Makan & Minum 

makan di pulau perhentian

Lebih banyak restoran, cafe dan warung di Pulau Perhentian Kecil berbanding Pulau Perhentian Besar. Anda boleh experience makanan lokal, makanan barat dan minum kopi di Pulau Perhentian Kecil. 

 

Pemandangan 

pemandangan di pulau perhentian

Anda dapat experience sunset di Coral Bay di Pulau Perhentian Kecil dan experience sunrise di Pulau Perhentian Besar khususnya di Teluk Dalam, Pantai Penyu dan Teluk Pauh. 

 

Jumlah Pelancong 

pelancong di pulau perhentian

Terdapat lebih ramai pelancong tempatan dan pelancong asing di Pulau Perhentian Kecil berbanding Pulau Perhentian Besar. Akan tetapi, ada musim di mana pelancong memenuhi Pulau Perhentian Besar untuk acara tahunan. 

Pulau Perhentian Besar Lebih Tenang

Secara kasar, Pulau Perhentian Besar tidak terlalu sibuk dengan pengunjung dan bising dengan kemeriahan seperti di Pulau Perhentian Kecil. Ada pengunjung yang lebih gemar suasana tenang dan sunyi seperti di Pulau Perhentian Besar. 

 

Pulau Perhentian Kecil Lebih Meriah

Majoriti pengunjung menginap di Pulau Perhentian Kecil kerana terdapat banyak kemudahan, restoran, cafe, warung dan pertunjukan di malam hari khususnya di kawasan Long Beach berbanding di Pulau Perhentian Besar. 

Baca : 11 Aktiviti Di Pulau Perhentian Untuk 3 Hari 2 Malam (2024)

Natijahnya, kedua-dua Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil mempunyai kelebihan dan keunikannya yang tersendiri. Pulau Perhentian Besar vs Kecil akan sentiasa mejadi perdebatan orang ramai dan akhirnya, objektif ke Pulau Perhentian adalah apa yang lebih utama.