Pernahkah anda terfikir, apakah aktiviti di Pulau Perhentian yang seringkali dilakukan pengunjung lain? Apa aktiviti lain yang boleh dilakukan selain daripada mandi laut dan snorkeling?
Bertenang, sebenarnya ada lebih dari 10 aktiviti di Pulau Perhentian yang anda boleh buat sepanjang bercuti di Pulau Perhentian.
“Berenang bukan sekadar sukan, tapi satu cara untuk melepaskan diri, bernafas dan mendapat ketenangan dalam hidup.”
Ini kompilasi aktiviti di Pulau Perhentian yang anda boleh buat. Jangan takut untuk cuba salah satu daripada aktiviti yang dikongsikan di dalam artikel ini di Pulau Perhentian kelak!
Baca : Step By Step Cara Ke Pulau Perhentian (Bas, Kereta & Flight)
11 Aktiviti di Pulau Perhentian Untuk 3 Hari 2 Malam
1. Snorkeling
Snorkeling di Pulau Perhentian adalah mustahil untuk dilepaskan oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini. Dengan perairan yang jernih, anda dapat melihat pelbagai spesies ikan tropika dan terumbu karang yang berwarna-warni.
9 dari 10 orang yang snorkeling di Pulau Perhentian lazimnya akan terkesima dengan warna warni kehidupan marin bak di Maldives yang hanya berjarak 8 jam dari Kuala Lumpur.
Baca : 7 Point Snorkeling Pulau Perhentian Bak Maldives (Terkini)
2. Kayak
Mendayung kayak di sekitar Pulau Perhentian memberikan perspektif yang berbeza dari keindahan pantai dan laut.
Kayak memberikan anda experience bebas di atas yang tenang, sambil ditemani panorama laut biru yang luas di depan mata. Memang luar biasa. Anda boleh sewa kayak di Pulau Perhentian serendah RM50 sahaja.
3. Scuba Diving
Scuba diving adalah salah satu aktiviti yang paling mendebarkan di Pulau Perhentian. Untuk info, terdapat 30 diving point di seluruh Pulau Perhentian dan setiap point memberikan panorama dan experience yang berbeza.
Anda akan takjub dengan ikan pari manta yang boleh dijumpai di kapal gula yang karam di perairan Pulau Perhentian. Anda boleh cuba scuba diving di Pulau Perhentian dari RM250 sahaja.
4. Mandi Laut
Berendam di laut yang jernih dan hangat Pulau Perhentian adalah aktiviti wajib yang menyegarkan. Tiada waktu yang spesifik untuk mandi laut di Pulau Perhentian kerana anda boleh akses ke laut 24 jam dan experience mandi laut di waktu siang dan malam juga berbeza.
Anda dinasihatkan memakai pakaian kalis UV (UV protection) sewaktu mandi laut di siang hari atau sekurang-kurangnya menyapu sunscreen pada permukaan kulit untuk mengelakkan kulit anda terbakar.
5. Rasa Makanan Lokal
Makanan lokal Pulau Perhentian juga tak kalah menarik. Ada lebih 30 juadah versi pantai timur yang anda boleh cuba sepanjang trip di Pulau Perhentian.
Bayangkan, anda makan nasi dagang bersama kuih tradisional Melayu di depan pantai yang pasirnya putih, airnya jernih dan langit membiru. Harga makanan di Pulau Perhentian adalah lebih mahal, jadi pastikan anda sediakan tunai (cash) atau bayar melalui QR Pay.
6. Solat di Masjid Terapung
Sebagai seorang Muslim, mengunjungi masjid untuk beribadah adalah pengalaman yang sangat berkesan. Masjid yang terletak di atas air ini tidak hanya menawarkan ruang solat yang damai tetapi juga pemandangan laut yang menyejukkan hati.
Menurut orang lokal, ramai pelancong asing dari Eropah yang menganut agama Islam selepas menjejakkan kaki ke Masjid Terapung di Pulau Perhentian selepas melihat keindahan masjid dan akhlak mulia penduduk sekitar di Pulau Perhentian.
Experience paling best di Masjid Terapung adalah solat Jumaat di mana anda boleh experience bukan sahaja warga lokal, tetapi pelancong asing juga akan solat Jumaat. Khutbah Jumaat juga mampu didengari di seluruh Pulau Perhentian.
7. Lihat Penyu Bertelur
Lazimnya, penyu akan naik ke darat pada waktu malam untuk bertelur dan anda boleh experience proses ini di Pulau Perhentian tanpa perlu bayar apa-apa.
Aktiviti melihat penyu bertelur sesuai sebagai aktiviti keluarga selain memberi kesedaran dan pengajaran tentang ekosistem alam semulajadi di Pulau Perhentian.
8. Lawat Kampung Nelayan
Kampung Nelayan di Pulau Perhentian adalah sebuah perkampungan lokal sebenar yang menjadi nadi utama penduduk di Pulau Perhentian.
Anda boleh experience adat, budaya dan tradisi orang lokal Pulau Perhentian di sini yang mempunyai asimilasi budaya negeri Terengganu dan Kelantan.
9. Hiking di Kincir Angin
Hiking ke kincir angin di atas bukit menawarkan salah satu pemandangan terbaik di Pulau Perhentian. Trek hiking yang dikelilingi pokok hijau dan panorama laut yang jernih merupakan satu momen yang tak mungkin anda dapat lupakan.
Tahukah anda, ramai pengunjung warga emas berjaya menghabiskan pendakian ke kincir angin ini dalam masa 45 minit? Jika anda berumur bawah 40 tahun, anda mungkin boleh buat lebih cepat daripada itu!
10. Lihat Sunset dan Sunrise
Melihat matahari terbit dan terbenam di Pulau Perhentian adalah salah satu aktiviti wajib tak kira anda akan menginap di Pulau Perhentian Besar atau Kecil.
Fenomena sunset dan sunrise di Pulau Perhentian sangat unik kerana langit seolah-olah menjadi lukisan yang sempurna dengan kombinasi warna biru muda, oren, merah dan purple.
Tempat tercantik untuk melihat sunrise adalah di Long Beach dan tempat tercantik untuk melihat sunset adalah di Coral Bay.
Baca : 22 Tips Persediaan Ke Pulau Perhentian Untuk First Timer
11. Lata Air Berani
Mandi air terjun di Lata Air Berani adalah satu cara yang bijak untuk mengakhiri hari anda di Pulau Perhentian. Kesejukan air terjun kecil di Pulau Perhentian Besar ini mampu memberi kesegaran berpanjangan pada anda untuk tidur lena di malam hari.
Lata Air Berani ini kekal sebagai air terjun yang terpelihara dan anda perlu menaiki bot untuk akses ke lokasi ini.
Kesimpulannya, ada banyak aktiviti di Pulau Perhentian yang anda boleh buat dan mustahil untuk anda merasa bosan di Pulau Perhentian melainkan anda sakit.
Nikmati kemewahan alam di Pulau Perhentian kita yang dicemburui orang Eropah yang sanggup datang dari jauh dan menghabiskan wang untuk experience aktiviti di Pulau Perhentian. Moga trip Pulau Perhentian anda membawa experience baru untuk anda kelak.