Sebenarnya, ada banyak hotel di Pulau Perhentian dan proses memilih hotel yang tepat untuk bercuti di Pulau Perhentian sebenarnya agak sukar kerana ada terlalu banyak pilihan.
Lewat memilih hotel yang betul akan menyebabkan anda terlepas hotel yang best di Pulau Perhentian dan berkemungkinan besar trip Perhentian anda boleh terbatal kerana tiada kekosongan bilik!
“Hotel yang anda akan tidur dalam percutian penting untuk bantu anda dapat mimpi indah yang anda akan ingat sampai bila-bila.”
Baca : 22 Tips Persediaan Ke Pulau Perhentian Untuk First Timer
Namun begitu, anda tak perlu risau kerana ARBA akan kongsikan 11 hotel di Pulau Perhentian untuk anda bermalam selama 3 hari 2 malam dengan bajet dari RM300. Pastikan anda baca semua senarai hotel beserta review dari kami.
Baca : 6 Benda WAJIB Tahu Untuk Pakej Percutian Pulau Perhentian
Tips Memilih Hotel di Pulau Perhentian
Ini merupakan tips yang penting untuk anda yang pertama kali ingin bercuti di Pulau Perhentian supaya dapat experience sebenar sepanjang bercuti di Pulau Perhentian.
a. Jumlah Katil
Pastikan setiap orang yang mengikuti percutian ke Pulau Perhentian mendapat katil mereka. Jangan kedekut untuk berkongsi katil kerana tiada orang yang ingin bersesak-sesak dan tidur dalam keadaan tidak selesa di Pulau Perhentian.
b. Jarak Ke Jeti
Pilihlah hotel yang mempunyai jeti sendiri atau sekurang-kurangnya berada sekitar 100 meter – 200 meter dari jeti. Hal ini kerana, tidak semua hotel di Pulau Perhentian mempunyai jeti mereka sendiri.
c. Restoran
Majoriti hotel 2 star ke atas mempunyai restoran mereka untuk anda sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Luangkan sedikit masa dengan buat research tentang restoran di sekitar hotel anda jika anda ingin menu yang berbeza dari makanan hotel yang tipikal.
d. Taman Tema Air
Jika anda bercuti ke Pulau Perhentian dengan kanak-kanak, anda disarankan memilih hotel yang mempunyai taman tema air untuk memberi peluang dan ruang kanak-kanak bersuka ria.
e. Akses Ke Laut
Tak ramai yang tahu, ada sesetengah hotel terletak jauh dari pantai dan laut menyebabkan anda terpaksa berjalan kaki jauh sambil membawa barangan peribadi semata-mata untuk ke pantai. Pastikan hotel anda mempunyai akses ke laut.
Baca : 7 Resort Terbaik di Perhentian Dengan Swimming Pool (2024)
Hotel di Perhentian Kecil
1. Shari-La Island Resort: 3 Keunikan yang Menarik Pelancong
Shari-La Island Resort terkenal dengan pantainya yang indah dan pemandangan matahari terbenam yang spektakuler. Keunikan resort ini termasuk perkhidmatannya yang mesra, aktiviti air yang menarik, dan makanan laut yang segar dimasak secara grill. Ideal untuk mereka yang mencari ketenangan bersama keluarga atau pasangan.
2. Ombak Dive Resort: Pilihan Terbaik untuk Pencinta Aktiviti Selam
Bagi yang berminat dengan selam skuba atau snorkeling, Ombak Dive Resort adalah resort yang sesuai untuk anda. Resort ini menawarkan kursus selam yang bertauliah dan akses mudah ke beberapa point snorkeling dan point diving terbaik di sekitar Pulau Perhentian. Bahkan, majoriti PADI divers bertauliah akan berkumpul di sini.
3. MIMPI Perhentian Resort: Gabungan Mewah dan Alam Semula Jadi
MIMPI Perhentian Resort menawarkan pengalaman menginap yang mewah dengan suasana yang tenang dan pemandangan yang memukau.
Fasilitinya yang lengkap dan dekorasi yang elegan akan membuatkan anda sukar melupakan pengalaman di Pulau Perhentian sampai bila-bila. MIMPI Perhentian Resort mempunyai jeti sendiri dan terletak di Long Beach yang meriah setiap malam.
4. BuBu Long Beach Resort: Keistimewaan dan Pelayanan Terbaik
Terletak di salah satu pantai terpanjang di Perhentian Kecil, BuBu Long Beach Resort menjanjikan privasi dan kedamaian kepada anda yang bakal menginap di sini.
Dengan aktiviti pantai yang beragam dan layanan spa, ia merupakan pilihan utama untuk bersantai dan healing selama 3 hari 2 malam dengan pemandangan sunrise setiap hari. BuBu Long Beach Resort hanya 200 meter dari jeti berdekatan.
5. BuBu Villa: Privasi dan Eksklusif di Tepi Pantai
BuBu Villa menyediakan pengalaman yang lebih eksklusif dan private dengan bilik-bilik yang terhad dan pemandangan laut yang menakjubkan. Ideal untuk bulan madu atau sesiapa yang mencari ketenangan eksklusif.
BuBu Villa adalah satu-satunya hotel yang sentiasa penuh sepanjang Mei – Ogos dan menjadi buruan pelancong antarabangsa dan tempatan.
6. Alunan Resort: Pengalaman Bermalam Menyatu dengan Alam
Alunan Resort menawarkan pengalaman unik dengan binaannya yang eco-friendly dan terletak di tebing Pantai Petani. Dengan teras yang menghadap laut, ia adalah tempat yang sempurna untuk menenangkan jiwa dan menikmati keindahan alam.
Ramai yang tak tahu bahawa Alunan Resort mempunyai projek pemulihan terumbu karang dengan saintis antarabangsa dan anda boleh snorkeling & scuba diving 24 jam melihat terumbu karang di depan Alunan Resort.
Hotel di Perhentian Besar
7. Arwana Perhentian Resort: Tempat Terbaik untuk Keluarga
Arwana Perhentian Resort adalah pilihan yang sesuai untuk keluarga, dengan fasiliti seperti kolam renang, wayang pacak dan mini fireshow. Antara kelebihannya adalah air yang tenang sepanjang hari dan sangat sesuai untuk aktiviti kayak yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur.
Arwana Perhentian Resort terletak berdekatan dengan beberapa tarikan seperti Shark Point dan Lata Air Berani dan menyediakan program pendidikan alam.
8. Flora Bay Resort: Menyediakan Keselesaan dalam Keindahan Alam
Flora Bay Resort, dengan akses mudah ke pantai dan hutan, adalah destinasi yang ideal untuk penggemar alam semulajadi. Resort ini menawarkan pelbagai jenis penginapan yang selesa dan aktiviti luar yang menarik seperti kayak, snorkeling dan diving.
Anda boleh berjalan sepanjang pantai ke Shark Point, Turtle Point dan akhirnya ke Teluk Keke untuk melihat keindahan terumbu karang dan ikan berwarna warni.
9. The Bharat Perhentian
The Bharat Perhentian menggabungkan unsur senibina tradisional Melayu dan moden yang akhirnya mencipta satu suasana yang unik dan memikat.
Resort ini ideal untuk mereka yang mencari pengalaman budaya dalam keselesaan dengan pemandangan sunset yang indah setiap hari.
10. Coral View Island Resort: Nikmati Panorama Laut yang Mempesona
Terletak di titik strategik di Perhentian Besar, Coral View Island Resort merupakan satu-satunya hotel yang memberikan anda experience sunset dan sunrise serentak dalam satu hotel!
Coral View Island Resort turut menawarkan pemandangan laut yang luar biasa dan akses mudah ke air terjun dan trek hiking. Penginapan ini sempurna bagi mereka yang ingin experience aktiviti air dan bersantai tanpa perlu berbuat apa-apa sepanjang trip.
11. Perhentian Island Resort
Perhentian Island Resort dikenali dengan pantai pasir putihnya yang bersih dan air laut yang jernih. Dengan kemudahan seperti spa, kolam renang, dan aktiviti pantai, resort ini menyediakan segala yang diperlukan untuk pengalaman yang menyegarkan dan menghiburkan.
Alhasil, terdapat lebih daripada 10 hotel di Pulau Perhentian untuk anda pilih sebagai tempat penginapan sepanjang trip ke Pulau Perhentian. Pilihlah hotel yang sesuai dengan bajet dan menepati kriteria yang anda inginkan.
Baca : Soal Jawab Pulau Perhentian (Edisi Kemaskini)
Tempah hotel anda sekurang-kurangnya 60 hari lebih awal kerana majoriti hotel Pulau Perhentian akan fully-booked sepanjang Jun – Ogos.