Pakej Percutian Sabah Bajet 4 hari 3 malam

Tentang Sabah

Anda sedang mencari pakej percutian dengan family cuti sekolah nanti? Dan jika anda ada bercadang untuk mengambil pakej percutian Sabah bajet 4 hari 3 malam dengan keluarga, artikel ini sesuai untuk anda.

Mungkin ada sesetengah dari anda tahu tentang negeri Sabah ni, mungkin juga tidak. Jika anda nak tahu, negeri di bawah bayu ini merupakan tempat tarikan pelancongan yang terkenal, bukan sahaja di Malaysia malah pelancong dari luar negara juga suka datang ke sini.

Sabah ini dikenali dengan keindahan Gunung Kinabalu yang terletak di Kundasang. Untuk ke bercuti disini, sekurang-kurangnya anda perlu ambil pakej percutian Sabah bajet 4 hari 3 malam untuk menerokai tempat-tempat yang menarik yang ada di Sabah.

Selain itu, kawasan sekitar sini sangat sesuai bagi setiap peringkat umur termasuklah kanak-kanak dan warga emas. Tak kurang juga bagi pasangan yang baru berkahwin yang memilih Sabah sebagai destinasi honeymoon mereka. Tak kurang juga bagi mereka yang ingin menyambut ulangtahun perkahwinan di dalam negara. Feeling honeymoon seperti di overseas tapi dalam Malaysia je!

Kundasang Sabah

Perjalanan Dari Semenanjung ke Kota Kinabalu

Kalau nak tahu, Sabah ada dua international airport iaitu Kota Kinabalu Airport (BKI) dan Tawau Airport (TWU). Jika anda dari semenanjung yang ingin berkunjung ke Kota Kinabalu dan Kundasang, anda perlu beli tiket untuk penerbangan ke Kota Kinabalu (BKI). Anggaran harga tiket penerbangan Air Asia RM300 ke RM600 pergi balik. Perjalanan dari Kuala Lumpur masa selama 2 jam 30 minit, jadi anda dinasihatkan untuk add-on makanan di dalam flight jika penerbangan anda waktu siang.

Tempat-tempat menarik di Sabah

Terdapat banyak tempat-tempat tarikan pelancongan di Kundasang seperti DESA Dairy Farm, pemandangan Gunung Kinabalu, Nabalu Market, Canopy Walk, Tanjung Aru. Jadi tak hairanlah Sabah terkenal dan kaya dengan tarikan keindahan alam semulajadi.

Manakala di Kota Kinabalu pula ada Masjid Bandaraya, Bangunan Yayasan, Pulau Manukan, Pulau Sapi dan tempat makan seafood yang fresh dengan harga yang lebih murah berbanding di Semenanjung.

Lebih lama anda berada di Sabah, lebih banyak tempat menarik yang anda boleh lawati. Oleh itu, kami cadangkan untuk anda mengambil pakej percutian Sabah selama 4 hari 3 malam untuk menerokai tempat dan gaya hidup orang Sabah.

Itinerari Kota Kinabalu-Kundansang pakej percutian Sabah bajet 4 hari 3 malam

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Dalam perjalanan ke Kundasang, anda boleh singgah beberapa tempat tarikan pelancong yang harus anda dikunjungi ketika berada di Sabah.

Hari Pertama:-

  • Tiba di Kota Kinabalu dan terus ke Kundasang
  • Rumah Terbalik – Salah satu tarikan pelancong.
  • Nabalu Market – jual barang kraftangan dan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu

Pada hari pertama ini anda boleh teruskan perjalanan anda ke Kundasang. Dari Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa selama 2 jam dan perjalanan ke sana agak mendaki bukit. Jadi pastikan kenderaan yang anda sewa sesuai untuk dipandu ke sana nanti.

Dalam perjalanan ke Kundasang anda bolehlah singgah ke Rumah Terbalik yang sesuai untuk bergambar bersama anak-anak. Kemudian anda boleh teruskan perjalanan anda ke Nabalu Market yang sesuai untuk mak-mak shopping buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.

Di Nabalu market ni anda dah boleh nampak Gunung Kinabalu dengan jelas, jadi lupa untuk ambil gambar bersama family untuk kenangan nanti. Untuk penginapan di Kundasang pula, anda boleh sewa homestay di Kinabalu Pine atau Mesilou bagi yang ada family ada lebih dari 5 orang ahli keluarga.

Kinabalu Pine Resort
Pemandangan dari Kinabalu Pine

Hari ke-2 :-

  • DESA Dairy Farm – Pemandangan seperti di New Zealand
  • Poring Hot Spring – Rendam kaki dalam kolam air panas
  • Canopy Walk – Berjalan di jambatan gantung dalam hutan
  • Fish Spa – Rendam kaki dalam kolan yang penuh dengan ikan
  • Rabbit Farm – Bermain dengan arnab / pet zoo

Pada hari kedua pula, anda boleh drive atau minta tour guide anda untuk bawa ke DESA Dairy Farm untuk lihat lembu-lembu seperti di New Zealand. Di sana anda boleh makan gelato yang diperbuat dari susu lembu, dan rasanya sangat sedap!

Pastikan anda cuba gelato di sana nanti. Selain makan gelato, anda juga boleh cuba experience yang lain juga seperti beri minum susu pada anak lembu.

Gelato DESA Farm

Dari DESA Farm anda boleh teruskan perjalanan ke Canopy Walk dan fish spa. Dua tempat ini berada dalam dikawasan yang sama. Anda boleh singgah di sini dan cuba experience yang baru untuk berjalan di jambatan gantung. Selepas itu anda boleh teruskan perjalanan ke fish spa.

Di fish spa anda boleh masukkan kaki anda ke dalam air sungai dan biarkan ikan-ikan makan kulit mati dikaki anda. Tempat ini sangat relaxing dan memang sesuai bukan sahaja bawa anak-anak, tetapi warga emas juga pasti akan menyukai tempat ini. Destinasi seterusnya ke rabbit farm pula. Di sini anda akan merasai pengalaman masuk ke dalam taman arnab serta bermain dengan arnab.

Bergerak ke Kota Kinabalu

  • Singgah makan Lokan Bakar – Makanan lokal Sabah
  • Dinner di Anjung Senja Seafood – Makan seafood fresh

Anda disarankan untuk cuba lokan bakar waktu dalam perjalanan ke arah Kota Kinabalu. Lokan ini bentuknya seperti kepah dan rasanya lain dari yang lain. Selain itu anda juga perlu cuba kelapa bakar. Makanan ini sangat jarang dijumpai di semenanjung.

Hari ke-3:-

  • Aktiviti air di Pulau Manukan – Sea-walking / Parasailing / Banana boat
  • Aktiviti snorkeling di Pulau Sapi
  • Tanjung Aru Beach – Lihat matahari terbenam

Seterusnya pada hari ketiga anda boleh lakukan aktiviti air di Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Di Pulau ini ada boleh lakukan aktiviti seperti snorkerling, sea walking, parasailing atau naik banana boat. Petangnya pula anda boleh lihat permandangan matahari terbenam di Tanjung Aru.

Sunset Tanjung Aru

Hari ke-4:-

  • Bergambar di Masjid Bandaraya
  • Bangunan Yayasan
  • Filipino Market – Jual barangan kraftangan / souvenir
  • Jamilah Souvenir – Jual souvenir

Extra Tips:-

Bagi anda yang first time datang ke Sabah ni, kami cadangkan untuk anda mengambil flight awal pagi untuk nikmati lebih lama pada hari pertama di sini nanti. Untuk memastikan perjalanan anda lancar, anda perlu maklumkan kepada tour guide anda lebih awal ketibaan anda untuk mereka bersedia mengambil anda di airport nanti.

Waktu yang paling sesuai untuk ke KK-Kundasang ni sepanjang tahun dan anda boleh pergi bila-bila masa bila yang anda mahu. Jadi ini memudahkan untuk anda decide bila anda nak bercuti-cuti di Sabah.

Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mencari pakej yang sesuai dengan masa dan bajet anda yang sedang mencari pakej Sabah. Selamat bercuti!