VOLUNTEER FOR 1MOMENT4THEM

Give Your Best 1%

1Moment4them adalah ‘projek kebajikan terancang’ (philantropy) di bawah ARBA Travel. Ini bukan CSR yang biasa dilakukan oleh syarikat korporat untuk mendapat potongan cukai & membina jenama melalui projek kebajikan. 

Ini adalah core value ARBA Travel yang dijelmakan secara nyata iaitu KHIDMAH (memberi nilai kepada orang lain). Dari hari pertama ARBA Travel diasaskan, niat membina ARBA Travel untuk memberi nilai yang terbaik kepada orang lain adalah tujuan kami.

Buktinya, selain syarikat, team ARBA Travel sendiri menyumbangkan masa & wang untuk 1Moment4Them. Dan kami mengajak anda untuk bersama dalam usaha kebajikan terancang ini. 

APA PROJEK KEBAJIKAN YANG DILAKUKAN?

Dua isu besar yang kurang mendapat liputan di Malaysia iaitu tentang ‘Anak Tanpa Kerakyatan’ (ATK) di Sabah dan isu kesedaran kesihatan mental di Malaysia.

'ANAK TANPA KERAKYATAN' DI SABAH

Terdapat lebih 50,000 'penduduk tanpa kerakyatan' di Semporna, Sabah yang tidak mempunyai kemudahan pendidikan dan keperluan asas tempat tinggal. Isu ini tidak mendapat liputan media dan bantuan NGO. Bangsa ini hidup dalam sangat miskin.

KESIHATAN MENTAL DI MALAYSIA

Seramai 4.2 juta penduduk Malaysia mengalami masalah mental. Negeri tertinggi ialah Kuala Lumpur, Sabah & Kelantan. Ini bukan 'gila' seperti yang difahami oleh masyarakat awam. 1Moment4Them mengambil inisiatif untuk menyedarkan orang ramai tentang kesedaran masalah mental dan rawatannya.

MENGAPA SAYA PATUT MENYUMBANG?

Pernahkah anda berniat untuk membantu orang susah untuk mereka dapat hidup selesa, dan sehinggalah mereka mampu membantu orang lain pula selepas itu?

Pernahkah anda berasa memberi wang sahaja kepada penerima tidak akan mampu menyelesaikan masalah yang ada? Sebaliknya perlu usaha dari tenaga pakar yang profesional dan terancang perlu dibuat secara ‘on the ground’ dan berterusan untuk menyelesaikan masalah yang ada.

Jika ‘Ya’, 1Moment4Them adalah usaha yang selari dengan hasrat anda.

USAHA TERANCANG & FULLTIME

1Moment4Them mempunyai staff fulltime yang sentiasa menggerakkan dan menambahbaik projek yang sedang dilakukan. Kami percaya masalah yang besar tidak akan dapat diselesaikan jika kita hanya memberikan sisa-sisa masa kita sahaja.

Jangka Panjang! Touch & Go

Usaha kebajikan bersifat ‘Touch & Go” yang biasa dilakukan selalunya tidak menyelesaikan masalah jangka panjang. Disebabkan itu, kami sangat fokus pada hanya satu dua isu dan turun membantu secara jangka panjang.

TENAGA PAKAR

1Moment4Them digerakkan oleh tenaga-tenaga pakar dalam bidang korporat & seni (artis). Kami percaya the best skill & talent sangat diperlukan dalam usaha ini untuk memberikan solusi terbaik kepada masalah masyarakat yang cuba diselesaikan.

TURUN PADANG

Sebelum menyampaikan bantuan, kami biasanya melakukan kajian on the ground untuk mengetahui PUNCA masalah sebenar dan jenis bantuan yang diperlukan oleh golongan kurang bernasib baik tersebut. We give what they need.

KOMUNITI BERIMPAK TINGGI

1Moment4Them adalah usaha kebajikan terancang dari komuniti untuk komuniti. Kami percaya gabungan tenaga pakar dan orang ramai akan memberi impak yang besar dalam masa jangka panjang.

TELUS AMANAH PROFESIONAL

Segala perbelanjaan dan wang yang diamanahkan akan direkod secara jelas. Laporan berkala tentang impak projek yang dijalankan akan dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh team HQ 1Moment4Them.

APA YANG BOLEH SAYA SUMBANG?

Hanya 1% daripada wang dan masa anda.

MASA
1% dari 365 hari ialah 4 hari setahun. Kami mengajak anda untuk turun padang bersama-sama kami.

WANG
Jika anda berpendapatan RM3000, sumbangan 1% anda hanyalah bernilai RM30.

MENGAPA 1%?
Kami meletakkan nilai sumbangan 1% sebagai target sumbangan minimum yang mampu dilakukan oleh semua orang. Pun begitu, anda boleh menyumbang mengikut nilai yang anda inginkan. 

Play Video

BAGAIMANA UNTUK SERTAI?

1Moment4Them terbuka untuk semua. Jika anda berkongsi semangat dan inspirasi yang sama dan ingin menyumbang masa dan wang anda, anda sangat dialu-alukan untuk menyertai 1Moment4Them. Isi borang di bawah.

HUBUNGI

03-8687 4950
Isnin – Jumaat
9.45am – 3.45pm
(Selain Cuti Umum)

ALAMAT

ARBA Travel & Tours Sdn Bhd
K-3-01, Conezion,
Persiaran IRC3, IOI Resort City,
62502, Putrajaya

AWARD