Buat pengetahuan anda yang ingin tahu cara ke Pulau Perhentian, sebenarnya ada tiga cara yang anda boleh gunakan untuk bercuti ke Pulau Perhentian.
Dalam artikel ini, anda akan didedahkan dengan tiga cara ke Pulau Perhentian hasil pengalaman tim ARBA yang menguruskan pakej Pulau Perhentian sejak tahun 2018.
Selesai membaca artikel ini, anda akan tahu cara paling jimat dan cara paling cepat ke Pulau Perhentian. Teruskan membaca sampai habis.
Baca : 11 Aktiviti Di Pulau Perhentian Untuk 3 Hari 2 Malam (2024)
Cara Ke Pulau Perhentian
Ada tiga cara untuk ke Pulau Perhentian samada dengan cara memandu kereta, menaiki bas persiaran dan menaiki kapal terbang :
1. Menaiki Kereta
Dari selatan Semenanjung Malaysia :
1. Ikut jalan Endau-Rompin dan terus masuk ke Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Kemudian, anda keluar dari lebuhraya menerusi Plaza Tol Kuala Terengganu dan teruskan perjalanan ke Jeti Kuala Besut.
2. Ikut PLUS Expressways dan keluar dari lebuhraya menerusi Plaza Tol Yong Peng dan ikut laluan lama Muadzam Shah – Gambang. Kemudian, masuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan keluar dari lebuhraya menerusi Plaza Tol Kuala Terengganu dan teruskan perjalanan ke Jeti Kuala Besut.
Dari Lembah Klang :
1. Ikut Lebuhraya Karak (Karak Expressway) menerusi Plaza Tol Gombak dan masuk ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan terus ke Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Kemudian, keluar dari lebuhraya menerusi Plaza Tol Kuala Terengganu dan teruskan perjalanan ke Jeti Kuala Besut.
Dari utara Semenanjung Malaysia :
1. Ikut PLUS Expressways dan masuk ke Jalan Baling – Grik sehingga ke Ayer Lanas. Kemudian, ikut jalan ke Machang dan teruskan perjalanan ke Jeti Kuala Besut.
2. Dari Perak, ikut jalan Simpang Pulai – Gua Musang. Kemudian, ikut jalan ke Kuala Krai – Machang dan teruskan perjalanan ke Jeti Kuala Besut.
2. Menaiki Bas Persiaran
Tak kisah anda dari negeri dan daerah mana di semenanjung Malaysia, anda boleh menaiki apa-apa bas persiaran ke Kuala Besut, Terengganu. Dari Terminal Bas & Teksi Besut, hanya 800 meter berjalan kaki ke Jeti Kuala Besut.
Anda boleh beli tiket bas online ke Kuala Besut dari redBus Malaysia, easybook.com dan ETicketing.
3. Menaiki Kapal Terbang
Beli tiket kapal terbang dari lapangan terbang berdekatan anda ke Kota Bharu yang akan turun di Sultan Ismail Petra Airport. Jarak dari KLIA ke Kota Bharu adalah sekitar 1 jam 10 minit sahaja.
Anda boleh beli tiket kapal terbang melalui MAS Airlines, AirAsia dan Batik Air bergantung kepada waktu dan tarikh penerbangan mereka.
Cara Ke Pulau Perhentian Paling Jimat
Cara paling jimat ke Pulau Perhentian adalah dengan menaiki bas persiaran kerana anda tidak perlu bayar petrol dan tol. Anda hanya perlu bayar tambang bas sahaja dan harganya sekitar RM38 – RM50 sehala bergantung kepada jenis kerusi dan bas.
Cara Ke Pulau Perhentian Paling Cepat
Cara paling cepat ke Pulau Perhentian adalah dengan menaiki kapal terbang kerana anda hanya mengambil masa 1 jam 10 minit dari KLIA ke Kota Bharu (KBR) sahaja.
Dari Sultan Ismail Petra Airport, anda boleh menaiki coaster ke Jeti Kuala Besut yang berharga RM60 – RM100 seorang untuk perjalanan 1 jam bergantung kepada trafik.
3 Tips Ke Pulau Perhentian
Tim ARBA kongsikan tiga tips paling penting yang anda perlu tahu sebelum bercuti ke Pulau Perhentian. Rujuk poin di bawah.
1. Tempah Hotel Lebih Awal
Sebelum anda bercuti ke Pulau Perhentian, anda perlu pastikan yang anda telah tempah hotel lebih awal. Hal ini kerana, Pulau Perhentian merupakan destinasi pelancongan yang bukan sahaja popular di kalangan orang tempatan, bahkan di kalangan pelancong antarabangsa.
Baca : 7 Resort Terbaik di Perhentian Dengan Swimming Pool (2024)
Beli Pakej Snorkeling
Tak sah kalau anda ke Pulau Perhentian tanpa mengikuti aktiviti snorkeling. Harga pakej snorkeling di Pulau Perhentian sangat murah, bermula RM30 – RM80 bergantung kepada jumlah snorkeling point. Jika anda ingin point snorkeling yang lebih menarik, anda boleh beli pakej snorkeling di Pulau Rawa yang berharga RM100.
Baca : 7 Point Snorkeling Pulau Perhentian Bak Maldives (Terkini)
Semak Musim & Cuaca
Pulau Perhentian terletak di negeri Terengganu Darul Iman yang mengalami musim tengkujuh sepanjang bulan November – Mac setiap tahun.
Dalam tempoh ini, Pulau Perhentian akan ditutup dari pelancong asing kerana ombak terlalu kuat dan landskap pulau yang dinaiki air.
Baca : 22 Tips Persediaan Ke Pulau Perhentian Untuk First Timer
Waktu terbaik untuk pergi ke Pulau Perhentian adalah dari bulan April – September. Pulau Perhentian akan dibanjiri dengan pelancong asing sepanjang bulan Jun – Ogos setiap tahun.
Alhasil, ada banyak cara ke Pulau Perhentian yang anda boleh cuba bergantung kepada lokasi anda. Apa yang pasti, perjalanan ke Pulau Perhentian sangat berbaloi kerana Pulau Perhentian adalah pulau tercantik di Malaysia dan mempunyai keunikan yang tiada dua di mana-mana.