Langkah Untuk Memohon Visa Australia (ETA)
1. Semak validity passport.
Sebelum memohon ETA, anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai passport yang layak dan sah.
Kami mencadangkan anda memperbaharui passport anda jika anda mempunyai baki kurang daripada 6 bulan kesahihan passport anda.
2. Muat turun apps ETA Australia
Buat masa ini, apps untuk ETA hanya tersedia melalui apps AustralianETA. Anda boleh mencari apps tersebut di App Store atau Google Play Store.
Semua pemegang passport yang layak ETA kini boleh memohon dengan mudah pada telefon bimbit anda hanya dalam beberapa minit:
- Pastikan telefon bimbit anda mempunyai kamera berfungsi.
- Pastikan telefon bimbit anda mempunyai NFC (search di Google jika model telefon anda mempunyai NFC).
- Pastikan telefon bimbit and enable location.
3. Imbas passport & scan cip passport
Pastikan passport ada bersama anda semasa memohon.
Langkah pertama proses permohonan memerlukan diri anda dinyatakan sebagai pemohon baharu, kemudian mengimbas halaman biodata passport anda.
Anda boleh lihat di halaman kedua passport anda, yang merangkumi semua maklumat seperti nama, tarikh lahir dan nombor passport anda.
Seterusnya, apps itu perlu mengimbas passport anda.
Jika telefon bimbit anda sudah dihidupkan NFC, letakkan sahaja di atas passport anda dan biarkan telefon bimbit anda untuk scan.
Kami cadang agar anda buka sarung telefon anda untuk langkah ini agar telefon anda mengimbas dengan lebih baik.
4. Selfie diri anda.
Seterusnya, anda perlu mengambil gambar diri anda pada apps AustralianETA, langkah ini untuk memastikan bahawa pemegang passport yang betul memohon ETA.
Pastikan anda mempunyai lighting yang mencukupi dan wajah anda dapat dilihat dengan jelas semasa mengambil gambar.
5. Mohon ETA baharu.
Setelah anda berjaya mendaftarkan diri anda sebagai pemohon baharu pada apps, anda boleh meneruskan permohonan untuk ETA baharu.
Kemudian, anda perlu memilih profil pemohon anda. dan jawab beberapa soalan mudah mengenai:
- Jenis ETA yang anda minta dan lokasi semasa anda.
- Sebarang sabitan jenayah lampau.
- Butiran hubungan anda di Australia.
6. Pembayaran perkhidmatan ETA.
Visa ETA Australia sendiri adalah percuma, tetapi kos perkhidmatan untuk permohonan berjumlah AUD$20. (RM69.59)
Anda boleh menggunakan ApplePay, kad debit atau kad kredit untuk pembayaran.
7. Hantar permohonan anda.
Selepas menyelesaikan pembayaran, anda boleh meneruskan untuk menyerahkan permohonan ETA anda. Kebanyakan kes, anda akan dimaklumkan melalui e-mel mengenai keputusan permohonan anda dalam masa 24 jam akan datang.
Walau bagaimanapun, permohonan anda mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk diproses jika anda tidak mengisinya dengan betul.
Tips Tambahan 📝
1. Mohon ETA awal
Kebanyakan permohonan ETA biasanya diluluskan dalam masa 24 jam selepas memohon, tetapi dalam beberapa kes, anda mungkin diminta untuk memberikan maklumat lanjut.
Kadangkala sehingga lebih sebulan untuk mendapatkan kelulusan, jadi kami cadangkan anda memohon lebih awal
2. Selesai urusan lain selepas mendapat ETA.
3. Sediakan dokumen yang diperlukan sebelum membuat permohonan.
4. Mohon secara kumpulan bersama-sama pada aplikasi yang sama.
SIAP SEGERA
Tak perlu tunggu 24 jam. Visa siap serta merta selepas anda isi borang online.
MUDAH & DIPERCAYAI
Berpengalaman menguruskan lebih 6000 passport rakyat Malaysia ke Australia.
LANGKAH #2
Buat bayaran penuh secara online banking.
LANGKAH #3
Selepas bayaran berjaya di buat, link borang permohonan akan diberikan dalam email.
Isi dan keputusan visa akan dapat serta merta selepas itu.
SOAL JAWAB
1. Anda akan dapat email dari pihak Visa ETA Ausralia (eta.contact@ivisa.com.au)
2. Kami juga akan berikan detail permohonan melalui email.
Sistem kami akan berikan status permohonan anda serta merta.
Tidak perlu tunggu selama 24 jam.
Jika visa ETA anda tidak lulus, anda hendaklah membuat rayuan melalui email kepada pihak kedutaan Australia.
Validity : 12 month
Maximum stay : 3 month
Boleh untuk negara yang tersenarai di bawah :
Untuk negara selain di atas, anda perlu pergi mohon sendiri di kedutaan Australia yang terdekat.
Anda dijamin selamat berurusan dengan kami kerana :
- Kami adalah syarikat berlesen di bawah Kementerian Pelancongan.
- Semua bayaran dibuat menggunakan akaun syarikat ARBA Travel.
Penipuan kerap berlaku apabila anda berurusan dengan individu yang meminta anda membuat pembayaran ke akaun peribadi.
Jika syarikat berlesen membuat sebarang penipuan, anda dilindungi oleh Tribunal Pengguna.